Facebook Twitter
    Trending
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    • Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra
    • Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?
    • Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?
    • 6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia
    • Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?
    • Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap
    • Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026
    • Kewangan

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026
    • Pendidikan

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa itu ‘panic attack’ dan perbezaannya dengan anxiety

    Apa itu ‘panic attack’ dan perbezaannya dengan anxiety

    By Zubaidah IbrahimDecember 6, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SERANGAN panik ialah perasaan takut dan cemas yang tiba-tiba serta tidak munasabah sehingga menyebabkan gejala fizikal seperti jantung berdegup kencang, sukar bernafas dan berpeluh.- GAMBAR HIASAN/TIRACHARD/FREEPIK

    BERBEZA dengan sakit fizikal, gangguan emosi kurang diberi perhatian, mungkin kerana ia tidak terzahir dengan jelas dan hanya mereka yang melalui sahaja memahami situasi tersebut.

    Pada malam Jumaat lalu, pelakon jelita, Maya Karin mengalami serangan panik atau panic attack ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang bersiaran secara langsung di Encore Melaka.

    Kejadian itu tular di media sosial sehingga menjadi bualan orang ramai. Ada yang berkongsi pengalaman sendiri dan ada juga yang membuat carian mengenai serangan panik kerana tidak jelas mengenai situasi tersebut.

    Di samping itu, mereka juga menyuarakan kekeliruan antara serangan panik dan gangguan kebimbangan melampau (anxiety) kerana kedua-duanya mempunyai gejala yang hampir sama.

    PELAKON Faizal Hussein cuba memenangkan Maya Karin ketika siaran langsung FFM32 pada malam Jumaat lalu.

    Menurut Medical News Today, serangan panik dan kebimbangan melampau menyebabkan degupan jantung yang cepat, sukar bernafas dan rasa tertekan. 

    Walaupun gejalanya kelihatan hampir sama, tetapi kedua-dua gangguan itu mempunyai perbezaan dari segi keterukan dan punca.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kulat invasif serang sistem imun lemah, bawa maut – Relevan

    “Serangan panik selalunya lebih sengit dan boleh berlaku dengan atau tanpa pencetus, manakala serangan kebimbangan melampau adalah tindak balas kepada ancaman yang dirasakan.

    “Orang sering menggunakan istilah serangan panik dan serangan anxiety secara bergantian, tetapi kedua-duanya tidak sama. Jenis serangan ini mempunyai intensiti serta tempoh yang berbeza,” jelasnya.

    Simptom kebimbangan melampau mempunyai kaitan dengan keadaan kesihatan mental, termasuklah gangguan obsesif-kompulsif dan trauma, manakala serangan panik akan memberi kesan kepada mereka yang mengalami gangguan panik.

    Sehubungan itu, Cleveland Clinic menghuraikan lebih lanjut mengenai serangan panik termasuklah simptom, punca, pencegahan dan rawatan.

    “Serangan panik ialah perasaan takut dan cemas yang tiba-tiba serta tidak munasabah sehingga menyebabkan gejala fizikal seperti jantung berdegup kencang, sukar bernafas serta berpeluh.

    “Sesiapa sahaja boleh mengalami serangan panik termasuklah kanak-kanak, tetapi kebiasaannya keadaan itu pertama kali berlaku semasa remaja atau di awal usia dewasa.

    “Wanita dua kali lebih berisiko mengalami gangguan panik berbanding lelaki,” terang Cleveland Clinic.

    Pakar masih belum menemui punca mengapa sesetengah orang mengalami serangan atau gangguan panik.

    Otak dan sistem saraf memainkan peranan penting dalam menentukan cara anda melihat, mengendalikan ketakutan serta kebimbangan.

    Pun begitu, risiko anda mengalami serangan panik mungkin meningkat jika mempunyai tiga perkara ini:

    • Sejarah keluarga

    Gangguan anxiety dan panik sering berlaku kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga dengan gangguan ini dan pakar tidak dapat mengesahkan bagaimana ia boleh terjadi.

    • Kesihatan mental

    Orang yang mengalami gangguan kebimbangan melampau, kemurungan atau penyakit mental lain lebih terdedah kepada serangan panik.

    • Penyalahgunaan bahan terlarang

    Alkohol dan ketagihan dadah boleh meningkatkan risiko serangan panik.

    GEJALA SERANGAN PANIK

    Serangan panik berlaku secara tiba-tiba dan tanpa amaran. Tiada cara untuk menghentikan serangan panik selepas ia bermula.

    Gejala biasanya memuncak dalam masa 10 minit selepas serangan bermula dan akan hilang tidak lama kemudian. Tanda-tanda serangan panik adalah seperti berikut:

    • Sakit dada
    • Menggigil atau menggeletar
    • Rasa seperti tercekik
    • Kesukaran bernafas
    • Takut hilang kawalan
    • Rasa seperti akan mati
    • Perasaan seram yang mendalam
    • Loya
    • Jantung berdegup kencang
    • Berpeluh

    Serangan panik sebenarnya boleh dirawat, tetapi ramai orang menangguhkan untuk mendapatkan bantuan kerana mereka malu.

    ARTIKEL BERKAITAN: 8 tip bantu atasi masalah insomnia – Relevan

    Gangguan atau serangan panik yang tidak dirawat akan memberi kesan yang sangat buruk kepada anda dan bakal membawa kepada masalah berikut:

    • Gangguan anxiety

    Serangan panik kemungkinan besar akan mencetuskan kebimbangan yang melampau sekiranya tidak dirawat pada peringkat awal.

    • Fobia

    Fobia ialah ketakutan yang melampau dan tidak munasabah terhadap sesuatu yang khusus. Sebagai contoh, ketakutan kepada ketinggian dan ruang tertutup.

    • Agorafobia

    Kira-kira dua pertiga orang yang mengalami gangguan panik mengalami agorafobia.

    Gangguan kebimbangan ini membuatkan anda takut untuk berada di tempat atau situasi yang mana serangan panik mungkin berlaku.

    Ketakutan itu boleh menjadi sangat melampau sehingga anda menjadi terlalu takut untuk meninggalkan rumah.

    CARA MENCEGAH SERANGAN PANIK

    Ketika mendapatkan rawatan, doktor akan membantu anda mengenal pasti pencetus yang membawa kepada serangan panik.

    Semasa sesi psikoterapi, anda mempelajari strategi untuk menguruskan peristiwa yang mencetuskan dan mencegah serangan.

    Selain itu, anda juga boleh mengamalkan perkara-perkara berikut untuk mencegah serangan panik:

    •   Kurangkan pengambilan kafein
    •   Bersenam dengan kerap.
    •   Amalkan pemakanan yang sihat.
    •   Uruskan tekanan dengan baik
    •   Mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil suplemen atau ubat-ubatan. Bahan-bahan tertentu boleh meningkatkan lagi gejala kebimbangan.

    –   RELEVAN

    Previous ArticleDiisytiharkan bankrap? Berikut merupakan cara untuk mendapat pelepasan bankrap
    Next Article Jendela Johari: Maksud dan penggunaannya dalam organisasi kerja

    Artikel berkaitan

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026
    Artikel Terkini

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.