Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’
    • Bahana bangun tidur lambat
    • Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    • Gaji pertama hilang sekelip mata
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    • Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja
    • Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025
    • Kewangan

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025
    • Pendidikan

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025
    • Kerjaya

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tanda anda masih belum bersedia untuk bersara

    5 tanda anda masih belum bersedia untuk bersara

    By Umi FatehahNovember 29, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 tanda anda masih belum bersedia untuk bersara. - Gambar Hiasan Mihaly Koles/Unsplash

    SETIAP daripada kita pasti pernah mengalami perasaan penat bekerja siang dan malam sehingga mempunyai hasrat untuk bersara awal. Tetapi ia sebenarnya tidak semudah yang disangkakan. 

    Terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk bersara pada peringkat umur tertentu. Jika bersara itu mudah, pasti kebanyakan kita akan bersara sekurang-kurangnya pada umur 40 tahun.

    Jadi, bagaimana untuk mengenal pasti sama ada kita sudah bersedia untuk bersara atau belum? Menurut Investopedia, terdapat lima tanda anda mungkin belum bersedia untuk bersara.

    • Sukar untuk menjelaskan semua bil

    Sekiranya ketika bekerja pun masih tertekan dan bergelut untuk membayar semua bil, jadi ia menandakan bahawa anda perlu bekerja keras untuk beberapa tahun lagi sebelum bersara.

    Pesara mungkin memerlukan kira-kira 75 peratus daripada pendapatan keseluruhan sebelum bersara untuk menikmati kehidupan hari tua dengan selesa.

    Pendapatan itu kebiasaannya termasuk simpanan melalui caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan simpanan peribadi.

    Adakah wang simpanan yang dikumpuldapat  menjamin masa hadapan tanpa masalah kewangan di samping dapat menikmati hari tua dengan tenang?

    • Hutang tertunggak yang tinggi

    Seorang perancang kewangan dan pengurus portfolio bertauliah di Portland, David Walters berkata, jumlah hutang yang tinggi akan mengurangkan simpanan anda sebaik sahaja persaraan bermula. 

    Tambahnya lagi, sekiranya mampu, kurangkan atau hapuskan pembayaran kad kredit dan pinjaman kereta. Bergantung pada situasi masing-masing, pembayaran gadai janji atau menurunkan taraf hidup juga mungkin boleh membantu dalam jangka panjang.

    Untuk menyelesaikan segala hutang-hutang yang ada, anda mungkin perlu teruskan bekerja bagi beberapa tahun lagi. Tetapi, ia mungkin berbaloi kerana anda tidak perlu tertekan menyelesaikan hutang ketika bersara. 

    • Tiada perancangan bajet bulanan

    Sebaik sahaja persaraan bermula, gaji bulanan tidak lagi akan dikreditkan dalam akaun anda. Justeru, perancangan perbelanjaan bulanan sangat penting dan perlu dirancang sebelum bersara.

    Perancangan bajet bulanan ini termasuk memikirkan masa terbaik untuk mengeluarkan wang simpanan di KWSP, PERKESO dan berapakah jumlah yang akan diterima. Pengiraan ini juga termasuk wang simpanan peribadi yang anda asingkan setiap bulan. 

    Mempunyai perancangan kewangan bulanan juga bermakna anda cakna dengan perbelanjaan keperluan asas yang perlu diperuntukkan. Sebaik-baiknya, kumpul dan perhatikan sejarah perbelanjaan diringkaskan mengikut kategori sekurang-kurangnya untuk tempoh dua atau tiga tahun.

    Sesetengah perbelanjaan mungkin dapat dikurangkan seperti perbelanjaan sekolah anak-anak manakala kos yang lain seperti penjagaan kesihatan atau perbelanjaan perjalanan dan rekreasi mungkin meningkat.

    Apabila sudah mendapat gambaran berapa pendapatan yang diperlukan untuk kehidupan persaraan, maka anda sudah boleh membuat anggaran bilakah masa yang sesuai untuk bersara. 

    • Tiada perancangan kewangan untuk jangka masa panjang

    Sebelum membuat keputusan untuk bersara, kenal pasti dahulu berapakah simpanan yang perlu dikumpul untuk bertahan dalam jangka masa yang panjang. 

    Kita tidak dapat meramal berapa lama kita akan terus hidup. Tetapi, menurut Kajian Beban Global Penyakit 2019, purata jangka hayat usia rakyat Malaysia ialah 75 tahun, namun purata jangka hayat sihat kita hanya 65.7 tahun.

    Sekitar tahun ini, KWSP telah mengumumkan kenaikan simpanan minimum sebanyak RM228,000 untuk ahlinya menjelang umur 55 tahun, berbanding jumlah minimum yang ditetapkan sebelum ini iaitu RM196,800.

    Simpanan asas merujuk kepada jumlah yang dianggap mencukupi bagi menampung keperluan persaraan asas ahli KWSP selama 20 tahun, bermula umur 55 hingga 75 tahun sejajar dengan jangka hayat kebanyakan rakyat Malaysia. 

    Jadi, lebih baik sekiranya kita mengukuhkan simpanan dan bina perancangan kewangan untuk jangka masa panjang agar tidak timbul sebarang permasalahan kewangan pada masa hadapan. 

    •  Masih gemar bekerja dan sukakan pekerjaan anda

    Sesetengah orang tidak suka untuk hanya duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa dan memilih untuk terus bekerja meskipun sudah mencapai umur persaraan. 

    Mengambil contoh terdekat, Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh masih aktif bergiat di dalam dunia politik walaupun sudah berumur 97 tahun.

    Bekerja juga mungkin akan memberi anda faedah seperti perlindungan kesihatan dan elaun yang dapat meringankan beban kewangan. Selain itu, otak dan badan juga akan kekal cergas kerana masih aktif menggunakan otak dan anggota badan. – RELEVAN

    bersara featured kewangan

    Artikel berkaitan

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025

    Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    October 29, 2025
    Artikel Terkini

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.