SEMALAM mencatatkan sebanyak 3,913 kes baharu jangkitan Covid-19 berbanding 4,621 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,927,451 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 3,774 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,854,248 kes.
Sebanyak lima kematian Covid-19 dilaporkan semalam manakala dua daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,487 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,765 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 36,716 kes dengan 35,039 kes atau 95.4 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,610 kes atau 4.4% pesakit dirawat di hospital, 17 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 50 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN