JANGKITAN harian Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,070 kes semalam berbanding 2,239 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,828,284 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,009 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,766,228 kes.
Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,345 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,730 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 25,717 kes dengan 24,528 kes atau 95.4 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan satu kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,134 kes atau 4.4 peratus pesakit dirawat di hospital, 21 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 33 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN