Facebook Twitter
    Trending
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Juadah moreh paling sihat disyorkan pakar nutrisi
    • Kegilaan berbuka puasa bufet – Apa kata pakar?
    • Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    • Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra
    • Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?
    • Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Juadah moreh paling sihat disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Kegilaan berbuka puasa bufet – Apa kata pakar?

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026
    • Pendidikan

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 kesan rasuah kepada negara

    7 kesan rasuah kepada negara

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 21, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KIRA-kira 63% kekayaan dunia dibolot golongan paling kaya, selebihnya dikongsi 99 peratus populasi dunia yang lain. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    RASUAH merupakan musuh besar kepada ekonomi sesebuah negara. Dari kerajaan purba hingga moden, hampir semua ketamadunan pernah berhadapan masalah rasuah.

    Pada zaman ini, negara dengan ekonomi membangun dan baru muncul lebih terdedah kepada masalah rasuah. 

    Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dibangunkan Transparency International menunjukkan tiada negara yang terlepas daripada persepsi mengamalkan rasuah (markah terbaik diperolehi Denmark, Finland dan New Zealand pada 2021, iaitu 88 markah).

    Namun, gambaran yang lebih jelas dapat dilihat ialah negara-negara maju mempunyai markah yang lebih baik dalam indeks tersebut. Negara dengan ekonomi membangun dan baru muncul cenderung mencatat markah yang rendah.

    KEDUDUKAN dan markah 180 buah negara dalam Indeks Persepsi Rasuah 2021. – GRAFIK OLEH TRANSPARENCY INTERNATIONAL

    Malaysia menduduki tangga ke-62 daripada 180 negara dalam CPI pada 2021. Walaupun berada dalam kumpulan separuh terbaik (hampir kepada satu pertiga terbaik), markah yang dicatatkan masih rendah, iaitu 48 daripada 100.

    Usaha memerangi rasuah di Malaysia terus berjalan walaupun belum  menampakkan hasil yang baik. Dianggarkan pada 2017, negara kerugian RM47 bilion akibat rasuah.

    Paling ditakuti jika rasuah sudah membarah di Malaysia sehingga menjadi budaya. Dalam keadaan ini, usaha menyingkirkan amalan rasuah akan menjadi sangat sukar.

    ARTIKEL BERKAITAN: Marah pemimpin rasuah tidak sekuat marah pemimpin makan babi – Syed Hussein Alatas

    Orang ramai perlu disedarkan tentang keburukan rasuah kerana amalan rasuah di negara ini bukan hanya melibatkan pemimpin kerajaan dan ahli politik, sebaliknya meliputi seluruh lapisan masyarakat.

    Investopedia menyenaraikan tujuh kesan rasuah kepada sesebuah negara. Cuba perhatikan senarai ini, adakah Malaysia sedang mengalami masalah yang sama ketika ini?

    • Harga tinggi, kualiti rendah

    Rasuah menyebabkan wujudnya situasi monopoli atau oligopoli dalam ekonomi. Pemilik perniagaan yang mempunyai ‘kabel’ dengan pegawai atau pemimpin kerajaan boleh memanipulasi dasar dan mekanisme pasaran untuk meraih kuasa monopoli.

    Dengan kuasa monopoli, persaingan harga atau kualiti tidak lagi wujud. Pengguna akhirnya terkesan kerana terpaksa membayar lebih untuk kualiti yang rendah.

    • Peruntukan sumber yang tidak berkesan

    Dalam ekonomi yang korup, syarikat yang tidak layak boleh menang tender projek melalui rasuah, menyebabkan perbelanjaan berlebihan disalurkan dalam projek yang rendah piawai atau gagal.

    Ini merugikan negara kerana sumber yang sama sepatutnya boleh disalurkan kepada projek yang lebih baik dan membantu rakyat.

    DALAM ekonomi yang dicemari rasuah, jurang kekayaan sangat besar kerana kekayaan tertumpu kepada golongan tertentu. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
    • Agihan kekayaan yang tidak seimbang

    Antara ciri ekonomi yang korup ialah jumlah rakyat dalam kelas pendapatan pertengahan sangat sedikit, manakala jurang antara kelas pendapatan tinggi dengan rendah pula sangat besar.

    Ekonomi korup juga tidak mesra perniagaan kecil kerana tekanan yang diterima dari syarikat-syarikat besar yang ada kaitan dengan kerajaan atau pemimpin kerajaan. Akhirnya kekayaan hanya diagih kepada golongan tertentu, meluaskan lagi jurang pendapatan rakyat.

    • Rangsangan rendah terhadap inovasi

    Persekitaran ekonomi yang korup tidak menggalakkan inovasi dalam kalangan pencipta kerana kurangnya keyakinan kepada sistem undang-undang yang ada. Inovasi pencipta tidak mendapat perlindungan paten dan berisiko diciplak.

    Disebabkan kekurangan inovasi, negara dengan ekonomi yang korup akan kekal sebagai pengimport berbanding pengeksport, menyebabkan ekonomi mereka sukar berkembang pesat.

    SEKOLAH dengan kemudahan yang daif antara kesan pengamalan rasuah di sesebuah negara. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
    • Kualiti pendidikan dan kesihatan yang rendah

    Rasuah memberi kesan kepada kualiti pendidikan dan kesihatan sesebuah negara. Negara yang mengamalkan rasuah tidak dapat melahirkan guru-guru yang cemerlang kerana proses pelantikan dan pemilihan guru dalam jawatan tinggi juga sudah dicemari rasuah.

    Begitu juga dalam sektor kesihatan apabila pelantikan kakitangan dan pemerolehan bekalan ubat serta peralatan turut terpalit rasuah. Kualiti penjagaan dan rawatan kesihatan juga menurun.

    • Kewujudan ekonomi bayangan (shadow economy)

    Ekonomi bayangan bermaksud keadaan perniagaan yang dijalankan dalam sesebuah negara tidak didaftarkan secara rasmi bagi mengelak pembayaran cukai. Dalam keadaan ini, negara berhadapan kerugian kerana perniagaan-perniagaan ini wujud di luar ekonomi yang ‘rasmi’.

    Bukan sahaja cukai tidak dapat dikutip, perniagaan sebegini juga cenderung menawarkan gaji yang rendah kepada pekerja dan tidak menyediakan persekitaran pekerjaan yang wajar untuk pekerjanya.

    Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), saiz ekonomi bayangan di Malaysia dianggarkan kira-kira 21 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

    • Rendah pelaburan dan perdagangan asing

    Pelabur asing mahukan persekitaran perniagaan yang adil dan kompetitif. Negara dengan ekonomi korup bukanlah pilihan yang baik untuk pelabur.

    Negara yang terkenal dengan pengamalan rasuah tidak akan menjadi pilihan pelabur-pelabur utama dunia, walaupun negara itu mempunyai kelebihan lain seperti kualiti buruh dan pasaran besar. – RELEVAN

    Previous ArticleMelihat dunia dengan mata lebah
    Next Article Kes Covid-19 kembali ke angka 2,000 lebih

    Artikel berkaitan

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026

    Juadah moreh paling sihat disyorkan pakar nutrisi

    March 5, 2026

    Kegilaan berbuka puasa bufet – Apa kata pakar?

    March 5, 2026

    Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

    March 5, 2026

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026
    Artikel Terkini

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026

    Juadah moreh paling sihat disyorkan pakar nutrisi

    March 5, 2026

    Kegilaan berbuka puasa bufet – Apa kata pakar?

    March 5, 2026

    Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

    March 5, 2026

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.