Facebook Twitter
    Trending
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 Tip jimat minyak semasa memandu

    5 Tip jimat minyak semasa memandu

    By Umi FatehahSeptember 19, 2022Updated:September 26, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 Tip jimat minyak semasa memandu. - Gambar oleh Erik Mclean/Unsplash

    TIDAK dapat dinafikan, kereta merupakan salah satu komitmen yang besar apatah lagi jika tinggal di kawasan bandar kerana perlu menyediakan peruntukan besar untuk minyak, tol dan kos penyelenggaraan bulanan.

    Kesesakan trafik yang teruk secara tidak langsung menyebabkan penggunaan minyak petrol meningkat.

    Rata-rata pemandu di jalan raya pasti mempunyai kebimbangan yang sama iaitu bagaimanakah caranya untuk mengurangkan penggunaan minyak petrol ketika memandu.

    Menerusi perkongsian di Cars Direct, Relevan menghuraikan lima tip pemanduan yang dapat membantu mengurangkan penggunaan minyak petrol ketika memandu. 

    5 Tip jimat minyak semasa memandu. – Infografik oleh Relevan
    • Memandu hanya bila perlu 

    Cara paling berkesan untuk mengurangkan penggunaan bahan api adalah dengan mengurangkan kekerapan memandu sekiranya mampu. Andai kata destinasi anda berdekatan, pertimbangkan untuk berjalan, menunggang motosikal atau basikal jika ada.

    Seandainya tempat tinggal anda mempunyai akses yang dekat dan mudah dengan pengangkutan awam rangkaian rel seperti komuter, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT), gunakan perkhidmatan awam yang ada sebaik mungkin. 

    • Tekan pedal pemecut berpada-pada

    Semasa memandu, sentiasa gunakan tekanan yang stabil dan konsisten pada pedal pemecut kereta. Lebih kerap anda memecut, lebih banyak penggunaan petrol kereta. 

    Jika kereta anda mempunyai turbo, cuba elakkan untuk menggunakan turbo dengan kerap kerana ia melibatkan penggunaan bahan api yang tinggi. 

    Kekalkan pemanduan yang santai dan tidak memandu pada tahap Revolutions Per Minute (RPM) yang terlalu tinggi. Jika anda memandu kereta pada tahap RPM yang lebih tinggi, penggunaan minyak kereta juga meningkat. 

    Kekalkan pemanduan yang santai dan tidak memandu pada tahap Revolutions Per Minute (RPM) yang terlalu tinggi. – Gambar oleh Shuaib Khokhar/Unsplash
    • Elakkan memandu pada kelajuan yang tinggi

    Menurut ujian yang dijalankan oleh CRS Automotive, apabila anda mengubah kelajuan naik dan turun antara 75 dan 85 kilometer sejam, setiap 18 saat berpotensi meningkatkan penggunaan bahan api sebanyak 20 peratus.

    Ini adalah kerana apabila memandu pada kelajuan yang tinggi, ia akan memaksa enjin kereta untuk bekerja dengan lebih dan mendorong kepada penggunaan petrol yang tinggi.

    Elakkan memandu pada kelajuan yang tinggi. – Gambar oleh Max De Angelo/Unsplash

    Justeru, adalah lebih baik jika anda memandu tidak melebihi had kelajuan dan amalkan pemanduan pada kelajuan yang stabil. Selain menjimatkan penggunaan petrol, anda juga telah melatih diri untuk menjadi pemandu yang lebih berhemah.

    • Gunakan penyaman udara berpada-pada

    Penggunaan penyaman udara dengan kadar yang tinggi dikatakan akan meningkatkan penggunaan petrol sebanyak 20 peratus. Gunakan pilihan edaran semula (re-circulate) untuk meminimumkan penggunaan petrol.

    Sebagai alternatif, tetapan kipas biasa pada kenderaan juga boleh memberikan pengudaraan yang mencukupi untuk memastikan pemanduan yang selesa.

    Anda juga boleh menurunkan tingkap semasa memandu. Tetapi, sekiranya memandu pada kelajuan yang tinggi, dinasihatkan untuk menaikkan tingkap kerana ia akan menghasilkan lebih banyak rintangan seretan dan angin untuk kereta. Secara tidak langsung akan meningkatkan penggunaan petrol.

    • Gantikan penapis udara yang kotor

    Penapis udara yang kotor akan memaksa enjin bekerja lebih keras daripada yang sepatutnya. Keadaan ini akan mengakibatkan penggunaan bahan api yang lebih tinggi. Jadi, pastikan anda mengikut saranan pengilang untuk menukar penapis udara secara berkala. 

    Jika penapis udara kotor, ia akan menyukarkan laluan udara ke enjin. Ia boleh menjejaskan prestasi enjin. Enjin anda memerlukan oksigen untuk bahan api terbakar. Kurangnya aliran udara boleh menjejaskan kuasa, pecutan dan daya putaran enjin (tork) kereta. 

    Selain itu, kegagalan menukar penapis udara boleh membawa kepada masalah lain, termasuk enjin tercekik atau terlalu panas kerana nisbah udara kepada bahan api yang tidak baik. 

    Penapis udara yang bersih membolehkan enjin anda berfungsi dengan lebih cekap dan juga mengelakkan pembaziran petrol. – RELEVAN

    Previous ArticleLebih 1,000 jangkitan baharu Covid-19
    Next Article 9 daripada 10 orang tidak cukup tidur, berisiko strok dan sakit jantung

    Artikel berkaitan

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026
    Artikel Terkini

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.