ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,375 kes semalam berbanding 2,431 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,813,702 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,466 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,750,198 kes.
Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan semalam dan sifar kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,299 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,713 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 2,364 kes dengan 25,912 kes atau 95.2 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan lapan kes atau 0.0 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,232 kes atau 4.5 peratus pesakit dirawat di hospital, 12 kes atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 41 kes atau 0.2 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN