Facebook Twitter
    Trending
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    • 7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’
    • 5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    • Kesan negatif penyedut minuman
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025
    • Pendidikan

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kesan pengangguran terhadap individu, masyarakat dan ekonomi.

    Kesan pengangguran terhadap individu, masyarakat dan ekonomi.

    By Umi FatehahSeptember 14, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MENURUT sebuah kenyataan susulan penerbitan Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Julai 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bilangan penganggur pada Julai 2022 semakin berkurangan iaitu sebanyak 620,700 orang berbanding pada Jun 2022 dengan jumlah 630,600 orang.

    Meskipun kadar pengangguran semakin menurun, golongan yang tidak bekerja masih memberi kesan bukan sahaja kepada diri mereka sendiri. Malah, kepada masyarakat dan juga ekonomi negara.

    Kesan kepada individu

    Merujuk kepada Indeed, kesan utama kepada individu yang menganggur ialah mengalami pengurangan pendapatan akibat tidak mempunyai pekerjaan, sama ada sepenuh masa atau sambilan. 

    Hal ini kerana dengan bekerja, mereka boleh memperoleh gaji atau upah. Tapi disebabkan menganggur, golongan ini terpaksa bergantung kepada simpanan atau meminjam wang daripada orang lain untuk meneruskan kehidupan. 

    Selain itu, pengangguran juga boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan fizikal seseorang. Menjadi penganggur adalah situasi yang sangat tertekan, jadi ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan tekanan seperti sakit kepala, tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung, sakit belakang dan insomnia. 

    Isu kesihatan ini memerlukan rundingan doktor dan penggunaan ubat untuk merawat kesakitan. Oleh kerana berada dalam situasi kekurangan pendapatan, mereka berkemungkinan terpaksa mengorbankan kehidupan yang sihat kerana tidak mampu untuk mendapatkan rawatan.

    Ahli keluarga penganggur juga berisiko terhadap kesan negatif pengangguran. Menurut Persatuan Kajian Psikologi Isu Sosial di Amerika Syarikat, individu yang menganggur akan menyebabkan timbul masalah dalam keluarga.

    Kajian itu juga mendapati bahawa tekanan pengangguran boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan pasangan dan anak-anak.

    Kesan kepada masyarakat

    Walaupun seorang penganggur kebiasaannya tidak akan memberi kesan yang ketara kepada masyarakat, tetapi kadar pengangguran yang tinggi di kawasan tertentu sering mendorong kepada kadar kemiskinan yang lebih tinggi.

    Komuniti yang mempunyai kadar pengangguran yang lebih tinggi berkemungkinan mempunyai kekurangan peluang pekerjaan dan kawasan perumahan berkualiti rendah. Akses kepada pengangkutan awam juga menjadi lebih terbatas dan perkhidmatan awam serta sekolah pula kurang berkualiti.

    Kesan pengangguran kepada ekonomi

    Oleh kerana kekurangan pendapatan, individu menganggur mengalami kekurangan kuasa membeli. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara sama ada dalam perkhidmatan atau barangan yang dipasarkan.

    Di samping itu, disebabkan oleh pengurangan kuasa membeli, mana-mana individu yang menjalankan perusahaan juga mengalami kerugian kerana sebahagian sasaran dalam pasaran kurang berkemampuan untuk membeli.

    Apabila perniagaan tidak mampu untuk berkembang, peluang pekerjaan juga semakin berkurangan. 

    Selain itu, golongan penganggur juga berkemungkinan menghasilkan akru hutang yang lebih tinggi. Ini membawa maksud hutang secara keseluruhan akan meningkat kerana keadaan kesempitan wang akan menekan para penganggur untuk berhutang.

    Artikel Berkaitan: Platform cari kerja yang pemburu kerja perlu tahu

    Kepada individu yang sedang menganggur, jangan berputus asa untuk mencari pekerjaan demi kelangsungan kehidupan. Meskipun sedang berada di dalam situasi yang sukar, penjagaan kesihatan fizikal dan kesihatan mental masih perlu diutamakan. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025

    Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang

    December 17, 2025

    7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

    December 16, 2025

    5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

    December 16, 2025

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025
    Artikel Terkini

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025

    Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang

    December 17, 2025

    7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

    December 16, 2025

    5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

    December 16, 2025

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.