Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenaikan OPR burukkan kewangan rakyat dan PMKS, kerajaan perlu campur tangan

    Kenaikan OPR burukkan kewangan rakyat dan PMKS, kerajaan perlu campur tangan

    By September 14, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KENAIKAN OPR memberi kesan kepada PMKS yang belum sepenuhnya pulih akibat kegawatan ekonomi sepanjang pandemik. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    KENAIKAN kadar dasar semalaman (OPR) kali ketiga berturut-turut pada 8 September lalu boleh melonjakkan tahap hutang isi rumah negara yang ketika ini berada pada paras 89 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

    Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Abdul Halim Husin berkata, pihaknya kecewa dengan kenaikan tersebut dan menyangkal hujah-hujah yang mengatakan ia baik untuk rakyat.

    Kata beliau, justifikasi yang diberikan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan adalah dangkal dan bersifat ikut-ikutan.

    “Kami mempersoalkan fungsi wakil luar lantikan Menteri Kewangan dalam Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC).

    “Wakil yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat seolah-olah tidak mempedulikan keadaan rakyat yang sedang berhadapan kos sara hidup yang terus-menerus meningkat di samping kenaikan kos operasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menjadi majikan utama golongan pekerja,” katanya dalam kenyataan pada 14 September.

    Artikel Berkaitan: OPR naik 25 mata asas, kadar baharu 2.50 peratus

    MPC dalam mesyuaratnya pada 8 September lalu membuat keputusan untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.50 peratus.

    Ia merupakan kenaikan kali ketiga berturut-turut sejak Mei lalu selepas kekal pada kadar 1.75 peratus selama hampir dua tahun.

    Menurut BNM, kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2.75 peratus dan 2.25 peratus.

    Sehubungan itu, Abdul Halim menyeru supaya kerajaan mengambil tindakan campur tangan yang lebih bermakna dan tidak membiarkan BNM membuat keputusan berdasarkan buku teks ekonomi tanpa melihat realiti sebenar rakyat terbawah.

    “Nampaknya BNM tidak memahami kesan kenaikan OPR kepada rakyat biasa dan PMKS.

    “Ketika ini, Malaysia adalah antara negara yang mempunyai tahap hutang isi rumah tertinggi dalam kalangan negara Asia Tenggara. Peningkatan OPR menyumbang kepada bayaran ansuran pinjaman yang lebih tinggi kepada bank seterusnya melonjakkan lagi tahap hutang isi rumah negara,” katanya.

    MPC mengambil keputusan menaikkan kadar OPR selepas mengambil kira prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia yang terus kukuh. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    Adil dan seimbang

    Jelas Abdul Halim, jumlah hutang dan pendahuluan oleh pelbagai bank setakat Mei 2022 adalah sebanyak RM1.57 trilion. Ini membolehkan bank meningkatkan perolehan mereka sehingga RM3.9 bilion setahun bagi setiap kenaikan 25 bps OPR.

    Setakat September 2021 pula, hutang isi rumah adalah sebanyak 89 peratus daripada KDNK negara, bersamaan sebanyak RM1.375 trilion. 

    Oleh itu, menurut beliau, kerajaan perlu bersikap adil dalam memastikan ekonomi terus berkembang untuk semua, bukan hanya untuk industri besar dan berteraskan eksport.

    “Demi rakyat atau demi bank? (Kerajaan) perlu seimbang dan lebih kreatif untuk memastikan proses pemulihan ekonomi tidak terganggu.

    “Inflasi yang berlaku hari ini adalah berpunca daripada gangguan pada rantaian bekalan dan kegiatan pengambilan untung berlebihan, bukan kerana ada lebihan wang dalam pasaran yang mengakibatkan kos pembuatan meningkat.

    “Pada bulan lepas, Kongres Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan Akta Pengurangan Inflasi (IRA) yang mengandungi pelbagai cara bagi menangani punca masalah inflasi, bukan sekadar bergantung kepada kawalan kadar faedah oleh bank pusat semata-mata,” katanya.

    Artikel Berkaitan: Memahami OPR dan kesan turun naiknya kepada pengguna

    Moratorium

    Pada 11 September lalu, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yasin mencadangkan supaya moratorium khas diberikan kepada PMKS yang terkesan akibat pandemik dan kenaikan OPR.

    Abdul Halim bersetuju dengan cadangan tersebut yang dilihat dapat meringankan beban PMKS selain memberi mereka lebih masa untuk menyesuaikan keadaan.

    Kata beliau, ini kerana rakyat dan PMKS akan terus menanggung beban atas kenaikan OPR sedangkan sektor bank tidak terkesan, malah mampu menambah keuntungan dalam keadaan tersebut.

    “Selain itu, ada kewajaran untuk mempertimbangkan dalam jangka pendek, kaedah nilai tukaran minimum (floor exchange rate) yang lebih rendah daripada sekarang bagi mengurangkan kos import yang seterusnya menangani inflasi.

    “Untuk jangka panjang, dasar penerimaan dan pembayaran dalam import serta eksport sekarang mesti dikaji semula,” katanya. – RELEVAN

    Previous Article1,189 pesakit Covid-19 dirawat di hospital
    Next Article Kesan pengangguran terhadap individu, masyarakat dan ekonomi.

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.