Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Air kencing ‘beritahu’ masalah kesihatan (Bahagian 2)

    Air kencing ‘beritahu’ masalah kesihatan (Bahagian 2)

    By September 9, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    WARNA, bau dan kecairan air kencing dapat menjadi petanda kepada kesihatan seseorang. - Foto oleh Brgfx/Freepik

    MENJAWAB persoalan mengenai air kencing berbuih, Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad berkata, kehadiran buih dalam air kencing boleh memberi tanda kepada masalah kesihatan dan ia juga menjadi situasi normal disebabkan keadaan tertentu.

    Beliau menjelaskan dengan lebih lanjut antara-antara sebab air kencing berbuih dalam keadaan normal seperti berikut.

    • Ketika hamil

    Semasa hamil, segelintir wanita mengalami pembesaran saiz saluran darah, termasuk saluran dalam ginjal.

    Ini menyebabkan lebih banyak protein yang selalunya tidak dapat melepasi penapisan telah berjaya keluar masuk ke dalam air kencing.

    Pun begitu, kandungan protein dalam air kencing bagi wanita hamil sangat minimal, tetapi jika terdapat banyak protein dalam air kencing, ia mungkin menandakan wanita hamil itu mengalami komplikasi kehamilan.

    Protein dalam air kencing juga boleh menyebabkan air kencing berbuih.

    • Ketika dehidrasi yang teruk

    Semasa dehidrasi, air kencing menjadi lebih pekat dan mudah berbuih, tetapi ia bersifat sementara dan apabila individu tersebut minum air secukupnya maka, air kencing tidak lagi berbuih.

    • Mengambil minuman/makanan berprotein tinggi

    Proteinuria bermakna terdapat protein dalam air kencing. Ia boleh berlaku apabila seorang individu mengambil sejumlah besar protein yang terdapat dalam minuman berprotein tinggi untuk membesarkan otot atau meningkatkan berat badan.

    Apabila tidak minum atau mengambil makanan tambahan berprotein tinggi, air kencing tidak lagi mengandungi protein.

    Artikel berkaitan: Air kencing ‘beritahu’ masalah kesihatan (Bahagian 1)

    Sementara itu, menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Zubaidi turut menjelaskan tanda-tanda masalah kesihatan disebabkan oleh kencing berbuih.

    MASALAH buah pinggang juga antara punca terjadinya kencing berbuih.- Foto oleh Brgfx/Freepik

     

    • Masalah buah pinggang

    Ada kalanya buih dalam air kencing menunjukkan seseorang individu itu mempunyai banyak kandungan protein dalam air kencing akibat mula mengalami masalah buah pinggang.

    Ini kerana, proses penapisan tidak dapat dilakukan dengan sempurna, menyebabkan protein dari darah dapat melepasi penapisan dan masuk ke dalam untuk air kencing.

    Oleh itu, buih dalam air kencing adalah sesuatu yang agak agak serius jika individu itu bukan wanita hamil, tidak dalam keadaan dehidrasi, tidak mengambil suplemen minuman/makanan berprotein tinggi seperti daging atau produk tenusu.

    • Jangkitan pundi kencing

    Jangkitan pada pundi kencing juga boleh menjadi sebab air kencing berbuih. Ia dikenali sebagai kencing kotor.

    Kuman yang berada dalam pundi dan saluran kencing melepaskan gas yang menyebabkan buih.

    Seseorang yang mengalami jangkitan kuman pada pundi kencing juga akan mengalami rasa sakit ketika membuang air kencing.

    • Pembentukan vesicocolic fistula

    Selain itu, air kencing yang berbuih boleh disebabkan oleh pembentukan vesicocolic fistula.

    Fistula merupakan sambungan antara dua organ yang tidak normal manakala Vesicocolic fistula adalah sambungan laluan yang menghubungkan antara pundi kencing dan usus besar.

    Ia akan menyebabkan najis dan udara dari usus besar boleh masuk ke dalam pundi kencing. Oleh itu, apabila keluar sebagai air kencing, ia akan berbuih.

    “Jika seseorang individu itu melihat buih dalam air kencing yang terjadi hanya sesekali maka, tiada apa yang perlu dibimbangkan.

    “Walau bagaimanapun, jika melihat air kencing berbuih setiap kali membuang air kecil, saya mencadangkan agar melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut.

    “Ia kerana, besar kemungkinan seseorang itu mula mengalami masalah kerosakan buah pinggang (ginjal).” terangnya- RELEVAN

    buah pinggang featured kencing kesihatan
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.