SEMALAM mencatatkan sebanyak 2,226 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 2,428 kes.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,799,663 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,894 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,735,993 kes.
Sebanyak lapan kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,270 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,709 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 27,400 kes dengan 26,045 kes atau 95.1 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 14 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,277 kes atau 4.7 peratus pesakit dirawat di hospital, 26 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 38 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN