Facebook Twitter
    Trending
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026
    • Pendidikan

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kisah di sebalik album Abadi: “Sudirman nyanyi tak tengok lirik langsung” – S. Atan

    Kisah di sebalik album Abadi: “Sudirman nyanyi tak tengok lirik langsung” – S. Atan

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 18, 2022Updated:August 19, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ALBUM Abadi yang diterbitkan pada 1982 membuktikan semangat patriotisme yang ada dalam diri Sudirman.

    SETIAP kali menjelang sambutan kemerdekaan, lagu 31 Ogos yang dinyanyikan Allahyarham Sudirman Haji Arshad akan berkumandang. Lagu tersebut sangat ikonik dan sinonim dengan sambutan kemerdekaan negara.

    Ada juga lagu patriotik popular lain dinyanyikan Sudirman, antaranya Warisan dan Tegakkan Bendera Kita. Signifikannya lagu Warisan sehingga lirik pembukanya dijadikan tema sambutan kemerdekaan negara pada 2014.

    Ketiga-tiga lagu yang disebutkan di atas dimuatkan dalam album Abadi yang diterbitkan pada 1982. Dalam persekitaran muzik pada zaman itu, penerbitan album tersebut membuktikan kekuatan semangat kebangsaan Sudirman yang berjaya meyakinkan syarikat rakamannya untuk merakamkan album patriotik.

    Selepas 40 tahun penerbitan album Abadi, tidak ada lagi penyanyi lain yang mampu menandingi tahap ikoniknya Sudirman dalam penghasilan album dan lagu patriotik. Wajahnya tersenyum dalam persalinan Jalur Gemilang terus meletakkan Sudirman sebagai penyanyi patriotik Malaysia terulung sepanjang zaman.

    Pelbagai sudut patriotik

    Patriotisme bermaksud perasaan cinta yang kuat pada negara. Seorang yang patriotik mempunyai cinta yang tidak berbelah bahagi kepada negaranya, jika disuruh berperang dia pergi berperang, disuruh bekerja dia bekerja, demi membangunkan negaranya.

    Dalam album Abadi, rasa cinta pada negara ditafsir dari pelbagai sudut. Lagu Warisan mengajarkan kita tentang cinta kepada tanah tempat kita dilahirkan dan mencari rezeki. Cinta yang digambarkan dalam Warisan sangat mendalam, sehingga jika terbuang ke tanah lain, kita tidak tahu mahu menumpahkan cinta ke mana lagi.

    Dalam Kehadiranku, cinta kepada tanah air digambarkan seperti cinta kepada seorang wanita yang pernah terluka. Ikrar cinta diluah penuh romantis untuk tidak lagi membiarkan negara yang pernah dijajah kembali terluka.

    Untukmu pula menyampaikan perasaan seorang perantau yang rindu akan negaranya. Walaupun menikmati salju di negara orang, dingin hujan tanah air tetap dirindu. Di Suatu Pagi lebih mendalam kerana liriknya menyelami perasaan seorang ibu dan isteri ketika melepaskan orang tersayang pergi berjuang untuk negara.

    Ada juga lagu yang menggambarkan situasi negara ketika itu, seperti 8 Ke 4 Suku (Punch Card) yang menceritakan kehidupan baharu seorang pekerja selepas teknologi perakam waktu diperkenalkan di Malaysia pada 1981.

    Nyanyian dari hati

    Menurut penerbit album Abadi, S. Atan, Sudirman menjadi satu-satunya artis yang mahu menghasilkan album patriotik ketika itu, walaupun pada awalnya sukar untuk meyakinkan syarikat rakamannya.

    S. ATAN

    Kata beliau, semangat patriotik Sudirman sangat menebal dan ia dibuktikan dengan penghasilan album tersebut.

    “Semua lagu dipilih oleh Sudirman sendiri. Ada lagu yang nampak macam lagu cinta (seperti Kehadiranku) tapi sebenarnya ia ada maksud lain (patriotisme).

    “Sampai sekarang masih ada yang cari salinan fizikal album ini. Sebagai penerbit, saya sangat berbangga,” katanya kepada Relevan.

    Ketika ditanya tentang kenangan yang tidak dapat dilupakan semasa merakam album tersebut, kata S. Atan, semua lagu dalam album tersebut dinyanyikan dari hati oleh Sudirman, tanpa perlu melihat kepada lirik langsung.

    “Saya sendiri perlu tengok lirik, tapi Sudirman rakamkan semua lagu dengan penuh penghayatan tanpa tengok lirik langsung,” kongsinya.

    Malar segar

    Lagu merdeka paling ikonik, 31 Ogos sebenarnya bukanlah nyanyian asal Sudirman. Lagu tersebut dicipta dan dinyanyikan penyanyi yang berasal dari Medan, Indonesia iaitu Ahmad CB. Tajuk asalnya Tanggal 31 Ogos dan ia dicipta khas sempena kemerdekaan negara pada 1957.

    Namun, hasil gubahan S. Atan, lagu tersebut kembali segar dan bernyawa dengan susunan yang lebih meriah dan rancak. Penyampaian bertenaga Sudirman melengkapkan lagu tersebut, menjadikannya malar segar sepanjang zaman.

    Pada bulan kemerdekaan ini, pastinya suara Sudirman akan kedengaran lagi di corong radio, televisyen mahupun pembesar suara di pusat beli-belah. Seniman yang meninggal dunia pada 22 Februari 1992 itu akan terus diingati sebagai insan yang berjaya menyatukan patriotisme dengan seni. – RELEVAN

    Previous Article15 kematian Covid-19 semalam
    Next Article Platform cari kerja yang pemburu kerja perlu tahu

    Artikel berkaitan

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026
    Artikel Terkini

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.