SEBANYAK 3,880 kes baharu dicatatkan semalam berbanding 4,587 kes dilaporkan kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,644,115 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 2,607 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,559,545 kes.
Sebanyak 14 kes kematian dilaporkan semalam dan tiga daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,902 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,622 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 48,668 kes dengan 47,139 kes atau 96.9 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 32 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,447 kes atau 3.0 peratus pesakit dirawat di hospital, 22 kes atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 28 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN