SEMALAM mencatatkan sebanyak 3,080 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 3,936 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,626,061 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 3,399 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,548,014 kes.
Sebanyak tujuh kes kematian dilaporkan semalam dan tiga daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,862 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,608 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 42,185 kes dengan 40,622 kes atau 96.3 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 34 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,472 kes atau 3.5 peratus pesakit dirawat di hospital, 20 kes atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 37 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN