Facebook Twitter
    Trending
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    • 7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’
    • 5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    • Kesan negatif penyedut minuman
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 pilihan pelaburan emas, aset relevan sepanjang masa

    5 pilihan pelaburan emas, aset relevan sepanjang masa

    By June 27, 2022Updated:March 9, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PELABURAN emas dilihat sebagai pilihan selamat ketika ekonomi berada di tahap yang kurang baik, kejatuhan mata wang dan sebagainya ekoran pelbagai faktor seperti peperangan antarabangsa yang kini berlaku antara Rusia dan Ukraine.

    Menurut pengarah Eksekutif Penyelidikan di Majlis Emas Dunia, Juan Carlos Artigas, emas mempunyai rekod prestasi yang terbukti memberi pulangan lumayan dan lebih selamat berbanding pelaburan lain.

    “Emas telah mengatasi prestasi saham dan bon dalam tempoh tertentu.

    “Anda juga boleh mencairkan aset emas itu dengan mudah,” katanya.

    Sehubungan itu, RELEVAN kongsikan lima pilihan pelaburan emas yang boleh dipertimbangkan seperti disarankan oleh laman web Fortunebuilders.

    1. Jongkong emas

    Jongkong emas merujuk kepada sebarang bentuk emas tulen dan emas itu mestilah diperakui berat dan ketulenannya serta mempunyai nombor siri sebagai langkah keselamatan.

    Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz dan antara kelemahan jongkong emas ialah perlu diletakkan di lokasi yang selamat serta memerlukan insurans untuk melindunginya.

    Di samping itu, jongkong emas boleh menjadi aset yang sukar untuk dibeli dan dijual kerana anda perlu mengenal pasti pembeli yang bersedia membeli dalam apa jua saiznya.

    Oleh itu, ramai pelabur mendapati kaedah ini sangat bermanfaat dan salah satu cara terbaik untuk melabur dalam aset emas.

    Foto: www.freepik.com

    2. Syiling emas

    Anda mungkin biasa mendengar mengenai pelaburan syiling emas. Pembelian dan penjualan emas jenis ini terkenal malah ia selalunya lebih mudah berbanding jongkong emas kerana saiznya lebih kecil.

    Pelabur boleh membeli syiling emas daripada pengumpul atau peniaga persendirian dan akhirnya menjual untuk mendapatkan keuntungan.

    Terdapat ramai peniaga syiling emas membuatkannya mudah untuk didapati. Oleh itu, pembelian syiling adalah salah satu cara terbaik untuk melabur emas bagi mereka yang baharu berjinak-jinak dalam pelaburan emas.

    3. Barang kemas

    Barang kemas mungkin merupakan bentuk pelaburan emas yang paling kerap dibeli dan dijual. Walaupun anda mungkin tidak menganggapnya sedemikian.  Sebenarnya, barangan kemas sangat sesuai untuk mereka yang baharu bermula membuat pelaburan emas kerana ia sangat mudah untuk diperoleh.

    Menurut Investopedia, kira-kira 49 peratus daripada pengeluaran emas global digunakan untuk membuat barangan kemas. Secara amnya, pembelian barangan kemas itu dianggap sebagai pelaburan.

    Pun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang perlu dipertimbangkan. Dalam sesetengah kes, barang kemas yang dijual semula itu mempunyai nilai yang lebih rendah dan meragukan.

    Ia bermaksud, agak sukar untuk mengenal pasti pembeli dengan nilai barangan kemas sebenar bagi membolehkan anda mendapat keuntungan.

    4. ETF emas dan dana bersama

    Dana dagangan bursa emas (ETF) dan dana bersama ialah akaun yang membeli emas bagi pihak pelabur. Saham yang membentuk dana ini masing-masing mewakili jumlah emas yang tetap dan boleh dibeli serta dijual sama seperti saham.

    Ini adalah salah satu cara terbaik untuk melabur dalam emas kerana ETF dan dana bersama tidak memerlukan pelabur berurusan dengan kos pemilikan emas fizikal seperti keselamatan atau insurans emas.

    Terdapat yuran yang berkaitan dengan membeli dan menjual emas melalui ETF atau dana bersama tetapi ia selalunya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pengurusan aset lain.

    Ambil perhatian, ETF dan dana bersama yang berurusan dengan emas sering juga melabur dalam komoditi lain.

    Ini boleh memberi manfaat jika matlamat anda adalah untuk mempelbagaikan pelaburan, walaupun mungkin memerlukan pembelajaran tentang pasaran lain dan juga emas.

    5. Niaga emas masa hadapan

    Niaga emas masa hadapan ialah kontrak untuk membeli dan menjual emas pada masa tertentu. Setiap kontrak itu mewakili sejumlah emas dan bergantung kepada spesifikasi yang mana boleh membayar dalam jumlah mata wang tertentu atau emas fizikal.

    Ia merupakan strategi paling sesuai untuk pelabur yang mempunyai modal besar bagi membeli kontrak bernilai tinggi.

    Pelabur juga boleh memilih untuk membeli kontrak pada harga semasa. Ia membantu mereka mendapatkan manfaat pelaburan awal. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025

    Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang

    December 17, 2025

    7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

    December 16, 2025

    5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

    December 16, 2025

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025
    Artikel Terkini

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025

    Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang

    December 17, 2025

    7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

    December 16, 2025

    5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

    December 16, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.