JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,127 kes semalam berbanding 2,130 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,538,922 kes.
Sebanyak 1,390 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,476,828 kes.
Semalam turut mencatatkan satu kematian dan tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID) direkodkan.
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,732 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,579 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 26,362 dengan 25,350 atau 96.2 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan lapan kes atau 0.0 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 981 kes atau 3.7 peratus pesakit dirawat di hospital, tujuh kes atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 16 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN