ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,130 kes semalam berbanding 2,033 kes dilaporkan kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,536,795 kes.
Sebanyak 1,080 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,475,438 kes.
Semalam turut mencatatkan satu kematian dan tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID) direkodkan.
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,731 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,579 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 25,626 dengan 24,585 atau 95.9 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 13 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 993 kes atau 3.9 peratus pesakit dirawat di hospital, 16 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 19 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN