Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Laluan pendidikan dalam bidang guaman dan undang-undang

    Laluan pendidikan dalam bidang guaman dan undang-undang

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalJune 14, 2022Updated:September 14, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    CALON-CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pasti sedang gelisah menanti keputusan peperiksaan tersebut yang bakal diumumkan pada 16 Jun ini.

    Bagi mereka yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya di dalam bidang guaman dan undang-undang, Relevan kongsikan dapatan daripada pembacaan dan sesi perkongsian bersama graduan jurusan undang-undang, Batrisyia Norhaizi.

    Jurusan pengajian itu banyak ditawarkan di universiti awam dan swasta Salah satunya di Universiti Teknologi MARA (UiTM).  

    Bagi jurusan ini, UiTM menyediakan program asasi.  Program Asasi Undang-undang ialah program pra-ijazah sepenuh masa yang digubal untuk menyediakan pelajar bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-undang di UiTM atau universiti awam lain. 

    Pelajar akan dilengkapi dengan pengetahuan asas undang-undang termasuk isu semasa, tempatan dan global. Pelajar juga akan dididik untuk mencapai kecekapan dalam bahasa Inggeris dan kemahiran asas komputer serta pencarian maklumat.

    Asasi pada dasarnya ialah proses pembelajaran yang berlanjutan selama satu tahun sahaja. Ia membantu menyediakan pelajar untuk melanjutkan pelajaran bagi peringkat ijazah dan seterusnya.  Lazimnya, laluan asasi membawa terus ke peringkat ijazah di bawah universiti yang sama. 

    Menurut Batrisyia, program ini dianggap sebagai fast track kerana hanya berlangsung selama dua semester atau setahun sahaja.  Setelah tamat asasi, para pelajar boleh terus melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah pula.

    UiTM menawarkan dua program Asasi Undang-undang iaitu Asasi Undang-undang UiTM dengan kod program PI005 dan Asasi Undang-undang Kolej Politeknik MARA (KPTM) dengan kod program PI007.

    Apakah yang membezakan kedua-dua program ini?

    Kedua-dua program ini berpusat di kampus yang sama iaitu UiTM, Dengkil dan mempelajari subjek yang sama.  Apa yang membezakan kedua program ini ialah bagi pelajar yang mengambil program PI005 atau Asasi Undang-undang UiTM, mereka akan terus diserap untuk melanjutkan pelajaran bagi tahap ijazah di UiTM melalui program penerapan.

    Calon yang mendapat keputusan cemerlang berdasarkan merit akan ditempatkan di kampus Shah Alam namun, tertakluk kepada bilangan tempat yang disediakan.

    Pelajar dengan Purata Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 dan ke atas, mencapai Band 4 untuk Malaysian University English Test (MUET) dan lulus temu duga akan diserap ke Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) iaitu LW 224 di UiTM, Shah Alam.

    Pelajar juga berpeluang untuk memohon beberapa program ijazah lain.  Ada beberapa program perlu melalui temu duga sebelum mendapatkan tempat. Antaranya ialah Fakulti Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Fakulti Artistik dan Teknologi Kreatif serta Akademi Pengajian Bahasa.

    Manakala program yang tidak perlu melalui temu duga ialah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan serta Fakulti Pengurusan Perniagaan.

    Pelajar yang mendapat PNGK 3.00 dan ke bawah tidak akan ditawarkan secara automatik untuk program di atas. Pemilihan akan dibuat berdasarkan meritokrasi, kecemerlangan akademik, bilangan tempat dan saingan daripada calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Matrikulasi.

    Calon yang ingin menyertai program ini hendaklah memenuhi syarat universiti dan memiliki kelayakan minimum seperti memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM atau yang setaraf dengannya. Pelajar perlu mencapai sekurang-kurangnya gred A- dalam mana-mana tiga mata pelajaran, tidak termasuk Bahasa Inggeris dan Matematik.

    Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam Bahasa Inggeris serta lulus kredit dalam subjek Matematik/Matematik Tambahan.

    Bagi pelajar yang berjaya menamatkan program PI007 iaitu Asasi Undang-undang KPTM dengan keputusan cemerlang akan berpeluang mengikuti Ijazah Undang-undang di mana-mana institusi pengajian tinggi awam. Calon mesti mencapai MUET Band 4 sebagai syarat tambahan.

    Para pelajar juga boleh memohon program dalam jurusan Sains Sosial dan Seni di mana-mana universiti tertakluk kepada syarat keperluan yang ditetapkan oleh universiti masing-masing. 

    Permohonan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah hendaklah dibuat melalui permohonan UPUOnline.

    Pelajar yang ingin memilih program ini perlu memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM atau yang setaraf dengan mencapai sekurang-kurangnya gred A- dalam mana-mana tiga mata pelajaran, tetapi tidak termasuk bahasa Inggeris dan Matematik.

    Pelajar juga perlu mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam bahasa Inggeris dan mendapat gred kredit dalam Matematik/Matematik Tambahan.

    Jadi, pelajar perlu merangka dari awal perjalanan pendidikan sama ada mahu melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di UiTM atau di universiti awam yang lain selepas tamat program asasi.

    “Bagi mereka yang mempunyai minat dalam bidang ini, saya menggalakkan anda untuk teruskan cita-cita anda.  Sepanjang saya belajar di UiTM Dengkil, saya menikmati setiap saat di sini.

    “Pensyarah sangat banyak membantu pelajar sepanjang proses pembelajaran.  Persekitaran yang kondusif juga meningkatkan produktiviti saya untuk belajar dengan lebih berkesan,” tambahnya.  – RELEVAN

    featured laluan pendidikan peguam pendidikan
    Artikel Terkini

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025

    Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

    July 8, 2025

    Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

    July 7, 2025

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.