Facebook Twitter
    Trending
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 tip jadi mahasiswa berjaya, idaman majikan

    7 tip jadi mahasiswa berjaya, idaman majikan

    By June 14, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Pavel Danilyuk-Pexels

    PADA 16 Jun nanti merupakan detik mendebarkan bagi calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mereka akan memperoleh keputusan peperiksaan tersebut dan seterusnya menentukan hala tuju masa hadapan masing-masing.

    Pastinya, masing-masing menyimpan impian besar untuk menyambung pelajaran ke menara gading dan membanggakan kedua ibu bapa serta keluarga.

    Pensyarah Program Sains Pembangunan, Fakulti Sains dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Suhana Saad berkata, pembelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) agak berbeza dari sekolah kerana di universiti banyak pilihan kursus dan aktiviti yang disediakan.

    SUHANA

    “Oleh itu, para pelajar perlu mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin kerana tidak semua orang dapat peluang belajar seperti anda dan jadikannya sebagai asas untuk menentukan siapa anda pada masa hadapan.

    “Gunakan peluang ini untuk mengubah nasib diri dan keluarga serta menjadi manusia berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak,” katanya yang berpengalaman sebagai pensyarah lebih dua dekad.

    Tambah Suhana, pelajar sekarang sangat bertuah kerana dengan teknologi yang ada mereka mudah untuk mendapatkan sumber maklumat dan tidak perlu bergantung dengan bahan dari perpustakaan sepenuhnya.

    Beliau turut mengingatkan bakal graduan bahawa ijazah bukan jaminan pekerjaan pada masa kini. Sebaliknya, para pelajar perlu melengkapkan diri dengan kemahiran lain seperti kemahiran insaniah (soft skill) yang menjadi idaman majikan.

    Sehubungan itu, bagi melahirkan graduan cemerlang dari aspek akademik dan kemahiran insaniah, Suhana berkongsi tujuh tip penting sebagai panduan bagi bakal mahasiswa.

    Foto: Keira Burton-Pexels
    1. Libatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum yang dapat mengasah bakat kepemimpinan, komunikasi dan jaringan dengan komuniti melalui aktiviti yang dilakukan.
    2. Belajar berkumpulan (study group) sangat penting, boleh dibentuk berdasarkan kursus yang dipilih. Pilih rakan yang boleh berikan komitmen dalam setiap tugasan yang dipertanggungjawabkan.
    3. Gunakan khidmat mentor jika ada sebarang masalah terutama berkaitan dengan akademik. Mentor ialah pensyarah yang bertanggungjawab membimbing pelajar dari awal hingga akhir pengajian.
    4. Jangan lepaskan peluang jika ada tawaran pertukaran pelajar kerana dari situ anda akan dapat belajar tentang budaya dan tempat orang.
    5. Pilih kursus yang dapat memupuk kemahiran insaniah.
    6. Bina hubungan yang baik dengan semua pensyarah dan dapatkan bantuan mereka jika ada sebatang masalah berkaitan kurus yang diambil.
    7. Banyakkan penyertaan aktiviti yang dapat membentuk kemahiran insaniah anda.

    Sementara itu, Suhana turut memuji semangat kental mahasiswa yang rajin menuntut ilmu dan pada masa sama mencari duit poket sendiri seperti menjadi usahawan dan melakukan pelbagai pekerjaan sambilan lain.

    “Saya nasihatkan para pelajar bijak merancang waktu supaya tidak menjejaskan pelajaran walaupun pada masa sama gigih mencari wang.

    “Sekiranya berminat dalam bidang keusahawanan, pelajar boleh memilih kursus-kursus berkaitan dengannya dan menambah ilmu lain seperti teknologi maklumat serta kepemimpinan sebagai kursus elektif untuk memantapkan diri sebagai persediaan menjadi usahawan berjaya kelak,” ujarnya. RELEVAN

    Previous Article2,092 kes baharu Covid-19, 4 kematian dicatatkan semalam
    Next Article Laluan pendidikan dalam bidang guaman dan undang-undang

    Artikel berkaitan

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026
    Artikel Terkini

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.