Facebook Twitter
    Trending
    • Minum air lemon setiap pagi? Tak salah tapi jangan abaikan risiko ini
    • RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri
    • RMK13: Malaysia jadi negara AI, hak pendidikan untuk Orang Asli dan OKU
    • RMK13: Arah baharu untuk Malaysia lebih sihat, selamat
    • RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar
    • RMK13: Tiga fokus utama RMK13
    • Belum cukup umur, tidak perlu ada media sosial
    • Miskin masa vs miskin duit: Mana lebih penat?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Minum air lemon setiap pagi? Tak salah tapi jangan abaikan risiko ini

      August 4, 2025

      RMK13: Arah baharu untuk Malaysia lebih sihat, selamat

      July 31, 2025

      6 cara kekal cergas tanpa perlu ke gim

      July 28, 2025

      Cuci muka terlalu kerap buat kulit cepat berkedut!

      July 24, 2025

      Dah lama tak buat scaling? Jangan tunggu sakit baru cari doktor gigi

      July 22, 2025
    • Kewangan

      RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

      August 1, 2025

      RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

      July 31, 2025

      RMK13: Tiga fokus utama RMK13

      July 31, 2025

      Miskin masa vs miskin duit: Mana lebih penat?

      July 29, 2025

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025
    • Pendidikan

      RMK13: Malaysia jadi negara AI, hak pendidikan untuk Orang Asli dan OKU

      August 1, 2025

      Belum cukup umur, tidak perlu ada media sosial

      July 30, 2025

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025
    • Kerjaya

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 eksperimen Sains yang boleh dilakukan bersama anak di rumah, hanya guna bahan dari rumah

    5 eksperimen Sains yang boleh dilakukan bersama anak di rumah, hanya guna bahan dari rumah

    By June 6, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Mart Production-Pexels

    SEMPENA cuti sekolah ini, jom ajak anak-anak untuk melakukan aktiviti eksperimen Sains yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi pada masa sama memberi mereka ilmu dan pemahaman bagaimana sesuatu itu boleh berlaku.

    Tinggalkan seketika permainan gajet dan beri mereka peluang meneroka dunia Sains yang cukup menakjubkan. Sebagai permulaan, pilih projek Sains yang mudah dan menyeronokkan.

    3M berkongsi beberapa projek Sains yang mesra kanak-kanak untuk ibu bapa melakukannya bersama anak-anak di rumah dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah anda.

    1. Bina spektroskop anda sendiri

    • Ambil kadbod keras daripada tisu gulung dapur atau tandas dan belah di bahagian bawahnya pada sudut 45 darjah. Pastikan potong belahan itu hanya separuh bahagian sahaja.
    • Kemudian, potong lubang kecil di belakang tiub tersebut.
    • Lakarkan bulatan hujung tiub pada sekeping kadbod dan potong lakaran bulatan itu.
    • Seterusnya, gunting dengan nipis bentuk segi empat tepat, kira-kira 1/8 inci lebar di bahagian tengahnya.
    • Gunakan pita pelekat untuk lekatkan bulatan itu pada spektroskop.
    • Masukkan cakera padat (CD) di celah lubang, bahagian yang berkilat menghadap ke atas dan lekatkannya dengan pita pelekat jika perlu.

    Hasilnya: Apabila anda mendongak ke arah langit, anda dapat melihat pelangi muncul di CD tersebut. Ia berlaku kerana cahaya yang masuk ke spektroskop akan terbias di bahagian atas dan di CD.

    Apabila gelombang cahaya bertembung dengan celah-celah atau alur-alur kecil seperti yang dapat dilihat pada permukaan CD, ‘gangguan’ akan berlaku. Sesetengah warna mungkin menjadi lebih cerah kerana ‘gangguan’ tersebut manakala yang lain mungkin akan semakin pudar. 

    2. Eksperimen bunga api cecair

    • Ambil mangkuk yang leper, masukkan sedikit susu sehingga melitupi permukaan mangkuk tersebut.
    • Tambahkan beberapa titik pewarna makanan di dalam mangkuk itu.
    • Celupkan sebatang putik kapas dengan cecair sabun.
    • Celupkan putik kapas itu di dalam susu dan letakkan di tengah-tengah pewarna makanan dengan perlahan.

    Hasilnya: Pewarna makanan itu akan tertolak menjauhi putik kapas itu. Susu diperbuat daripada lemak dan air yang mana lemak tidak larut di dalam air.

    Sabun pula diperbuat daripada molekul unik yang boleh bertindak balas dengan kedua-dua lemak dan air, membolehkan molekul lemak di dalam susu dapat larut dalam air dan bergerak ke sekelilingnya.

    3. Eksperimen air yang berjalan

    • Ambil lima gelas dan susun ia bersebelahan antara satu sama lain. Isikan tiga gelas dengan air secara berselang.
    • Masukkan beberapa titik pewarna makanan di dalam air.
    • Ambil tuala kertas dan lipatkannya memanjang serta susun seperti jambatan di antara gelas-gelas tersebut.

    Hasilnya: Anda akan dapati yang tuala kertas itu mula menyerap sebahagian daripada air sebaik saja ia diletakkan di dalam gelas.

    Akibat daripada tindak balas kapilari, air akan mula diserap ke dalam tuala kertas dan menuruni ke gelas kosong di sebelahnya. Eksperimen ini mengambil masa yang agak lama berbanding eksperimen lain.

    Apabila paras air di dalam semua gelas sama, air itu akan berhenti mengalir, tetapi anda mungkin harus menunggu semalaman untuk ia berlaku. Unsur warna di dalam pewarna makanan bergabung untuk menghasilkan warna ketiga apabila dua jenis warna air dicampur bersama.

    4. Belon mengembang sendiri

    • Gunakan corong, isikan belon dengan sedikit serbuk penaik. Isikan secukupnya sehingga memenuhi separuh daripada belon itu
    • Lakukannya dengan berhati-hati, letakkan belon tersebut di atas meja.
    • Isikan botol air kosong dengan sedikit cuka.
    • Pegang botol air dengan satu tangan dan gunakan tangan satu lagi untuk memasukkan serbuk penaik ke dalam botol itu.
    • Bukakan dengan luas ‘mulut’ belon dan letakkannya di muncung botol dan pastikan ia ketat. Lakukan eksperimen ini dengan dipantau oleh orang dewasa.

    Hasilnya: Tindak balas gas daripada serbuk penaik dan cuka menyebabkan belon mengembang sendiri. Apabila serbuk penaik dan cuka bercampur, asid karbonik akan terhasil dengan pantas.

    Buih-buih yang anda dapat lihat adalah disebabkan oleh tindak balas ini. Asid karbonik sangat tidak stabil dan ia akan terurai menjadi air dan karbon dioksida. Disebabkan karbon dioksida adalah sejenis gas yang memerlukan ruang yang luas, ia akan pantas tersebar ke dalam belon dan memenuhi setiap ruang.

    5. Eksperimen lampu lava

     

    • Untuk mencipta lampu lava yang cantik, masukkan minyak ke dalam botol kosong.
    •     Kemudian, tambahkan sedikit air dan pewarna makanan yang anda sukai.
    •     Pecahkan tablet Alka-Seltzer kepada empat bahagian yang sama. Masukkan satu bahagian ke dalam botol kaca tersebut

    Hasilnya: Air dan minyak tidak akan bercampur tak kira betapa kuat anda menggoncang atau mengacaunya. Ini adalah eksperimen tentang ketumpatan.

    Layari 3m.com/scienceathome untuk mencuba pelbagai lagi eksperimen sains yang mudah dan menyeronokkan di rumah.-RELEVAN

    eksperimen featured pendidikan rumah sains
    Artikel Terkini

    Minum air lemon setiap pagi? Tak salah tapi jangan abaikan risiko ini

    August 4, 2025

    RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

    August 1, 2025

    RMK13: Malaysia jadi negara AI, hak pendidikan untuk Orang Asli dan OKU

    August 1, 2025

    RMK13: Arah baharu untuk Malaysia lebih sihat, selamat

    July 31, 2025

    RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

    July 31, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.