Facebook Twitter
    Trending
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pakar kesihatan ramal kes Covid-19 meningkat selepas Aidilfitri, boleh cecah 20,000 semula

    Pakar kesihatan ramal kes Covid-19 meningkat selepas Aidilfitri, boleh cecah 20,000 semula

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalMay 10, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SETELAH dua tahun tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana pandemik Covid-19, Syawal tahun ini disambut meriah oleh umat Islam di seluruh dunia, khususnya di Malaysia.

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan banyak kelonggaran untuk kita menyambut Aidilfitri dengan sepenuh hati tahun ini.  Ibadah solat jemaah, solat sunat hari raya dibenarkan dengan kapasiti 100 peratus dan ziarah kubur juga sudah dibenarkan bermula 1 Mei yang lepas.  

    Larangan salam bersalaman sepanjang pandemik juga sudah dibenarkan.  Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah dua orang Muslim yang bertemu kemudian saling berjabat tangan, kecuali dosa keduanya akan diampuni sebelum berpisah.” (Riwayat al-Tirmizi, Abu Dawud, Ibn Majah dan Ahmad).

    Akan tetapi, pakar kesihatan berpendapat bahawa selepas cuti perayaan Aidilfitri, kes harian Covid-19 berkemungkinan akan meningkat.

    Menurut Doktor Pakar Kesihatan Pekerjaan serta Doktor Kecemasan dan Kesihatan Am, Dr. Hanafiah Bashirun, beliau menjangkakan kes akan meningkat kerana hampir mustahil untuk orang ramai kekal menjaga jarak dan sentiasa mencuci tangan dengan pembasmi kuman selepas bersalaman.

    “Jika orang ramai bersikap lalai dan tidak berjaga-jaga dalam menjaga kesihatan, saya jangka kes harian boleh mencecah 20,000 ke 30,000 kes sehari,” jelas beliau.

    Yang turut dirisaukan, ramai yang mengambil peluang untuk merapatkan silaturahim dengan mengadakan rumah terbuka sejak Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan kebenaran untuk mengadakan rumah terbuka.

    “Besar kemungkinan jangkaan peningkatan kes harian kelak berpunca daripada majlis keramaian dan rumah terbuka di mana orang ramai akan berkumpul dalam satu tempat tertutup yang sama,” tambah beliau lagi.

    Hanafiah juga mencadangkan untuk buka pintu dan tingkap untuk memastikan rumah mempunyai pengudaraan yang baik dan mengelakkan udara terperangkap.  Hal ini kerana pengudaraan yang semakin berkurang dalam ruang dengan ramai orang akan meningkatkan risiko jangkitan.

    Orang ramai dinasihatkan untuk elakkan berpelukan kerana semakin dekat mulut dan hidung kita dengan orang lain, semakin tinggi risiko jangkitan.

    Keterujaan menyambut perayaan bersama keluarga sebelum ini mungkin menjadi salah satu faktor ada dalam kalangan kita kurang menitikberatkan pesanan dan panduan yang diberikan oleh pakar kesihatan dan KKM.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah juga menjangkakan kes akan meningkat selepas raya.

    “Kita ramalkan peningkatan kes selepas raya kebanyakannya adalah daripada jangkitan Kategori Satu dan Dua,”  katanya pada sidang media minggu lalu.

    Justeru, orang ramai diingatkan untuk masih berjaga-jaga dan mengelakkan 3S iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation).

    Sebaliknya, amalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear) dan patuh amaran atau peringatan dari KKM (warn).  

    Orang ramai juga dinasihati untuk melakukan ujian kendiri Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga kerana mungkin ada dalam kalangan kita yang dijangkiti tetapi tidak bergejala.  

    Sebelum menggunakan kit ujian Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag), teliti tarikh tamat tempoh kit ujian tersebut terlebih dahulu sebelum penggunaan.  Pastikan anda lakukan ujian kendiri Covid-19 diselia dan disahkan oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) secara maya. – RELEVAN

    Previous Article2,246 kes baharu Covid-19, 1 kematian dilaporkan
    Next Article Manusia-manusia toksik di tempat kerja

    Artikel berkaitan

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026
    Artikel Terkini

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.