KES jangkitan harian Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,107 kes semalam. Pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,443,318 kes.
Menurut data laman web CovidNow, sebanyak 6,890 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak 4,366,951 kes.
Semalam turut merekodkan lima kematian dan sifar kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,547 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,521 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 45,506 dengan 44,214 atau 97.2 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 33 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,190 atau 2.6 peratus pesakit dirawat di hospital, 24 atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 45 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN