Facebook Twitter
    Trending
    • Tahi mata sebagai pelindung mata senyap
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    • 7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025
    • Kewangan

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lebih banyak peluang pekerjaan, kadar pengangguran menurun 1% pada Februari

    Lebih banyak peluang pekerjaan, kadar pengangguran menurun 1% pada Februari

    By April 8, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KADAR pengangguran terus mencatatkan penurunan pada Februari lalu dengan 4.1 peratus berbanding 4.2 peratus pada bulan sebelumnya. Bilangan penganggur juga menurun sebanyak 1.3 peratus pada bulan itu, mencatatkan kira-kira 671,800 orang berbanding kira-kira 680,400 orang pada Januari.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pada Februari juga menyaksikan peningkatan berterusan dalam penduduk bekerja berikutan lebih banyak permintaan buruh oleh perniagaan serta pewujudan peluang pekerjaan dalam pasaran untuk mengekalkan perniagaan.

    Kata beliau, ia seterusnya mendorong kepada penurunan dalam bilangan penganggur dan kadar pengangguran yang lebih rendah pada bulan tersebut.

    “Peningkatan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja kekal pada Februari dengan pertambahan bulan ke bulan sebanyak 0.3 peratus kepada 15.73 juta orang berbanding 15.69 juta orang pada Januari, mencatatkan kadar nisbah guna tenaga kepada penduduk yang lebih tinggi iaitu pada 66.3 peratus berbanding 66.2 peratus pada Januari.

    “Justeru, bilangan tenaga buruh terus meningkat bulan ke bulan, naik sebanyak 0.2 peratus kepada 16.40 juta orang berbanding 16.37 juta orang pada Januari. Kadar penyertaan tenaga buruh pada bulan tersebut kekal pada 69.1 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurut Mohd. Uzir, penganggur aktif atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan merangkumi 83.7 peratus daripada jumlah penganggur.

    Jelas beliau, bilangan dalam kategori itu berkurang sebanyak 1.2 peratus kepada kira-kira 562,500 orang berbanding kira-kira 569,500 orang pada Januari.

    “Daripada jumlah penganggur aktif, mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan meliputi 56.7 peratus, manakala mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun merangkumi peratus sumbangan sebanyak 7.3 peratus.

    “Di samping itu, mereka yang percaya tiada pekerjaan tersedia atau penganggur tidak aktif menurun sebanyak 1.4 peratus kepada kira-kira 109,300 orang berbanding kira-kira 110,900 orang pada Januari,” katanya.

    Sementara itu, kata Mohd. Uzir, kadar pengangguran belia bagi umur 15 hingga 24 tahun mencatatkan penurunan sebanyak 0.2 mata peratus kepada 13 peratus dengan bilangan penganggur belia berkurang sebanyak 2.1 peratus merekodkan kira-kira 356,900 orang berbanding kira-kira 364,500 orang pada Januari.

    Begitu juga, katanya, kadar pengangguran belia bagi umur 15 hingga 30 tahun berkurang sebanyak 0.2 mata peratus kepada 8.1 peratus, mencatatkan bilangan penganggur yang lebih rendah iaitu sebanyak kira-kira 513,700 orang. – RELEVAN

     

    Artikel berkaitan

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025
    Artikel Terkini

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.