Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Uli, adun, hias kek sebagai terapi jiwa

    Uli, adun, hias kek sebagai terapi jiwa

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalApril 8, 2022Updated:April 18, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Gambar hiasan.

    PELBAGAI cara boleh dilakukan sebagai terapi ketenangan jiwa dan antaranya ialah dengan membuat kek. Mungkin kedengaran agak janggal berbanding aktiviti lain, tetapi ia sebenarnya sangat berkesan untuk meredakan tekanan.

    Aktiviti membuat kek memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada kesihatan mental kerana ia sebenarnya boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menyiapkan tempahan kek untuk pelbagai acara.

    Merujuk kepada satu kajian yang dilakukan oleh Emily Nelsen dan Haley Krenzke, membuat kek merupakan salah satu aktiviti penjagaan diri menjaga kesihatan mental dan emosi.

    Sehubungan itu, Relevan akan menceritakan bagaimana membuat kek boleh dijadikan sebagai terapi ketenangan jiwa.

    1. Proses langkah demi langkah menjadikan anda lebih teliti

    Kebelakangan ini, anda mungkin pernah mendengar tentang konsep kesedaran diri. Ia merupakan pemacu di sebalik meditasi dan penjagaan makanan dan hanya melibatkan penumpuan dalam satu tugas berbanding pelbagai tugas.

    Membuat kek semestinya memerlukan daya tumpuan yang tinggi untuk mengikut resepi langkah demi langkah.  Dalam proses membuat kek, kreativiti, penyelarasan, penaakulan diperlukan untuk mendapatkan hasil yang diingini. 

    2. Proses pengulangan yang menyenangkan

    Menurut Pengarah Horizons Developmental Resource Center di Caledonia, Michigan, Nicole Beurkens, pergerakan berulang yang terlibat dalam aktiviti menguli, mengadun dan menghias kek boleh menenangkan dan mengurangkan tekanan seseorang.

    Aktiviti yang mudah dan seronok sebegini boleh mengurangkan kebimbangan (anxiety) bagi mereka yang berasa bimbang untuk melaksanakan tugas tertentu. Ia berpotensi untuk menenangkan otak dan meningkatkan kestabilan emosi.

    Apabila kita menumpukan seluruh tenaga mental dan fizikal, ini akan membolehkan anda merasakan tahap keyakinan diri sudah meningkat dan mampu menghadapi cabaran yang mendatang termasuk misi menyiapkan kek.

    3. Penggunaan pelbagai deria menceriakan diri

    Deria sentuhan, bau, melihat dan rasa akan digunakan dengan aktif  semasa membuat kek.  Penglibatan pelbagai deria ketika membuat kek boleh menjadi sumber terapeutik bagi sesetengah orang terutamanya jika mereka mempunyai memori atau kisah disebalik makanan atau hidangan yang mereka sedang buat.  

    “Ingatan autobiografi berkait rapat dengan cara kita memproses dan merasakan situasi dalam kehidupan. Kenangan episodik menggabungkan sensasi yang dialami,” kata Beurkens.

    Sebagai contoh, menjelang musim perayaan ini kuih semperit merupakan kuih raya yang disukai ramai.  Mungkin ada yang mengimbau kenangan membuat kuih semperit bersama ibu atau nenek di usia kanak-kanak dahulu.  Imbas kembali memori indah bersama keluarga semestinya akan menceriakan diri.

    4. Memberi ketenangan 

    Adakah membuat kek dapat memberi ketenangan? Sudah tentu!  Anda mungkin berasa lebih tenang dan seronok di saat sedang menyediakan bahan-bahan untuk membuat kek. 

    Hal ini kerana ketika anda memberikan tumpuan ketika membuat kek, ia akan meningkatkan kesedaran terhadap tubuh badan dan mengurangkan stress.

    Selain itu, melakukan aktiviti yang melibatkan kreativiti akan memberi peluang otak dan hati kita menumpukan pada benda lain selain daripada perkara yang menyebabkan tekanan.  

    “Bagi individu yang bergelut dengan fikiran yang mencemaskan, aktiviti kreatif sebegini akan bertindak sebagai pengacau untuk menumpukan minda kepada sesuatu yang lebih produktif dan bermanfaat daripada memikirkan perkara yang boleh menyebabkan kebimbangan.

    Hasil kajian Tamlin S. Conner mencadangkan aktiviti kreatif menyokong pemikiran dan perasaan yang lebih positif.

    5. Mempunyai keupayaan untuk mengawal sesuatu

    Menurut Beurkens, setiap resepi akan mencatatkan masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu hidangan. Ia merupakan elemen penting yang bukan sahaja untuk jadual anda, tetapi juga melibatkan tahap kesediaan tekanan anda.

    “Membuat kek mempunyai titik permulaan dan akhir yang ditetapkan untuk membantu orang ramai merasakan kawalan dan tujuan. Kedua-duanya membantu mengelakkan perasaan kurang senang dan kemurungan,” tambahnya.

    Satu-satunya perkara yang memerlukan kecerdasan mental, fizikal dan emosi ialah apabila hendak menggunakan ketuhar. Perhatian yang tertumpu itu akan memupuk rasa yang kuat untuk melakukannya dan kekal tenang bagi mengelakkan kemalangan, walaupun dunia di luar dapur anda mungkin sibuk dan lebih kucar-kacir.  

    Setelah selesai membuat kek, perlu diingat bahawa kebahagiaan seeloknya dikongsi beramai-ramai untuk menyebarkan positiviti dan kebahagian kepada orang sekeliling. 

    “Pun begitu, tidak salah untuk membuat kek setiap hari, tetapi perlu menghadkan pengambilannya kerana ia memudaratkan kesihatan. 

    “Apa yang kita makan sangat berkait rapat dengan kesihatan mental. Walaupun membuat kek boleh menjadi aktiviti yang menenangkan dan meningkatkan kestabilan emosi, ia perlu diseimbangkan dengan apa yang dibuat dan dimakan,” ujar Beurkens.

    Untuk terapi yang paling berkesan, kongsilah ‘kemanisan’ itu bersama orang tersayang. – RELEVAN

    buat kek featured mental terapi jiwa
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.