Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gaji bukan faktor utama, keseronokan bekerja aspek terpenting

    Gaji bukan faktor utama, keseronokan bekerja aspek terpenting

    By March 8, 2022Updated:March 22, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: tirachardz - www.freepik.com

    TERDAPAT pelbagai aspek yang perlu diberi perhatian ketika anda mencari pekerjaan dan bukan hanya bergantung kepada gaji semata-mata. Perkara tersebut penting demi kepuasaan dan keseronokan bekerja serta perkembangan kerjaya pada masa akan datang.

    Berikut tujuh aspek yang perlu diberi perhatian jika anda mencari pekerjaan yang dikongsikan oleh laman web pengambilan pekerja, thegraduaterecruitment.co.uk.

    1. Waktu bekerja 

    Waktu bekerja penting untuk memastikan anda mempunyai keseimbangan antara masa bekerja dan juga kehidupan peribadi. Anda tidak boleh menganggap bahawa pekerjaan yang dimohon itu mempunyai waktu kerja yang standard iaitu 9 pagi hingga 5 petang.

    Pastikan anda memahami waktu kerja yang telah tertulis dalam kontrak begitu juga kerja lebih masa. Apabila sudah mengetahui waktu kerja itu, anda boleh membuat gambaran tentang bagaimana hari-hari yang bakal dilalui ketika bekerja di syarikat tersebut.

    2. Faedah yang ditawarkan

    Walaupun gaji merupakan perkara utama yang ditawarkan oleh bakal majikan, terdapat faedah lain yang perlu anda pertimbangkan sebelum menerima tawaran pekerjaan. Ini termasuklah elaun percutian, caruman persaraan, insurans, bonus dan penjagaan kesihatan. Pastikan anda membuat rundingan tentang perkara ini sebelum menandatangani kontrak.

    3. Budaya syarikat

    Budaya persekitaran kerja baharu akan memberi impak besar kepada keseronokan kehidupan bekerja anda. Adalah baiknya, anda mendapatkan maklumat daripada pekerja yang sedang bekerja di syarikat tersebut dan begitu juga yang pernah bertugas di situ mengenai cara layanan syarikat kepada mereka.

    4. Pasukan

    Rakan sekerja memberi pengaruh besar kepada persekitaran kerja dan sejauh mana keberkesanan anda apabila bekerja bersama-sama.

    5. Kesungguhan pasukan

    Kesungguhan yang dimiliki oleh ahli pasukan tentang apa yang dilakukan akan menjadi petunjuk besar betapa gembiranya pasukan itu pada masa akan datang. Ia bagus jika pasukan mempunyai nilai bersatu dan berkongsi misi yang sama untuk menjadikan suasana kerja lebih positif dan mengujakan serta membuatkan anda tidak sabar untuk bekerja setiap hari.

    6. Kestabilan syarikat

    Pastikan anda mendapatkan maklumat mengenai kestabilan syarikat sebelum membuat sebarang komitmen rasmi kepada syarikat itu. Adakah syarikat itu stabil dan berkembang atau berisiko memberhentikan pekerja pada masa akan datang?

    7. Peluang untuk perkembangan kerjaya

    Kemajuan di tempat kerja sangat penting untuk perkembangan kerjaya anda. Oleh itu, pastikan anda bertanya tentang peluang sedemikian ketika ditemu duga. Apabila anda melakukan sedemikian, ia memberikan gambaran kepada penemu duga yang anda seorang yang berminat untuk kekal bersama syarikat dan didorong cita-cita tinggi. Pertanyaan tersebut juga memberikan gambaran yang jelas tentang potensi masa depan kerjaya anda bersama syarikat itu. -RELEVAN

    Previous Article26,856 kes jangkitan baharu, 77 kematian
    Next Article 31,490 kes jangkitan baharu, 79 kematian semalam

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.