Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tip kekal sihat dan cergas bekerja syif malam

    5 tip kekal sihat dan cergas bekerja syif malam

    By February 23, 2022Updated:October 18, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: DCStudio - www.freepik.com

    CABARAN utama mereka yang bertugas syif malam ialah gangguan masa tidur yang mana sudah menjadi fitrah manusia untuk tidur pada waktu malam dan bekerja pada siang hari.

    Tidur yang tidak teratur kerana bertugas syif malam itu akan memudaratkan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik. Laman web University Of ST. Augustine For Health Sciences berkongsi tip untuk kekal sihat walaupun bekerja syif malam.

    1. Amalkan tidur yang baik

    Latih diri untuk tidur mengikut jadual yang ditetapkan dan wujudkan persekitaran yang kondusif, bersih serta selesa untuk mendapatkan tidur nyenyak.

    Elakkan pendedahan cahaya yang terlalu terang ketika tidur pada waktu siang hari dengan melindungi kamar tidur itu menggunakan langsir dan memakai penutup mata serta pastikan tidak bermain peranti elektronik sebelum tidur

    Tidur yang berkualiti dan cukup sangat penting untuk kesihatan badan dan kecerdasan minda. Kekurangan tidur yang kronik menyebabkan komplikasi kesihatan serius dan mengganggu produktiviti pekerja.

    Pakar mengesyorkan orang dewasa berusia 18 hingga 64 tahun memerlukan tidur tujuh hingga sembilan jam setiap malam.

     2. Ambil minuman berkafein secara sederhana

    Kebanyakan mereka yang bekerja pada waktu malam sangat bergantung dengan kafein untuk kekal segar dan produktif. Kafein boleh meningkatkan ingatan, mood dan prestasi fizikal. Namun, elakkan daripada mengambil kafein secara berlebihan.

    Minuman yang tinggi dengan kandungan gula dan kafein akan memberi kesan negatif kepada kesihatan seperti tekanan darah tinggi, risiko obesiti dan tidur tidak berkualiti.

    3. Makan secara sihat

    Memandangkan kerja syif dikaitkan dengan peningkatan risiko masalah metabolik, adalah penting untuk anda mengamalkan makan secara sihat.

    Sediakan bekalan makanan dan snek yang sihat kerana dengan cara ini anda boleh mengawal apa yang dimakan. Jadikan buah-buahan sebagai snek sihat. Pekerja syif malam juga perlu menambah makanan tambahan yang mengandungi Vitamin D kerana mereka kurang pendedahan dengan cahaya matahari.

    Selain itu, anda juga disyorkan minum air yang mencukupi untuk mengawal suhu badan, mencegah jangkitan dan menghantar nutrien kepada sel-sel dan memastikan organ berfungsi dengan baik.

    4. Bersenam

    Bekerja syif malam boleh meningkatkan risiko anda untuk menghidap penyakit jantung dan masalah kesihatan kronik lain. Oleh itu, penting untuk mengamalkan rutin senaman yang konsisten termasuk latihan kardio. Namun, pastikan jarak masa anda bersenam tidak terlalu dekat dengan masa tidur kerana ia akan menyukarkan untuk tidur. Seeloknya bersenam sebelum syif berbanding selepas syif.

     5. Hadkan tekanan

    Bertugas syif malam juga boleh memberi kesan psikologi yang buruk kepada pekerja. Adalah penting untuk memberi tumpuan kepada kesihatan mental anda. Bekerja dengan lebih proaktif dan positif. Libatkan diri dalam aktiviti yang membuatkan seronok dan ketawa untuk melegakan tekanan.- RELEVAN

    Previous Article27,179 kes baharu dicatatkan semalam, 43 kematian
    Next Article Selepas PAKK, graduan ISMP Muzik pula luah kekecewaan

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.