Facebook Twitter
    Trending
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    • Rahsia bebas tekanan kewangan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tidur nyenyak bantu pulihkan badan, kuatkan sistem imun

    Tidur nyenyak bantu pulihkan badan, kuatkan sistem imun

    By February 17, 2022Updated:February 18, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    TIDUR yang nyenyak atau juga dipanggil gelombang tidur perlahan adalah istilah digunakan untuk mentakrifkan tidur tahap tiga dan empat.

    Pada tahap ini, kadar denyutan jantung dan pernafasan anda menjadi perlahan, gelombang otak juga perlahan dan otot mata berada dalam keadaan relaks.

    Peringkat ini juga dikenali sebagai fasa pemulihan tidur kerana badan anda membaiki tidur dan menguatkan sistem imun.

    Semasa tidur, anda mengalami peringkat kitaran tidur yang berbeza. Tidur nyenyak adalah peringkat diperlukan yang mana apabila bangun akan berasa segar.

    Apabila meningkat usia, jumlah tidur nyenyak yang kita dapat setiap malam semakin berkurang. Ini kerana badan kita sudah matang dan tidak perlu membesar seperti kanak-kanak.

    Sehubungan itu, RELEVAN kongsikan tujuh tip untuk mendapatkan tidur nyenyak dan berkualiti yang disarankan oleh Casper iaitu laman blog syarikat yang menjual tilam, bantal dan kelengkapan aksesori tidur.

    1. Bersenam setiap hari

    Melakukan aktiviti kecergasan yang mengeluarkan peluh setiap hari sangat memberi manfaat untuk tidur anda yang lebih nyenyak. Individu yang bersenam pada siang hari lebih cenderung untuk tidur lebih cepat berbanding mereka yang tidak melakukannya.

    Penyelidik juga mendapati bahawa mereka yang bersenam 150 minit sebanyak dua kali seminggu akan mendapat tidur malam yang nyenyak.

    Walau bagaimanapun, elakkan melakukan senaman berat sebelum tidur kerana ia boleh meningkatkan kadar denyutan jantung anda sehingga mengganggu tidur.

    2. Makan lebih banyak serat

    Diet yang sihat bukan hanya menurunkan berat badan, ia juga memberi kesan kepada kualiti tidur anda. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan serat yang banyak boleh membantu tidur lebih nyenyak. Oleh itu, pada siang hari amalkan pemakanan serat yang banyak dalam diet anda.

    3. Elakkan pengambilan kafein tujuh jam sebelum tidur

    Kafein adalah perangsang yang boleh menyukarkan anda tidur. Ia juga boleh mengurangkan jumlah tidur nyenyak. Menerusi kajian yang dilakukan, pengambilan kafein tujuh jam sebelum tidur akan mengurangkan jumlah tidur yang diterima sebanyak satu jam. Minuman yang boleh membantu anda mengantuk ialah seperti susu suam dan teh chamomile.

    4. Cipta rutin waktu tidur yang santai

    Tekanan yang dialami ekoran kesibukan di tempat kerja dan menguruskan anak-anak menyebabkan minda berada dalam keadaan aktif berfikir dan tidak menikmati tidur. Oleh itu, dengan mewujudkan rutin waktu tidur yang peribadi boleh membantu badan anda relaks dan mengekang kebimbingan. Ia perlu dilakukan dengan konsisten setiap hari.

    5. Jadikan bilik tempat tidur yang selesa

    Pastikan persekitaran bilik tidur anda menyokong tidur yang nyenyak seperti lampu tidak terlalu terang, tidak bising dan  suhu yang nyaman. Suhu terbaik untuk tidur ialah antara 15 hingga 19 darjah Celsius. Gunakan mentol lampu kuning dan elakkan penggunaan peranti elektronik sejam sebelum tidur. Pastikan tilam juga selesa untuk menyokong tidur yang nyenyak begitu juga bantal dan kain selimut.

    6. Dengar bunyi yang menenangkan

    Jika anda tinggal di tengah-tengah bandar atau mempunyai kejiranan yang bising, cuba dengarkan bunyi yang menenangkan untuk membantu anda tidur nyenyak. Antaranya, bunyi alam semula jadi seperti hujan, ombak dan pantai. Bunyian ini dapat meningkatkan tidur nyenyak dan sangat baik untuk penyimpanan memori.

    7. Topeng mata

    Sama seperti bunyi, cahaya juga memberi kesan kepada kualiti tidur anda setiap malam. Jika anda mempunyai pasangan yang suka membaca pada waktu malam dengan lampu yang menyala, topeng mata boleh membantu.- RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.