Facebook Twitter
    Trending
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    • Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik
    • Elak minum air kelapa jika…
    • Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025

      6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

      November 26, 2025

      Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini

      November 25, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tidak perlu ikat perut setiap bulan, ikuti lima tip ini

    Tidak perlu ikat perut setiap bulan, ikuti lima tip ini

    By February 10, 2022Updated:February 14, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    ‘POKET kering’ itu antara keluhan yang sering didengar walaupun baharu sahaja menerima gaji. Paling menyedihkan apabila terpaksa mengikat perut sementara menunggu hari gaji pada hujung bulan.

    Terlalu banyak keinginan yang ingin dipenuhi dan ditambah lagi dengan komitmen sedia ada menyebabkan duit gaji yang diterima setiap bulan cepat menyusut atau ‘bocor’. Sebahagian besar masalah ini adalah kerana kegagalan mengurus kewangan dengan baik.

    Penganalisis Ekonomi Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa Prof. Madya Dr Baharom Abdul Hamid berkata, pengurusan kewangan yang berhemah amat penting dalam memastikan kelestarian kehidupan.

    Kesilapan menguruskan kewangan boleh mengakibatkan kesan yang sangat mendalam seperti stres, tekanan hidup dan berpotensi menjadi punca keretakan perhubungan kekeluargaan.

    Masalah kewangan juga boleh menganggu produktiviti dan kemampuan bekerja dengan baik. Keadaan tersebut semakin bertambah buruk di kala keadaan ekonomi yang tidak menentu, kenaikan harga barang dan penguncupan kuasa membeli.

    Sehubungan itu, beliau memberikan lima tip penting untuk menguruskan kewangan secara berhemah dan tidak terlebih berbelanja serta mampu membuat simpanan setiap bulan.

    1. Utamakan keperluan berbanding keinginan

    Pastikan kita sentiasa mengutamakam barangan keperluan yang menjadi kemestian untuk kelangsungan hidup berbanding dengan barangan keinginan yang hanya mendatangkan kepuasan.

    2. Mengukur baju di badan sendiri.

    Pastikan setiap barangan yang dibeli adalah barangan yang mampu dimiliki dan dibayar. Sebagai contoh, jika membeli rumah pastikan bayaran bulanan tidak melebihi 30 peratus daripada keseluruhan gaji yang diterima.

    Jika gaji RM2,000 sebulan, maksimum pembayaran pembiayaan bulanan ialah RM600 sahaja. Jangan membuat komitmen untuk rumah yang lebih besar atau mewah kerana ia bakal memberi tekanan kepada anda. Begitu juga dalam pembelian kenderaan.

    3. Gunakan formula 50/30/20 seboleh mungkin

    50 peratus daripada pendapatan hendaklah dikhususkan kepada keperluan, sewa atau ansuran pembiayaan rumah, makanan dan bayaran minimum hutang-hutang lain termasuk kad kredit.

    30 peratus untuk keinginan seperti hiburan, melancong dan riadah manakala 20 peratus untuk tabungan (boleh digunakan ketika kecemasan)

    4. Lakukan bajet atau pelan perbelanjaan.

    Kini terdapat banyak aplikasi atau boleh dilakukan secara manual untuk membantu membuat pelan perbelanjaan pada awal bulan dan pastikan anda mengikut perancangan tersebut. Sekiranya tergelincir, segera buat pelan penambahbaikan.

    5. Belajar kemahiran kewangan (Financial Literacy)

    Pelajari ilmu kemahiran kewangan sebanyak mungkin sama ada menerusi platform online secara percuma atau anjuran oleh badan pengurusan kewangan seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Jangan tunggu sehingga di tahap parah baharu hendak mendapatkan bantuan. Semua ini dapat membantu mengurangkan tekanan kewangan dan memastikan setiap individu mencapai kebebasan kewangan- RELEVAN

    Artikel berkaitan

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

    December 3, 2025

    Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

    December 2, 2025

    Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

    December 1, 2025
    Artikel Terkini

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

    December 3, 2025

    Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

    December 2, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.