Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lima langkah untuk kejar kerjaya impian

    Lima langkah untuk kejar kerjaya impian

    By KU SYAFIQ KU FOZIJanuary 27, 2022Updated:July 27, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto oleh rawpixel.com - www.freepik.com

    TIDAK semua orang bernasib baik berakhir dengan kerjaya idaman. Ada yang terpaksa meninggalkan impian demi keluarga atau disebabkan kesempitan hidup.

    Namun, semua orang layak mempunyai impian dan berhak mengejar impiannya sendiri. Apa yang penting, kita sanggup berusaha dan menyusun strategi sejak awal untuk mencapai kerjaya yang diimpikan.

    Berkenaan hal ini, nama Dr. Ahmad Syahid Ahmad Fawzal atau dikenali sebagai Aid Fawzal wajar dijadikan inspirasi. Beliau bukan sahaja berjaya mencapai kerjaya impiannya, malah menjadi rebutan majikan dalam bidang yang diminatinya. 

    Pernah tular apabila mencipta formula penyejukan rotor dengan nama Fawzal Number (Fa), Aid berkongsi lima teknik mengejar kerjaya impiannya di Twitter baru-baru ini.

    Gambar Facebook Dr. Aid Fawzal
    • Cari kerjaya impian dalam iklan kerjaya

    Terdapat banyak laman web dan aplikasi pengiklanan kerjaya ketika ini. Jika anda sudah ada kerjaya impian dalam fikiran, cari iklan melibatkan kerjaya tersebut dan teliti setiap tawaran yang ada. 

    • Dapatkan penerangan peranan dan tanggungjawab

    Untuk setiap jawatan dalam iklan kerjaya, ada disertakan penerangan kerja, tanggungjawab utama serta kemahiran yang diperlukan. Perkara ini penting supaya anda tahu, kualiti yang diperlukan untuk jawatan tersebut dan gambaran sebenar jawatan tersebut.

    • Teliti tugasan dan buat perbandingan

    Selepas mengetahui mengenai sesuatu jawatan, teliti satu persatu tugasan yang dikaitkan dengan jawatan itu. Maklumat ini akan membantu anda menjawab beberapa persoalan. Pertama, adakah ia benar-benar kerjaya impian anda? Kedua, adakah anda berminat untuk menjalankan kesemua tanggungjawab tersebut? Aid mencadangkan supaya kita membuat pemarkahan. Jika ada enam tanggungjawab, adakah keenam-enamnya sesuai dengan diri kita?

    • Teliti kelayakan

    Selesai soal tugasan, teliti kelayakan yang diperlukan. Setiap kelayakan yang disenaraikan penting kerana majikan akan beranggapan kita mempunyai kemahiran dalam setiap kelayakan tersebut. Sekali lagi, tandakan kemahiran yang kita sedia ada dan belum ada. Dalam hal ini, kita perlu jujur dengan diri sendiri. Menurut Aid, penilaian yang dilakukan perlu teliti, terutamanya berkaitan kemahiran yang bukan teknikal seperti kemahiran penyelesaian masalah serta komunikasi. Kita perlu ukur kemampuan diri betul-betul.

    • Cermin diri

    Selepas melaksanakan semua langkah di atas, anda kini tahu sama ada kerjaya tersebut benar-benar kerjaya impian anda atau tidak. Anda juga tahu kelebihan dan kekurangan diri untuk memohon jawatan tersebut. Jika masih banyak kemahiran yang belum dikuasai, masa untuk singsing lengan dan mula belajar. Jika sudah cukup bekalnya, apa lagi, mohon segera! – RELEVAN

    Previous ArticleDihina ‘sampah’, idea diplagiat, ini cabaran menjadi content creator di Malaysia
    Next Article Beri ganjaran kepada diri tetapi berhemah

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

    January 26, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.