Facebook Twitter
    Trending
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    • Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik
    • Elak minum air kelapa jika…
    • Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025

      6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

      November 26, 2025

      Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini

      November 25, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    By Umi FatehahDecember 3, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KANSER merupakan salah satu penyakit yang menyumbang kepada kematian di seluruh dunia. Walaupun tiada cara yang mampu menjamin pencegahan 100 peratus, kajian menunjukkan bahawa pilihan gaya hidup harian memainkan peranan besar dalam menentukan tahap risiko seseorang.

    Pelbagai nasihat dan kajian sering muncul dengan pandangan yang berbeza-beza, sehingga menyebabkan kekeliruan. Namun, para pakar kesihatan sependapat bahawa beberapa tabiat asas boleh mengurangkan risiko kanser secara signifikan jika diamalkan secara konsisten. 

    Menurut Mayo Clinic, berikut ialah tujuh langkah penting yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko kanser.

    1. Jauhi tembakau

    Merokok sudah lama dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser termasuk kanser paru-paru, mulut, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang dan serviks. Bukan itu sahaja, pendedahan kepada asap rokok (perokok pasif) juga meningkatkan risiko kanser paru-paru.

    Tembakau yang dikunyah turut berbahaya dan dikaitkan dengan kanser mulut, tekak dan pankreas. Oleh itu, langkah paling berkesan untuk mengurangkan risiko kanser ialah dengan tidak menggunakan tembakau dalam apa jua bentuk.

    Sekiranya anda seorang perokok, dapatkan bantuan profesional kesihatan yang boleh mencadangkan kaedah berhenti merokok seperti terapi penggantian nikotin, kaunseling atau rawatan yang sesuai.

    1. Amalkan pemakanan sihat

    Pemakanan sihat mungkin tidak dapat menghalang kanser sepenuhnya namun ia mampu merendahkan risikonya.

    Tingkatkan pengambilan:

    • Buah-buahan dan sayur-sayuran segar
    • Bijirin penuh dan kekacang
    • Makanan berasaskan tumbuhan

    Pada masa yang sama, hadkan pengambilan makanan tinggi kalori, makanan diproses, daging merah, gula tambahan serta lemak tepu dan trans.

    Pengambilan alkohol juga perlu dikawal atau dielakkan sepenuhnya kerana ia meningkatkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, kolon, hati, paru-paru dan buah pinggang.

    Kajian turut mendapati bahawa individu yang mengamalkan diet Mediterranean yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, kekacang, minyak zaitun dan ikan menunjukkan risiko lebih rendah terhadap kanser, terutamanya kanser payudara.

    1. Kekalkan berat badan sihat dan aktif bergerak

    Berat badan berlebihan atau obesiti meningkatkan risiko kanser seperti kanser payudara, hati, kolon, pankreas dan buah pinggang.

    Selain pengawalan berat badan, aktiviti fizikal itu sendiri memberi kesan perlindungan khusus terhadap kanser kolon dan payudara.

    Anda disarankan untuk melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti sederhana atau 75 minit aktiviti intensif dalam seminggu.

    Contohnya termasuk berjalan laju, berbasikal, berenang atau bersukan. Apa sahaja pergerakan lebih baik daripada tidak bergerak langsung.

    1. Lindungi kulit daripada matahari

    Kanser kulit ialah antara jenis kanser paling kerap berlaku namun ia juga paling mudah dicegah.

    Beberapa langkah perlindungan termasuk:

    • Elakkan berada di bawah matahari terik antara pukul 10 pagi hingga 4 petang
    • Berteduh apabila berada di luar
    • Pakai pakaian berlengan panjang, cermin mata hitam dan topi lebar
    • Gunakan pelindung matahari (sunscreen) dengan SPF sekurang-kurangnya 30
    • Sapukan semula pelindung matahari setiap dua jam atau selepas berpeluh
    1. Dapatkan perlindungan vaksin

    Sesetengah jangkitan virus boleh meningkatkan risiko kanser tetapi ia boleh dicegah melalui vaksinasi.

    Dua vaksin utama ialah:

    • Hepatitis B

    Virus ini boleh menyebabkan kerosakan hati kronik dan meningkatkan risiko kanser hati. Golongan berisiko tinggi termasuk individu yang mempunyai ramai pasangan seksual, pengguna dadah suntikan dan petugas kesihatan yang terdedah kepada darah.

    • Human Papillomavirus (HPV)

    HPV boleh menyebabkan kanser serviks dan kanser lain pada organ genital, selain kanser di bahagian kepala dan leher. Vaksin HPV disarankan seawal usia sembilan tahun dan untuk golongan dewasa yang belum mendapatkannya ketika muda.

    1. Elakkan tingkah laku berisiko

    Sesetengah tingkah laku membuka jalan kepada jangkitan yang boleh meningkatkan risiko kanser.

    Amalan penting termasuk:

    • Mengamalkan seks selamat dan tidak bertukar-tukar pasangan
    • Menggunakan kondom untuk mencegah jangkitan seperti HPV dan HIV
    • Tidak berkongsi jarum suntikan

    HIV dan hepatitis B serta C dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser tertentu, khususnya kanser hati dan kanser berkaitan sistem imun yang lemah.

    Jika anda memerlukan bantuan untuk keluar daripada ketagihan dadah atau tabiat berisiko, dapatkan sokongan profesional.

    1. Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala

    Pengesanan awal merupakan kunci kepada rawatan kanser yang lebih berkesan.

    Lakukan pemeriksaan berkala dan saringan khusus seperti:

    • Pemeriksaan payudara
    • Pap smear untuk serviks
    • Saringan kanser kolon
    • Pemeriksaan kulit

    Dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui jenis saringan yang sesuai mengikut umur, jantina dan latar belakang keluarga anda. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

    December 3, 2025

    Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

    December 2, 2025

    Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

    December 1, 2025

    Elak minum air kelapa jika…

    December 1, 2025
    Artikel Terkini

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

    December 3, 2025

    Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

    December 2, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.