Facebook Twitter
    Trending
    • Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja
    • 10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan
    • Cara berjimat ketika harga barang naik 
    • Persiapan kewangan untuk orang muda
    • Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…
    • Berapa kali sehari kita patut buang air besar?
    • Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya
    • Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026

      Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

      April 1, 2026

      Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

      March 25, 2026

      Pantau glukosa walaupun ketika beraya

      March 23, 2026

      Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

      March 19, 2026
    • Kewangan

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026
    • Pendidikan

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026

      Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

      March 31, 2026

      Lepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan

      March 30, 2026

      Masa terbaik untuk puasa enam dan puasa ganti

      March 26, 2026
    • Kerjaya

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

    7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

    By Umi FatehahOctober 23, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu. - GAMBAR HIASAN GILLES LAMBERT/UNSPLASH

    PERNAHKAH anda terfikir, setiap kali anda membuka laman web, menulis komen atau menekan butang ‘suka’, anda meninggalkan jejak digital di dunia maya atau dikenali digital footprint (jejak digital).

    Ia bermakna rekod data dihasilkan setiap kali anda berinteraksi di internet. Terdapat dua jenis jejak digital. Pertama, jejak aktif iaitu maklumat yang kita kongsi secara sedar seperti hantaran di media sosial, ulasan di forum atau maklumat dalam borang atas talian. 

    Kedua, jejak pasif yang berlaku tanpa disedari. Contohnya, laman web yang sering dilawati atau sejarah pembelian dalam talian yang direkodkan di dalam sistem.

    Setiap kali kita melayari internet, jejak ini semakin berkembang. Pada masa tertentu, jejak digital membawa manfaat seperti paparan kandungan yang lebih pantas untuk laman yang diminati. Namun, pada masa sama ia mendedahkan individu kepada risiko penipuan, penggodaman dan pencurian identiti.

    Adakah jejak digital penting?

    Ia sangat penting. Harus diingat apa saja yang dimuat naik ke internet akan untuk selamanya. 

    Walaupun sesuatu hantaran sudah dipadam, salinannya mungkin wujud di tempat lain dan boleh muncul semula pada bila-bila masa. Jika kandungan itu bersifat kontroversi, ia berpotensi menjejaskan imej diri pada masa depan. 

    Maklumat peribadi seperti nama, pekerjaan atau lokasi boleh digunakan oleh penjenayah siber untuk membina profil mengenai diri seseorang. Dengan sedikit maklumat, mereka boleh menipu, menggodam akaun atau menyamar sebagai diri kita.

    Kandungan lama juga boleh disalah tafsir. Gambar atau pandangan yang dikongsi dahulu mungkin tidak lagi menggambarkan diri kita sekarang tetapi tetap boleh menjejaskan reputasi terutamanya jika dilihat oleh majikan, rakan sekerja atau bakal pasangan.

    7 kesan buruk jejak digital yang perlu kita tahu

    1. Kecurian identiti

    Apabila terlalu banyak maklumat peribadi dikongsi secara terbuka di internet, ada pihak boleh menyamar, menggodam akaun atau menipu orang lain atas nama anda. 

    Nama penuh, tarikh lahir, lokasi malah gambar profil boleh dijadikan bahan untuk mencipta identiti palsu. 

    Justeru, elak berkongsi maklumat peribadi secara berlebihan. Semak nama anda di enjin carian dari semasa ke semasa dan menggunakan perkhidmatan pemantauan Dark Web bagi memastikan data anda tidak bocor.

    1. Akaun e-mel dan media sosial boleh digodam

    Semakin banyak akaun yang dimiliki, semakin besar risiko keselamatan. Penjenayah siber boleh menggunakan data daripada akaun lama untuk meneka kata laluan atau menghantar pautan palsu (phishing) yang nampak meyakinkan. 

    Pastikan setiap akaun menggunakan kata laluan berbeza dan kuat. Aktifkan juga pengesahan dua langkah (2FA) dan jangan sesekali klik pada pautan mencurigakan yang diterima melalui e-mel atau mesej.

    1. Sukar mendapat pekerjaan

    Majikan kini sering menilai calon pekerja melalui profil dalam talian. Gambar, ciapan atau komen lama yang tidak sesuai boleh memberi tanggapan negatif dan menjejaskan peluang kerjaya. 

    Semak semula kandungan lama dan padam hantaran yang boleh menimbulkan salah faham. Cuba mencai nama anda di Google menggunakan mod incognito untuk melihat apa yang muncul dan laraskan tetapan privasi supaya hanya rakan boleh melihat aktiviti anda.

    1. Permohonan ke universiti boleh ditolak

    Bagi pelajar, jejak digital boleh menjadi faktor penentu dalam proses kemasukan universiti. Sesetengah institusi meneliti media sosial pemohon untuk menilai sikap dan personaliti. 

    Jika terdapat kandungan yang bersifat negatif atau tidak matang, ia boleh menjejaskan peluang diterima masuk ke universiti tertentu. Sebaliknya, tonjolkan imej positif dengan berkongsi aktiviti sukarelawan, pencapaian akademik atau hobi yang bermanfaat dan pastikan profil LinkedIn anda kelihatan profesional.

    1. Mudah menjadi mangsa penipuan dalam talian

    Maklumat yang bocor di internet sering dijual di pasaran gelap atau Dark Web. Penipu boleh menggunakan data tersebut untuk menipu anda dengan cara yang sukar dikesan. Sebagai contoh, melalui mesej palsu atau panggilan yang kelihatan rasmi. 

    Gunakan pengurus kata laluan bagi mengurangkan risiko. Jangan mempercayai mesej tidak dikenali dan jauhi tawaran yang kelihatan terlalu indah untuk menjadi kenyataan.

    1. Reputasi anda boleh tercalar

    Internet tidak pernah lupa. Gambar lama, ciapan kasar atau komen yang dibuat ketika marah boleh kembali menghantui anda walaupun sudah lama dipadam. 

    Kandungan sebegitu boleh diambil di luar konteks dan memberi kesan besar terhadap nama baik anda. 

    Sebaiknya, fikir dua kali sebelum memuat naik sesuatu, sembunyikan hantaran lama yang tidak lagi mencerminkan diri dan hadkan supaya orang lain tidak boleh menandakan (tag) anda tanpa izin.

    1. Anak anda boleh menjadi mangsa dalam talian

    Perkongsian maklumat tentang anak-anak di media sosial seperti nama sekolah, lokasi atau rutin harian boleh membuka ruang kepada pemangsa siber. 

    Kes eksploitasi seksual dan penyamaran identiti semakin meningkat dan ramai ibu bapa tidak sedar betapa mudahnya maklumat itu disalah guna. Oleh itu, didik anak tentang keselamatan digital. Pastikan mereka menggunakan gajet di ruang keluarga supaya mudah dipantau dan aktifkan ciri kawalan ibu bapa bagi menapis kandungan yang tidak sesuai. – RELEVAN

    Previous ArticleSekolah asrama atau harian, kedua-duanya jalan menuju kejayaan
    Next Article 7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

    Artikel berkaitan

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    April 2, 2026

    Persiapan kewangan untuk orang muda

    April 2, 2026

    Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

    April 1, 2026

    Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

    April 1, 2026
    Artikel Terkini

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    April 2, 2026

    Persiapan kewangan untuk orang muda

    April 2, 2026

    Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

    April 1, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.