Facebook Twitter
    Trending
    • Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja
    • 10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan
    • Cara berjimat ketika harga barang naik 
    • Persiapan kewangan untuk orang muda
    • Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…
    • Berapa kali sehari kita patut buang air besar?
    • Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya
    • Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026

      Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

      April 1, 2026

      Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

      March 25, 2026

      Pantau glukosa walaupun ketika beraya

      March 23, 2026

      Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

      March 19, 2026
    • Kewangan

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026
    • Pendidikan

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026

      Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

      March 31, 2026

      Lepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan

      March 30, 2026
    • Kerjaya

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sembelit ketika berpuasa? ini tip atasinya dan cara minum air lapan gelas sehari di bulan Ramadan

    Sembelit ketika berpuasa? ini tip atasinya dan cara minum air lapan gelas sehari di bulan Ramadan

    By Zubaidah IbrahimMarch 28, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEMBELIT berlaku apabila pergerakan usus besar yang perlahan sehingga najis yang mulanya berbentuk cair menjadi keras apabila berada di hujung dubur (anus).- GAMBAR HIASAN/JCOMP/FREEPIK

    BANYAK keadaan yang dialami ketika berpuasa di bulan Ramadan dan salah satunya adalah masalah sembelit.

    Menjawab kepada persoalan tersebut, Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad berkata, sembelit berlaku apabila pergerakan usus besar yang perlahan sehingga najis yang mulanya berbentuk cair menjadi keras apabila berada di hujung dubur (anus).

    “Ini kerana, sepanjang pergerakan yang perlahan itu cecair dari najis akan diserapkan semula ke dalam usus besar.

     “Oleh itu, sembelit boleh mendatangkan kemudaratan jika ia dibiarkan lama kerana semua toksik dalam najis telah diserap semula.

    “Orang yang lama mengalami sembelit (chronic constipation) akan menyebabkan tubuh mereka lemah, cepat letih, pucat dan tidak bermaya. Jika tidak dirawat dengan segera ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar,” tulis beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

    Tambahnya, sembelit juga akan menghalang gas dalam usus dikeluarkan sebagai kentut. Ini menyebabkan perut menjadi kembung dan akhirnya tidak selesa.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 manfaat kesihatan di bulan Ramadan, salah satunya menyingkirkan toksin – Relevan

    “Individu yang tidak membuang air besar setiap hari tidak bermakna dia mengalami sembelit. Ini kerana, kekerapan membuang air besar sangat berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain.

    “Secara umumnya, seseorang mengalami sembelit apabila dia membuang air besar kurang daripada tiga najis yang semisolid dan kering setiap minggu.

    “Sembelit yang bersifat sementara bukanlah suatu penyakit. Ia boleh berlaku disebabkan oleh ubat-ubatan, diet rendah serat, kurang aktiviti fizikal, kurang minum air, ketidakseimbangan hormon dan perubahan gaya hidup,” jelasnya.

    Sehubungan itu, tidak hairanlah ramai orang yang berpuasa di bulan Ramadan mengalami sembelit atas sebab-sebab yang disebutkan tadi.

    Ujar beliau, amat penting bagi seseorang yang berpuasa menjaga pemakanan mereka.

    Kurangkan makanan yang pedas, bergoreng dan berlemak ketika berbuka manakala minuman berkafein seperti kopi dinasihatkan diminum selepas berbuka puasa.

    Makan makanan dengan saiz hidangan yang kecil dan makan semula apabila berasa lapar. Kunyah makanan dengan perlahan-lahan bagi menikmati makanan tersebut.

    Elakkan makan makanan yang berat dalam tempoh dua jam sebelum tidur. Ini semua bertujuan untuk menggalakkan penghadaman yang optimum.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa – Relevan

    “Pemakanan (diet) yang baik adalah makanan yang banyak serat. Persatuan Pemakanan Amerika  Syarikat mengesyorkan sekurang-kurangnya 20 hingga 35 gram serat setiap hari untuk individu dengan sembelit.

    “Pemakanan yang yang tinggi serat akan membantu memulihkan pergerakan usus besar, menambah jisim najis dan melembutkannya supaya mudah dikeluarkan.

    “Makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh adalah penting bagi mencegah sembelit,” terangnya.

    Buah-buahan seperti betik dan pisang sangat membantu untuk mengawal pergerakan usus.

    Di samping itu, dengan meningkatkan pengambilan serat dalam makanan terutama ketika berbuka puasa secara beransur-ansur untuk beberapa minggu akan mengurangkan gejala kembung perut, pedih ulu hati dan sembelit.

    Minum air yang mencukupi adalah penting bagi individu yang sedang mengalami sembelit. Ini kerana, air yang diminum akan melembutkan najis dan memudahkan membuang air besar.

    Minum air enam hingga lapan gelas air secara perlahan-lahan untuk mengelakkan perasaan kembung.

    Zubaidi turut kongsikan jadual minum air yang cukup sebanyak lapan gelas sehari sepanjang bulan Ramadan seperti berikut:

     1 gelas – Selepas bangun dari tidur untuk bersahur

    1 gelas – Selepas sahur

    1 gelas – Selepas azan Maghrib

     1 gelas – Selepas solat Maghrib

    1 gelas – Selepas makan

    1 gelas – Selepas solat Isyak

    1 gelas – Selepas solat tarawih

    1 gelas – Sebelum tidur

     – RELEVAN 

    Previous Article7 manfaat kesihatan amalan berpuasa, salah satunya menyingkirkan toksin
    Next Article Kos sara hidup meningkat 78% selepas berkahwin, perlu RM4,630 sebulan untuk hidup di Lembah Kelang

    Artikel berkaitan

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    April 2, 2026

    Persiapan kewangan untuk orang muda

    April 2, 2026

    Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

    April 1, 2026

    Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

    April 1, 2026
    Artikel Terkini

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    April 2, 2026

    Persiapan kewangan untuk orang muda

    April 2, 2026

    Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

    April 1, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.