Umi Fatehah

KITA semua pernah mendengar tentang kisah pempengaruh atau pencipta kandungan menjana kekayaan dengan menghasilkan video di YouTube.  Ada yang mampu menjana ribuan ringgit sebulan lebih daripada orang yang bekerja di pejabat dari 9 pagi hingga 6 petang. Namun, ia tidak semudah yang disangkakan. Dalam persekitaran 300 jam kandungan dimuat naik setiap minit, agak sukar untuk mendapat perhatian penonton. Antara YouTuber yang terkenal dan berjaya menjana pendapatan lumayan ialah Jimmy Donaldson atau lebih dikenali sebagai Mr. Beast.  Menurut laporan Forbes, Mr. Beast merupakan YouTuber yang mendapat keuntungan paling banyak dalam sejarah. Pada tahun 2021, dia menjana kira-kira AS$54 juta keuntungan kasar…

Read More

TIDUR. Siapa sahaja tidak suka tidur? Selepas seharian penat menyelesaikan tanggungjawab kerja atau belajar, tidurlah perasaan yang paling nikmat sekali.  Tidur juga ialah cara paling mudah dan percuma untuk lupakan segala permasalahan dalam hidup. Namun, ada juga yang mengalami masalah kesukaran untuk tidur. Bergolek ke kiri dan kanan, mengira biri-biri satu per satu, mendengar alunan lagu atau zikir, semuanya sudah dicuba tetapi masih tidak boleh tidur.  Tiba-tiba sahaja sudah pagi. Peluang dan ruang untuk tidur pun melepas. Bagi yang tidak tahu, kesukaran untuk tidur malam dipanggil sebagai insomnia. Banyak kesan buruknya jika jadual tidur tidak menentu. ARTIKEL BERKAITAN: Tidur tak…

Read More

GENERASI Z ialah kumpulan yang dilahirkan antara 1996 dengan 2012. Mereka ini bukan sekadar graduan atau golongan profesional tetapi mungkin juga bakal menjadi tulang belakang syarikat maju pada masa hadapan. Gen Z ini bukan biasa-biasa. Mereka tidak takut menyuarakan pendapat demi kesejahteraan kehidupan.   Sebagai generasi pertama yang membesar dengan telefon pintar dan melalui pandemik, boleh dikatakan pengalaman dilalui Gen Z berbeza daripada generasi lain termasuklah Milenial. Menurut laporan Gen Z In The Workplace oleh syarikat perisian sumber manusia, Employment Hero, oleh kerana kelantangan menyuarakan pendapat, mereka telah menyumbang kepada perubahan landskap dunia kerjaya berkenaan pencarian titik keseimbangan kehidupan dan kerjaya.…

Read More

KESIHATAN yang baik merupakan aspek penting dalam membentuk kesejahteraan manusia. Ia layak dimiliki oleh semua orang tanpa batas sosioekonomi. Setiap individu mempunyai hak untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang berkualiti bagi menjamin kehidupan bebas daripada penyakit dan penderitaan yang boleh dicegah. Seperti yang kita tahu, rawatan bagi penyakit kritikal boleh mencecah ribuan ringgit. Dalam situasi begini, mungkin kesihatan itu terlalu mewah bagi golongan kurang berkemampuan. Untuk memastikan setiap rakyat termasuk golongan berpendapatan rendah mampu menjalani kehidupan yang sihat, kerajaan memperkenalkan inisiatif skim perlindungan kesihatan sosial melalui mySalam. Apa itu mySalam? Skim mySalam ialah sebuah program perlindungan kesihatan percuma oleh kerajaan. Melalui…

Read More

BAGI memupuk kesedaran terhadap aspek keselamatan penguna dalam kalangan anak muda, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) QAS International menganjurkan program kesedaran keselamatan pengguna INCspect: Buy Right Buy Safely. Program advokasi awam berkaitan kesedaran keselamatan pengguna ini dikendalikan oleh pelajar tahun akhir Program Komunikasi Interpersonal, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Menurut ketua projek, Khairunnisa Khamsari, generasi muda perlu dipupuk dengan sikap ambil tahu dan prihatin dengan aspek keselamatan apabila merancang pembelian barang seperti barangan elektrik, makanan dan topi keledar. “Pihak kami mahu memberi kesedaran bahawa barangan yang murah dan mengikut trend…

Read More

SEMPENA Hari Alam Sekitar Sedunia, GSK Malaysia melancarkan fasa kedua kempen #GiveBack yang menggalakkan pelupusan sisa perubatan secara bertanggungjawab.  Kempen ini merupakan usaha alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) syarikat itu untuk mengumpul alat sedutan asma serta pek ubat terpakai yang sudah tamat tempoh dan tidak lagi digunakan.  “Sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap kemampanan global, GSK memberi sepenuh perhatian bagi mencapai impak sifar bersih kepada iklim dan impak positif bersih kepada alam sekitar menjelang 2030.  “Melalui penganjuran kempen #GiveBack, kami menyokong matlamat-matlamat tersebut dengan menawarkan kaedah lebih mudah kepada rakyat Malaysia bagi melupuskan alat sedutan asma dan pek…

Read More

MENGIMBAS kembali dua artikel yang sudah dikongsi, penjagaan kesihatan oral juga penting kerana mulut merupakan pintu gerbang kepada keseluruhan badan. Seperti yang ditekankan Dr. Meera Asokan dari Thrive Dental, penjagaan kesihatan mulut perlu bermula dari rumah dan sejak kecil. Ini merupakan beberapa petua yang dikongsikan beliau: Mengamalkan tabiat membersihkan gigi yang baik setiap hari Berus gigi dua kali sehari menggunakan berus gigi yang lembut. Sesetengah orang gemar memberus gigi menggunakan berus yang keras. Ia mungkin akan membersihkan gigi dengan lebih baik tetapi ia juga akan melukakan gusi. Selain itu, gunakan flos dan berus lidah setiap hari. Seeloknya, dapatkan berus lidah…

Read More

DALAM artikel sebelum ini, Relevan telah kongsikan bahagian satu berkaitan kepentingan penjagaan gigi bersama Dr. Meera Asokan dari Thrive Dental. Bagi artikel ini, Relevan huraikan lagi apa itu pergigian geriatrik buat perhatian pembaca yang lebih berumur. Menurut Meera, boleh dikatakan rawatan pergigian am dan geriatrik adalah sama. Cuma yang membezakannya ialah pendekatan yang digunakan. Pendekatan yang dimaksudkan ialah dari sudut diagnostik dan pelan rawatan. “Secara ringkasnya, rawatan geriatrik berfokuskan kepada pesakit dan bukan rawatan semata-mata.  “Tiada prosedur operasi standard yang tetap dan ia akan disesuaikan untuk pesakit berdasarkan keperluan fizikal dan psikologi mereka,” katanya. Apa yang menarik perhatian tentang Meera…

Read More

MASYARAKAT hari ini semakin cakna tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Tidak kira umur, latar belakang atau gaya hidup, semua orang memahami kepentingan menjaga kesihatan bagi menjalani kehidupan sejahtera.  Bermula daripada kesejahteraan fizikal kepada keseimbangan mental dan emosi, kesihatan kita merangkumi pelbagai dimensi. Setiap satu daripadanya memerlukan perhatian dan asuhan sejak kecil. Namun begitu, tidak semua orang betul-betul mengambil serius tentang kesihatan oral. Seperti yang dikatakan oleh pakar pergigian daripada Thrive Dental, Dr. Meera Asokan, oral health is overall health.  Mulut ialah pintu gerbang kepada keseluruhan badan. Penjagaan oral yang buruk akan memberi kesan negatif kepada kesihatan secara menyeluruh. “Kesihatan mulut yang…

Read More

JENAMA kereta elektrik Tesla milik ahli perniagaan terkemuka, Elon Musk kini membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Selepas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Zafrul mengesahkan Tesla bakal beroperasi di Malaysia, laman carian kerja jenama kereta elektrik itu dikemas kini dengan menawarkan beberapa jawatan kosong di Kuala Lumpur. Menerusi hantaran di media sosial, Tesla Malaysia bakal mengadakan Hari Pengrekrutan Secara Walk-In di Cyberjaya. Temu duga secara walk-in itu hanya terbuka untuk beberapa jawatan iaitu: Penasihat Jualan/penasihat Jualan Dalaman Penasihat Jualan Enterprise Penasihat Penghantaran Pakar Sokongan Jualan Penasihat PerkhidmatanBagi yang berminat untuk berkhidmat di bawah syarikat kereta mewah daripada Amerika…

Read More