Facebook Twitter
    Trending
    • Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?
    • ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    • Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya
    • Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja
    • Apa erti bekerja dalam kehidupan?
    • Memahami hak sebagai pekerja
    • Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

      May 12, 2025

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025

      Apa nak buat dengan duit raya?

      April 3, 2025

      Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

      March 20, 2025
    • Pendidikan

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025

      Pencapaian SPM 2024 terbaik dalam tempoh 11 tahun

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025

      Apa erti bekerja dalam kehidupan?

      May 1, 2025

      Memahami hak sebagai pekerja

      May 1, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tahun baharu, peluang baharu

    Tahun baharu, peluang baharu

    By Umi FatehahJanuary 3, 20255 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Terdapat pelbagai alasan mengapa seseorang memilih beralih kepada pekerjaan baharu, khususnya pada awal tahun.

    SETIAP kali tahun baharu menjelma, ramai menggunakan peralihan ke kalendar baru untuk menilai semula kehidupan dan matlamat masing-masing. 

    Ada yang berazam untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan. Ada yang berhasrat menyimpan lebih banyak wang. Namun, bagi sesetengah individu, tahun baharu menjadi waktu yang sempurna untuk membuat perubahan yang lebih besar dan bermakna seperti meneroka kerjaya baharu.

    Kerjaya sering menjadi aspek penting dalam kehidupan. Pekerjaan yang kita lakukan bukan sahaja membantu memenuhi keperluan kewangan tetapi memberi makna kepada kehidupan, pencapaian dan mungkin kepada ramai orang – kebahagiaan. 

    Apabila kita merasakan pekerjaan sedia ada tidak lagi memberikan kepuasan atau sejajar dengan matlamat hidup, ia membawa kepada rasa tidak puas hati yang semakin mendalam. 

    Bayangkan setiap pagi bangun dengan perasaan tidak bersemangat untuk ke tempat kerja atau merasakan setiap keringat yang diperah tidak mendapat penghargaan sewajarnya?

    Jika situasi ini terasa dekat dengan diri anda, mungkin ia masa untuk memikirkan perubahan.

    Mengapa pilih kerja baharu pada tahun baharu?

    Terdapat pelbagai alasan mengapa seseorang memilih beralih kepada pekerjaan baharu, khususnya pada awal tahun. 

    Salah satu sebab utama untuk mempertimbangkan kerja baharu pada awal tahun kerana banyak syarikat membuka peluang pekerjaan pada permulaan tahun. 

    Kebanyakan organisasi mempunyai bajet baharu untuk pengambilan pekerja dan menyusun semula tenaga kerja untuk mencapai sasaran tahunan. Bagi pencari kerja, ini peluang terbaik untuk mendapatkan posisi yang sesuai dengan kelayakan dan minat anda.

    Selain itu, tahun baharu sering dikaitkan dengan permulaan yang segar. Ia peluang untuk meninggalkan perkara yang kurang memuaskan dan memulakan sesuatu yang lebih bermakna.

    Perubahan ini membolehkan individu keluar daripada zon selesa, mencabar diri mereka dengan tanggungjawab baharu dan memperoleh perspektif yang lebih segar terhadap kerjaya mereka.

    Selain itu, memulakan kerja baharu memberikan ruang kepada individu untuk mengembangkan kemahiran dan pengalaman profesional. 

    Peluang ini sering kali membuka pintu kepada kenaikan pangkat atau peningkatan tanggungjawab yang dapat membantu mencapai matlamat jangka panjang. 

    Bagi mereka yang merasakan pekerjaan lama tidak sejajar dengan aspirasi peribadi, kerja baharu mungkin menjadi platform terbaik untuk menyelaraskan semula kehidupan dengan impian mereka.

    Langkah penting untuk beralih kerjaya

    Sebelum membuat keputusan besar seperti ini, penting untuk merancang dengan teliti. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh membantu:

    • Tentukan keutamaan 

    Pertama sekali, anda perlu memahami apa yang anda cari dan mahukan dalam jawatan baharu. Adakah anda mencari keseimbangan antara kerja dengan kehidupan? Adakah anda mahukan waktu fleksibel atau peluang untuk berkembang dalam bidang yang lebih mencabar? 

    Menentukan keutamaan ini akan membantu anda mengenal pasti jenis pekerjaan yang benar-benar sesuai dengan matlamat jangka panjang anda. 

    Luangkan masa untuk menyenaraikan apa yang penting seperti lokasi kerja, potensi pendapatan atau budaya organisasi. Langkah ini dapat mengelakkan anda daripada terjebak dalam situasi yang sama seperti pekerjaan sebelumnya.

    • Kaji pasaran kerja

    Melakukan penyelidikan mendalam tentang pasaran kerja adalah langkah penting sebelum membuat keputusan. 

    Fahamkan trend semasa dalam bidang yang diminati. Sebagai contoh, apakah kemahiran yang sedang mendapat permintaan tinggi? Bagaimana gaji dalam industri tersebut berbanding dengan pekerjaan anda sekarang? 

    Penyelidikan di portal pekerjaan, laman web syarikat dan laporan industri boleh memberikan gambaran menyeluruh. 

    Selain itu, membaca testimoni pekerja atau tinjauan tentang syarikat tertentu boleh membantu membuat keputusan lebih bijak. Penyediaan maklumat ini bukan sahaja membantu membuat pilihan tepat tetapi memberi keyakinan dalam proses peralihan kerjaya.

    • Kemas kini kemahiran 

    Dalam dunia pekerjaan yang sentiasa berubah, kemahiran lama mungkin tidak lagi relevan. Oleh itu, ‘melabur’ untuk melengkapkan diri dengan kemahiran baharu adalah amat penting. Kenal pasti kemahiran yang diperlukan dalam kerjaya baharu dan ambil langkah untuk meningkatkannya. 

    Contohnya, sekiranya mempunyai keinginan untuk bekerja dalam bidang teknologi, anda mungkin perlu belajar pengaturcaraan atau analisis data. Sertai kursus dalam talian, program pensijilan atau bengkel latihan untuk meningkatkan kebolehpasaran anda. 

    Jangan lupa untuk menonjolkan kemahiran baharu ini dalam resume dan profil profesional seperti di LinkedIn. Langkah ini bukan sahaja menjadikan anda lebih bersedia tetapi juga meningkatkan keyakinan diri anda.

    • Bina jaringan profesional

    Jaringan profesional adalah salah satu aset paling berharga dalam kerjaya. Hubungan dengan individu yang sudah berada dalam bidang yang anda minati boleh memberi maklumat dan peluang kerja yang tidak diiklankan secara terbuka. 

    Sertai komuniti dalam talian atau manfaatkan LinkedIn untuk berhubung dengan individu yang relevan. 

    Jangan teragak-agak untuk meminta nasihat atau bimbingan daripada mentor. Selain itu, jadikan setiap interaksi sebagai peluang untuk belajar dan memperluas hubungan anda. Dengan jaringan yang kukuh, proses mencari kerja baharu menjadi lebih mudah dan terarah.

    Cabaran yang mungkin dihadapi

    Cabaran utama apabila mengambil keputusan menukar kerjaya ialah ialah ketidakpastian yang datang bersama perubahan. 

    Meninggalkan pekerjaan yang stabil untuk sesuatu yang belum pasti boleh menjadi langkah yang menakutkan. Rasa bimbang tentang kemampuan menyesuaikan diri atau menghadapi tekanan kerja baharu sering menghantui mereka yang sedang dalam proses peralihan.

    Selain itu, proses penyesuaian dengan persekitaran kerja baharu juga memerlukan masa dan kesabaran. 

    Setiap organisasi mempunyai budaya dan dinamika tersendiri, yang kadangkala sukar difahami dalam tempoh yang singkat. Untuk memastikan kelancaran proses ini, seseorang perlu bersedia untuk menerima perubahan dan belajar daripada pengalaman baharu.

    Harapan terlalu tinggi juga boleh menjadi beban. Kadangkala, pekerjaan baharu mungkin tidak memenuhi sepenuhnya jangkaan awal. 

    Dalam situasi seperti ini, penting untuk bersikap realistik dan memberi masa kepada diri sendiri untuk memahami cabaran yang dihadapi serta menyesuaikan diri dengan situasi baharu.

    ​​Jika anda sedang mempertimbangkan untuk memulakan kerja baharu, ambil langkah dengan penuh keyakinan dan perancangan teliti. 

    Dengan usaha dan tekad, pintu peluang akan terbuka luas, membawa anda ke arah kejayaan yang lebih besar. – RELEVAN

    featured kerja baharu kerjaya tahun baharu
    Artikel Terkini

    Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

    May 12, 2025

    ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

    May 12, 2025

    Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

    May 7, 2025

    Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

    May 6, 2025

    Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

    May 2, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.