Umi Fatehah

BEBERAPA tahun kebelakangan ini telah banyak mengajar kita tentang kesihatan mental. Ada banyak faktor mendorong kepada keadaan kesihatan mental yang kurang baik. Salah satunya adalah persekitaran kerja. Tidak dinafikan bahawa kesihatan mental mempengaruhi prestasi kerja dalam pelbagai cara. Sama ada ia berkaitan dengan prestasi kerja, kepuasan kerja serta pengambilan dan pemberhentian pekerja.  Sebagai pemimpin, anda mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan budaya dan persekitaran syarikat yang meletakkan kesejahteraan mental pekerja sebagai perkara utama. Bersempena tema bulanan Relevan bagi Julai ialah kesihatan mental, kami senaraikan empat cara bagaimana anda sebagai majikan perlu mengutamakan kesihatan mental di pejabat. Galakkan untuk berehat Bukan fakta asing…

Read More

KEBIMBANGAN ibu bapa terhadap risiko yang dihadapi oleh anak-anak ketika menggunakan media sosial kini mungkin mempunyai sebab tambahan yang perlu dirisaukan. Kita sudah sedia maklum mengenai platform media sosial yang telah terbukti mewujudkan risiko kepada remaja untuk menghadapi cabaran kesihatan mental. Antaranya ialah gangguan tidur, pendedahan kepada buli dan peningkatan kes kemurungan serta kebimbangan.  Namun, kajian terbaharu menunjukkan bahawa remaja di TikTok juga mudah terpengaruh untuk mencuba rokok elektronik atau vape. Meskipun generasi muda sebenarnya tahu keburukan rokok tradisional terhadap kesihatan, vape masih laku dijual di pasaran.  Menurut Forbes, salah satu sebab penjualan dan pembelian vape dalam kalangan generasi muda…

Read More

KETIKA anda menatal media sosial seperti di Twitter, Instagram dan TikTok, pasti anda terlihat hantaran daripada influencer atau pempengaruh sama ada mempromosikan sesuatu barangan atau sekadar membuat perkongsian biasa.  Saban tahun berlalu seiring dengan perkembangan media sosial, ramai yang mahu menjadi pempengaruh.  Meskipun dahulu definisi pempengaruh itu kurang jelas, kini ia mempunyai maksud yang lebih terperinci dan turut dibahagikan kepada empat kategori. Ia merupakan mega-influencer, macro-influencer, micro-influencer dan nano-influencer. Mungkin anda merasakan perbezaan keempat-empat kategori ini hanyalah jumlah pengikut mereka. Sebenarnya, perbezaannya jauh lebih luas.  Terdapat tiga indikator untuk mula dikenali di media sosial dan menjadi pempengaruh, iaitu: Jenis audiens…

Read More

DALAM kehidupan seharian, ada beberapa situasi yang mendesak kita membuat keputusan kewangan yang rumit. Ada yang mengakibatkan kesan besar seperti penyusutan wang simpanan dan sebagainya. Selain mengurus kewangan peribadi dengan baik, mendidik diri menjadi celik ilmu kewangan juga sangat membantu melakukan keputusan melibatkan wang yang lebih bijak.  Meskipun kita sudah membaca buku dan menonton video-video pendidikan kewangan, macam mana nak tahu sama ada kita sudah capai tahap celik kewangan?  Perhatikan ciri-ciri di bawah dan teliti semula adakah kita sudah cukup cakna dengan ilmu kewangan atau belum. Anda merekodkan setiap perbelanjaan harian Dengan merekodkan setiap perbelanjaan harian, kita dapat memastikan perbelanjaan…

Read More

ANDA sudah berjaya melepasi temu duga dan diterima bekerja. Sekarang, apa yang anda perlu lakukan ialah bersedia dan menyesuaikan diri di persekitaran baharu. Persekitaran kerja baharu, wajah-wajah baharu dan persekitaran pejabat yang berbeza. Ini antara beberapa perkara yang anda perlu hadapi semasa hari pertama melaporkan diri.  Ia mungkin menakutkan dan mendebarkan. Di samping perlu datang awal, ada beberapa persiapan yang boleh dilakukan supaya anda lebih bersedia. Tidak pasti di mana dan apa yang perlu dilakukan? Berikut ialah enam perkara yang anda perlu lakukan. Ambil inisiatif memperkenalkan diri Perkenalkan diri anda kepada semua orang di pejabat termasuk di jabatan anda, bos-bos…

Read More

ADAKAH anda seorang graduan baharu yang bakal melangkah ke alam pekerjaan? Pasti anda teruja dan pada masa yang sama, takut.  Sebelum ini anda hanya mesra dengan persekitaran universiti. Meskipun sudah melalui latihan industri atau praktikal, anda masih seorang pelajar. Kini, anda sudah benar-benar menjadi dewasa.  Kebiasaannya, perasaan gementar, bimbang dan sebagainya dapat dirasakan beberapa hari sebelum anda melapor diri. Namun, perlu ingat bahawa anda tidak keseorangan.   Relevan senaraikan beberapa perasaan yang mungkin dihadapi ketika hari pertama bekerja seperti perkongsian di Recruiters. Ingat, bukan anda seorang sahaja yang mengalami perasaan ini, ia normal. Kebimbangan Perasaan gementar sebelum hari pertama bekerja adalah…

Read More

PASARAN kerja hari ini menawarkan peluang untuk individu yang mempunyai ciri-ciri personaliti dan kekuatan yang berbeza-beza.  Meskipun terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang sesuai untuk pelbagai jenis personaliti, kebanyakan pekerjaan lebih sesuai dengan individu mempunyai personaliti ekstrovert. Jika anda tergolong dalam kumpulan introvert, jangan berputus asa. Sesetengah pekerjaan mungkin akan membebankan kesihatan mental anda, bergantung kepada tahap kemahiran komunikasi dan persekitaran kerja yang diperlukan untuk berkembang.  Namun begitu, terdapat banyak pekerjaan untuk diceburi tanpa mengira jenis personaliti sama ada ekstrovert atau introvert. Relevan senaraikan lima pekerjaan terbaik untuk introvert menurut perkongsian di Entrepreneur. Akauntan Akauntan merupakan pekerjaan yang sangat sesuai dengan…

Read More

AIR adalah anugerah alam yang paling berharga. Ia tidak mempunyai rasa, bau dan warna tetapi kegunaan dan kepentingannya kepada manusia lebih daripada sekadar kegunaan harian. Dari menghilangkan dahaga sehingga kepentingan kesihatan, sanitasi dan sektor pertanian, air merupakan aset yang tidak ternilai yang sering kita anggap remeh. Namun begitu, manusia dikatakan mengepam keluar begitu banyak air bawah tanah sehingga ia mengubah kecondongan bumi. Kecondongan bumi telah berubah sebanyak 31.5 inci antara 1993 hingga 2010. Dalam lingkungan tahun-tahun tersebut, manusia mengeluarkan 2,150 gigatan air dari takungan semula jadi di kerak planet.  Jika jumlah sedemikian dicurahkan ke lautan global, paras permukaan laut akan…

Read More

BARU-BARU ini, dunia dihidangkan dengan berita mengenai tragedi melibatkan kematian lima orang akibat letupan kapal selam. Mereka dikatakan menaiki kapal tersebut untuk melawat ke kawasan persemadian kapal Titanic. Ironinya, masyarakat dunia sangat tertarik dengan bangkai kapal yang sudah usang dan berusia lebih 100 tahun itu. Tragedi bersejarah itu telah memberi inspirasi kepada penghasilan novel dan filem. Malah, industri pelancongan juga berkembang maju dengan penubuhan muzium dan penganjuran pameran yang menarik ratusan ribu pengunjung setiap tahun. Titanic hanyalah satu daripada puluh, ratus atau mungkin ribuan bangkai kapal yang tenggelam di lautan Atlantik yang dalam. Pastinya anda semua pernah menonton filem Titanic,…

Read More

MEMBELI kereta adalah keputusan yang besar dari sudut kewangan dan peribadi. Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan seperti keadaan kewangan, keperluan memiliki kereta dan gaya hidup.  Salah satu keputusan paling penting yang perlu dibuat ialah sama ada untuk membeli kereta baharu atau terpakai. Kedua-dua pilihan ada baik buruknya. Kalau beli kereta baharu, anda dapat menikmati pemanduan dengan teknologi terkini dan jaminan keselamatan yang lebih baik. Tetapi, harganya pula terlalu mahal jika dibandingkan dengan kereta terpakai. Kereta terpakai pula biasanya jauh lebih murah daripada kereta baharu. Tetapi, teknologinya pula mungkin agak ketinggalan dan sudah banyak bahagian kereta yang haus dan buruk.…

Read More