SISTEM suria kita mempunyai lapan planet, iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Kesemua planet ini mengelilingi satu bintang gergasi – sang matahari. Kita, meliputi manusia, binatang dan tumbuhan, merupakan penduduk bumi. Dari bumi, kita boleh melihat planet-planet lain melalui imej yang dikongsikan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA). Malah, ada juga planet yang boleh dilihat dengan mata kasar seperti Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal. Antara semua, planet manakah yang paling unik dan menarik perhatian? Bagi seorang makhluk tuhan kerdil yang hanya mempunyai pengetahuan asas tentang ilmu astronomi, saya rasa Zuhal planet yang paling…
Umi Fatehah
OTAK merupakan salah satu organ yang rumit dan menakjubkan. Ia merupakan pusat kecerdasan manusia yang mengawal hampir setiap fungsi tubuh. Bermula dengan pernafasan, degupan jantung kepada pemikiran dan tingkah laku kompleks, segala isyarat yang dihantar ke seluruh anggota badan bermula dari otak. Bagi pelajar, peranan otak amat kritikal kerana ia bukan sahaja mengawal fungsi badan tetapi juga daya ingatan, tumpuan, emosi dan kesihatan mental. Selain itu, kecekapan otak secara langsung mempengaruhi prestasi akademik, kreativiti dan kapasiti pelajar untuk mengendalikan tekanan. Dengan ini, otak ialah salah satu organ yang paling penting untuk berjaya dari segi akademik dan kehidupan. Sehubungan itu, adalah…
BANYAK emel klien yang perlu dibalas, bahan pembentangan untuk mesyuarat belum siap, dokumen-dokumen lain belum disentuh, semua perkara ini akan menyebabkan tekanan di tempat kerja. Tertekan di tempat kerja itu perkara biasa, terutamanya apabila tarikh akhir tugasan semakin dekat. Tetapi, tekanan yang melampau akan menjejaskan kesejahteraan fizikal dan emosi. Walaupun kerja itu bersesuaian dengan minat, perasaan tertekan dan terbeban akan sentiasa ada. Tekanan di tempat kerja juga mungkin tidak dapat dijangka atau dielak tetapi anda boleh mengurusnya agar prestasi kerja tidak akan terjejas. Sedar bagaimana tekanan kerja memberi kesan kepada diri Kadangkala, kita ambil mudah atau meremehkan tekanan yang sedang…
DALAM kehidupan seharian, ada banyak situasi di mana kita perlu membuat keputusan. Mahu makan apa tengah hari nanti? Ringkas tapi ini salah satu situasi yang melibatkan pembuatan keputusan setiap hari. Kebanyakan keputusan lain pula ada yang dibuat secara automatik. Maksudnya, tanpa berfikir masak-masak. Sekiranya ia tidak mengancam mana-mana pihak, anda selamat. Tetapi apabila keputusan tanpa sedar melibatkan kewangan, ia mungkin akan merugikan dan menjejaskan simpanan. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan nafsu. “Mahu makan mana? Jom cuba makan di kafe yang tular itu!” “Cantik pula kasut ini. Ada potongan harga? Belilah. Pakai atau tidak kita fikir nanti.” Cara pemikiran di atas…
PERNAHKAH kalian tertanya-tanya apakah yang membuatkan planet berbentuk bulat atau lebih tepat, sfera? Jawapan mudahnya ialah graviti. Tetapi bagaimana graviti mendorong planet membentuk menjadi sfera? Menurut Live Science, kesan pembulatan planet adalah hasil daripada graviti kendiri (self-gravity). Sebaik sahaja jisim yang mencukupi terkumpul, graviti kendiri setiap planet atau bulan akan mendorong pembentukannya menjadi sfera. Untuk memudahkan pemahaman, bayangkan di hadapan anda ada beberapa cebisan kertas yang dikoyakkan dan berselerak. Kemudian, kertas-kertas tersebut berkumpul dan menindih antara satu sama lain sehingga menjadi bentuk bola. Komponen dalam alam semesta terbentuk selepas letupan Big Bang kira-kira 13.8 bilion tahun lalu. Zarah-zarah habuk kecil…
ADA hari, kita rasa terlebih rajin bekerja. Kalau boleh semua tugasan nak disiapkan hari ini. Hari lain pula, bukan rasa malas tetapi rasa seperti mahu buat yang wajib sahaja. Perkara ini tidak aneh pun. Biasalah, mood manusia memang boleh berubah-ubah bergantung kepada beberapa faktor di sekeliling. Tetapi, ada orang yang memang hari-hari rajin. Entah apa amalan dia sampai rajin sangat bekerja. Sesetengah orang pula memang hari-hari mahu buat yang wajib sahaja atau dalam erti kata lain, buat kerja sekadar gaji yang dibayar (act your wage). Sama ada rajin bekerja atau mahu buat yang wajib sahaja, kedua-dua situasi ini ada baik…
AZAM tahun baharu yang ditetapkan pada Januari lalu adalah untuk menurunkan berat badan. “Aku nak kurus!” Anda sudah kurangkan pengambilan makanan yang berminyak, berlemak dan mengamalkan diet seimbang. Senaman juga dilakukan hampir tiap hari. Ada hari buat senaman kardio, hari lain fokuskan pada senaman kaki dan lengan. Selepas beberapa bulan, anda seronok melihat angka pada penimbang. “Berat aku dah turun!” Namun, kebahagiaan itu hanya sementara. Lama-kelamaan, berat dah tak turun-turun. “Mana silapnya? Kenapa berat aku tak turun-turun lagi?” Menurut Healthline, ini bermakna anda sudah mencapai tahap weight-loss plateau, iaitu penurunan berat badan mendatar. Apa itu weight-loss plateau? Bahasa mudahnya, berat…
TEMPOH hari, saya telah ceritakan serba sedikit tentang latar belakang teater Persiapan Seorang Aktor. Bagi yang tidak tahu tentang teater ini, jemput baca artikel Menziarah isteri seorang aktor yang mabuk seni dan Teater dalam bentuknya yang paling tulen. Teater Persiapan Seorang Aktor arahan Dr. Syahrul Musa berkisahkan kehidupan seorang pelakon teater, Sadiq Saufi yang dimainkan Aloy Paradoks dan isterinya, Nina dimainkan oleh Fazleena Hishamuddin. Sadiq mengalami kesukaran untuk menjiwai watak Hamlet, putera Denmark yang malang dan ditimpa banyak ujian. Dia menghadapi banyak cabaran disebabkan watak-watak yang dilakonkannya sebelum ini seolah tidak mengizinkan Hamlet merasuk diri Sadiq. Disebabkan itu, Sadiq yang…
HARI ini, 28 Jun 2024, keputusan permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) telah diumumkan. Ada yang menerima khabar gembira dan ada juga terpaksa menelan pahit kerana tidak berjaya mendapat sebarang tawaran. Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan pelajar yang menerima tawaran kursus yang kurang diminati menyebabkan mereka berada dalam dilema. Persoalannya, adakah pelajar-pelajar yang tidak mendapat kursus diidamkan boleh menukar jurusan? Jawapannya, ya. Akan tetapi, ia tertakluk kepada syarat dan kekosongan tempat di universiti masing-masing. Namun begitu, ada juga institusi pengajian tinggi Awam (IPTA) yang tidak membenarkan pelajar untuk menukar jurusan. IPTA yang tidak membenarkan menukar jurusan/IPTA lain Menurut Portal Kemasukan…
TAHNIAH diucapkan kepada calon-calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2023 yang mendapat keputusan permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) seperti diharapkan. Kementerian Pendidikan Tinggi memaklumkan, keputusan permohonan itu boleh disemak bermula 28 Jun hingga 7 Julai 2024 melalui aplikasi mobile UPUPocket di telefon pintar dan secara dalam talian di pautan berikut: https://jpt.utm.my https://jpt.uum.edu.my https://jpt.unimas.my https://jpt.ums.edu.my http://jpt.umt.edu.my Pengesahan setuju terima atau tolak tawaran pula boleh dilakukan bermula 29 Jun hingga 7 Julai 2024 di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan IPTA dan ILKA kepada calon yang berjaya sehari selepas keputusan permohonan…