BELANJAWAN kali ini menghamparkan usaha dan visi kerajaan berkaitan pendapatan rakyat. Dalam pembentangan pada 18 Oktober, kerajaan menyatakan bahawa penstrukturan ekonomi hanya dianggap berjaya apabila rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna untuk menjalani hidup dengan lebih selesa. Untuk itu, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa bermula 1 Februari 2025. Kementerian Sumber Manusia juga akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja. Umpamanya, gaji permulaan Juruteknik Industri dan Pengeluaran dicadangkan pada RM2,290, Jurutera Mekanikal (RM3,380) dan Profesional Pereka Kandungan Kreatif (RM2,985). Selanjutnya, Dasar Gaji Progresif…
Umi Fatehah
BELANJAWAN 2025 menunjukkan kerajaan mendengar dan mengambil maklum rungutan tentang kos sara hidup yang disuarakan rakyat. Lantaran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan dan kadar maksimum bantuan tunai yang tertinggi pernah diberikan kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat. “Sejumlah RM1 bilion disediakan untuk menganjurkan ikhtiar menangani kos sara hidup dengan lebih meluas. “Kerajaan juga akan meneruskan pelaksanaan Payung Rahmah pada tahun hadapan dengan peruntukan RM300 juta berbanding RM200 juta pada tahun sebelumnya,” katanya. Dalam pada itu, Jualan Rahmah akan diperkukuh bagi menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap bulan. …
PERSATUAN Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) meraikan ulang tahunnya yang ke-7 seiring dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia di Sime Darby Convention Center pada 15 Oktober. Pengasas dan presiden MIASA, Anita Abu Bakar berkata organisasi kecil itu telah menjadi salah satu peneraju utama dalam kesedaran dan advokasi kesihatan mental di Malaysia. “Perjuangan kami bukan hanya untuk memberikan sokongan kepada individu yang bergelut dengan masalah kesihatan mental tetapi juga memecahkan stigma yang selama ini menyelubungi isu kesihatan mental di Malaysia. “Namun, stigma mengenai isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat dan tempat kerja masih wujud,” katanya. Perjuang hak bekerja dan kesihatan mental…
DALAM beberapa tahun kebelakangan ini, berlaku perubahan ketara dalam cara orang membelanjakan wang. Daripada melabur dalam barangan material seperti peralatan baharu, pakaian atau hiasan rumah, semakin ramai memilih untuk menggunakan wang hasil titik peluh mereka bagi mengumpul pengalaman dan mencipta memori. Sama ada melancong ke destinasi impian, menghadiri konsert atau festival, atau menikmati hidangan mewah (fine dining), ramai yang kini tidak lagi menumpu kepada mengumpul harta benda. Fenomena ini – dikenali sebagai Ekonomi Pengalaman – secara asasnya mengubah perspektif kita tentang nilai dan makna kehidupan yang memuaskan. Namun, apa yang mendorong peralihan ini? Apakah implikasi kewangan, emosi dan jangka panjang…
DALAM era kecerdasan buatan (AI) yang semakin maju, pakar menjangkakan bahawa teknologi akan mengambil alih kebanyakan pekerjaan manusia. Setiap hari, kita lihat mesin menjadi semakin canggih hingga mampu menganalisis data yang rumit dan menjalankan tugas dengan pantas. Namun, di sebalik kebimbangan tentang masa depan pekerjaan manusia, ada satu perkara yang sering dilupakan: soft skills atau kemahiran insaniah ialah aset berharga yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana robot. Hanya manusia yang mampu memiliki dan menguasai kemahiran insaniah. Walaupun AI boleh melakukan banyak perkara dengan kecekapan luar biasa, kemahiran insaniah seperti komunikasi, empati dan kreativiti tetap menjadi tunjang utama di tempat kerja.…
BAYANGKAN hidup pada zaman dahulu ketika masyarakat masih tidak tahu apa-apa tentang perubatan atau cara tubuh kita berfungsi. Kebanyakannya, orang bergantung kepada kepercayaan aneh dan ramalan sahaja kerana teknologi perubatan masih belum wujud. Sekarang bayangkan pula di tengah-tengah kekeliruan itu, muncul seorang budak yang penuh dengan rasa ingin tahu. Dia suka membaca, bertanya soalan dan tidak akan berpuas hati dengan jawapan biasa-biasa. Budak ini membesar dengan satu misi – untuk mencari jawapan yang betul dan menyembuhkan orang. Budak itu ialah Ibnu Sina! Dia merupakan seorang genius yang mengubah cara dunia memahami perubatan dan tubuh manusia. Jom kita ketahui dengan lebih…
PROSES perceraian melibatkan undang-undang, timbunan kertas kerja di meja peguam, perebutan hak penjagaan dan pembahagian aset. Itu semua perkara yang boleh dilihat secara fizikal. Lebih dalam lagi ialah kesannya kepada pasangan yang terlibat. Bukan sekadar berulang-alik ke mahkamah, bukan juga sekadar menamatkan hubungan perkahwinan. Perceraian ialah pengakhiran kepada kehidupan dan impian yang pernah dibina bersama. Kesan emosi dan psikologi akibat perceraian sangat mendalam dan sering berlarutan lama meskipun proses undang-undang sudah selesai. Antara perjuangan emosi yang perlu dihadapi ialah: Sedih, marah, sunyi Setiap rutin dan rancangan masa hadapan yang dikongsi tiba-tiba menjadi peristiwa menyakitkan. Kesedihan datang dalam gelombang, kadang-kadang muncul…
PERPISAHAN – sama ada yang meninggalkan atau ditinggalkan – kedua-duanya pasti menghadapi situasi yang sukar. Tidak kiralah sama ada berpisah secara baik atau melalui pergaduhan, menerima perpisahan tetap bukan perkara yang mudah. Bukan itu sahaja, proses untuk berdamai dengan takdir atau bahasa mudahnya – move on, lebih sukar. Hakikatnya, putus cinta bukan sahaja bermakna berpisah dengan orang yang pernah disayangi. Kita perlu meninggalkan kenangan, rancangan masa hadapan dan versi diri kita dalam perhubungan itu. Cakap memang senang, mahu melaksanakannya itu susah. Mengapa? Melabur hati, emosi Salah satu sebab terbesar sukar untuk berdamai dengan takdir selepas putus cinta ialah pelaburan emosi. …
BERCAKAP tentang segala hal berkaitan wang, setiap daripada kita dibesarkan dengan kepercayaan dan cara pengurusan yang berbeza. Ilmu kewangan yang disampaikan secara turun-temurun bermula daripada generasi atuk dan nenek itu ada benar dan salahnya. Namun, dunia makin berubah, gaya hidup generasi sekarang juga tidak sama dengan zaman nenek moyang terdahulu. Tidak dilupakan juga keadaan ekonomi dan nilai mata wang hari ini yang mungkin membuatkan kepercayaan kewangan dahulu sudah tidak relevan diguna pakai pada zaman sekarang. Berikut Relevan bongkarkan beberapa mitos kewangan yang biasa kita dengar dan fakta sebenar di sebaliknya. “Rumah untuk kehidupan selepas pencen perlu dibeli secepat mungkin!” Selama…
PERJALANAN memilih laluan kerjaya yang sesuai dengan minat ibarat menyelesaikan satu misteri. Jangan takut, ia boleh menjadi pengembaraan misteri yang menyeronokkan! Masih belum terlambat untuk anda mulakan misi mencari kerjaya yang bersesuaian. Mulakan dengan langkah pertama. Fikirkan apa yang anda suka lakukan di sekolah, dalam kelas atau pada waktu lapang. Adakah anda seorang pelajar yang sukakan fotografi, melukis, menulis atau menyelesaikan masalah matematik? Mengenal pasti apa yang diminati boleh membantu anda mencari kerjaya yang bersesuaian. Seterusnya, mulakan penerokaan! Sertai kelab sekolah, program sukarelawan, cuba hobi baharu atau bekerja sambilan dalam pelbagai bidang (dengan syarat: anda sudah mendapatkan keizinan ibu bapa). …