ANDA sudah tonton filem ‘Ipar Adalah Maut?’ Filem yang mengangkat tema pengkhianatan ini mencetuskan perbincangan hangat kerana ia menyentuh isu sensitif mengenai hubungan antara suami dan adik ipar. Perselingkuhan dalam kalangan keluarga – sebuah topik yang jarang dibincangkan secara terbuka menjadi isu utama dalam filem itu. Rupa-rupanya, ia berkait rapat dengan realiti masyarakat lebih daripada yang disangka. Dengan lakonan mantap oleh Michelle Ziudith sebagai Nisa, Davina Karamoy sebagai Rani (adik ipar) dan Deva Mahenra sebagai Aris (suami), ‘Ipar Adalah Maut’ berjaya mengetengahkan isu hubungan kekeluargaan yang sering diabaikan tetapi boleh membawa kesan yang merosakkan jika batas-batas agama dan moral tidak…
Umi Fatehah
DALAM kehidupan seharian, sama ada sedang duduk, berdiri atau berbaring pasti ramai antara kita yang asyik bermain telefon, bukan? Lebih-lebih lagi apabila sudah meluangkan masa berjam-jam bekerja. Kita pasti ada keinginan yang kuat untuk memegang telefon dengan alasan mahu berehat seketika. Pada awalnya mahu menatal (scroll) media sosial sekejap sahaja. Tetapi, apa yang kononnya mahu dilakukan selama lima minit berlanjutan menjadi 30 minit. Masa rehat sepatutnya diluangkan melakukan aktiviti yang memberi ruang kepada otak untuk berhenti berfikir. Namun, disebabkan kita kerap menggunakan telefon pada waktu rehat, otak tidak dapat masa rehat yang sepatutnya. Disebabkan kita terlalu ketagih dengan telefon pintar…
SEMUA orang pernah stres, bukan? Namun, tahukah anda bahawa stres bukan sahaja membuatkan kita rasa letih, marah atau sedih tetapi juga boleh mengganggu sistem imun badan? Jom Relevan kongsikan bagaimana stres boleh menjadi musuh dalam selimut yang melemahkan sistem pertahanan badan kita. Apa yang berlaku bila kita stres? Saya bagi satu contoh untuk anda mudah menggambarkan apa yang berlaku kepada badan dalam situasi stres. Bayangkan anda sedang dikejar harimau. Itu adalah contoh mudah untuk menggambarkan situasi fight or flight response (tindak balas lawan atau lari). Dalam situasi dikejar harimau, badan anda akan menjadi stres. Bila anda stres, badan akan bertindak…
ANAK-anak Gen Z sudah besar. Mereka – generasi yang dilahirkan antara 1997 hingga 2012 – bakal mengganti generasi Baby Boomers dalam pasaran kerja separuh masa. Gen Z hadir ke pejabat dengan membawa semangat segar, tingkah laku dan jangkaan yang berbeza dengan generasi sebelumnya. Kajian yang dijalankan oleh bekas penyelidik kanan di Stanford’s Center for Advanced Study in the Behavioral Sciences (CASBS), Roberta Katz, mendapati beberapa ciri unik generasi Gen Z bakal mempengaruhi dunia pekerjaan. Berikut adalah beberapa ciri utama yang dibawa oleh Gen Z ke tempat kerja: Gen Z menjangkakan perubahan berterusan Gen Z membesar dalam dunia yang sangat berbeza…
KANSER payudara merupakan kanser paling umum yang dialami oleh wanita di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Menurut Penyelidikan Kanser Malaysia (CRM), pada 2020, 2.3 juta wanita telah didiagnosis dengan kanser payudara dan seramai 685,000 wanita meninggal dunia akibat kanser itu di seluruh dunia. Malangnya, lebih ramai wanita Asia meninggal dunia akibat kanser payudara berbanding gabungan benua-benua lain. Tambahan itu, kadar wanita yang menghidap kanser payudara dalam kalangan wanita Asia meningkat dengan cepat. Kanser payudara berlaku apabila sel-sel di payudara tumbuh secara tidak terkawal, membentuk ketumbuhan yang boleh merebak ke bahagian badan lain. Kanser ini boleh menyerang lelaki tetapi risikonya jauh…
BILA ditanya adakah bahagia dengan kehidupan sekarang, anda tidak tahu mahu menjawab bagaimana. Nak kata bahagia, tidak. Nak kata sedih, pun tidak. Sebenarnya, anda sudah lama mengalami perasaan begini. Setiap hari, anda berfungsi seperti robot dengan rutin yang sama. Bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, tidur – seakan-akan kehidupan ini tidak ada makna. Anda mendambakan kepuasan, namun yang ada hanyalah rasa tidak puas hati yang mendalam. Ini adalah gambaran disforia – sebuah keadaan di mana kebanyakan hari terasa suram tanpa arah. Disforia mungkin kedengaran asing tetapi ramai antara kita mungkin pernah atau sedang mengalaminya tanpa mengetahui nama keadaan ini. Meskipun…
EMAS mempunyai tempat yang istimewa dalam budaya Malaysia, terutamanya dalam acara penting seperti perkahwinan mahupun hari lahir. Ia berkait dengan tradisi dan sering dianggap sebagai simbol kekayaan, berkat dan kehormatan keluarga (dalam beberapa agama). Di samping itu, emas juga salah satu pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan. Dalam perkahwinan Melayu, emas secara tradisinya digunakan sebagai mas kahwin atau mahar sebagai pemberian wajib daripada suami kepada isteri. Emas lazimnya diberi dalam bentuk cincin merisik, tunang atau nikah – menandakan ikatan suci perkahwinan. Peminat emas atau bakal pengantin pasti pernah memantau harga emas. Anda juga mungkin mendapati harga emas naik turun setiap…
BARU-baru ini, tular dalam aplikasi TikTok mengenai video yang memaparkan sekeluarga berpakat membuat prank sempena hari jadi ibu mereka. Mereka merancang untuk buat si ibu percaya bahawa suaminya membawa wanita lain atau seperti yang ditulis di kapsyen video – ‘pucuk muda’ pulang ke rumah. Sedangkan, itu semuanya hanyalah kisah rekaan semata untuk memberi kejutan. Cuba beritahu, siapa sahaja yang tidak akan naik angin bila mendengar suami berlaku curang, bukan? Bila sudah dengar berita tak enak begitu, sudah tentu si ibu pun kelam-kabut mahu pulang dan ingin terjah si suami yang kononnya curang itu. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang…
DALAM pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, falsafah pendidikan perlu terus diterapkan dalam pendidikan tinggi. Menurutnya, kerajaan akan melakukan beberapa inisiatif agar mutu pendidikan boleh ditingkatkan. Antaranya ialah peningkatan mutu bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menguasai bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris. Beliau juga menggesa agar universiti-universiti dalam negara pantas memperkenalkan disiplin baharu yang membuka ruang penerokaan pemikiran dan teknologi baharu. Pimpinan universiti dan para ilmuan pula perlu diberi ruang dan kebebasan untuk menggagaskan pembaharuan ke arah kemantapan dan peningkatan mutu. Bagi merealisasikan matlamat pemerkasaan mutu pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan RM18 bilion untuk 2025 berbanding…
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 berkata, keutamaan kerajaan kekal untuk memastikan ruangan pembelajaran yang selesa, selamat dan bermakna untuk anak-anak menimba ilmu. Untuk itu, Kementerian Pendidikan diberi peruntukan tertinggi dalam sejarah, iaitu sebanyak RM64.1 bilion berbanding RM58.7 bilion tahun sebelumnya. “RM2 bilion disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara manakala RM1 bilion khusus untuk menyelenggara semua jenis sekolah terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur. “Ia termasuk di sekolah kebangsaan, sekolah cina, sekolah tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas OKU,” jelasnya. Selain itu, dana sebanyak RM1 bilion pula…