Facebook Twitter
    Trending
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    • 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bagaimana racun ikan buntal ‘membunuh’? Ini fakta mengenainya

    Bagaimana racun ikan buntal ‘membunuh’? Ini fakta mengenainya

    By Zubaidah IbrahimApril 5, 2023Updated:June 18, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    IKAN buntal adalah sejenis ikan yang juga dipanggil ‘ikan fugu’ tergolong dalam satu daripada jenis racun semula jadi yang paling berbahaya dan boleh membawa maut di dunia.- FOTO OLEH STELIO PUCCINELLI/ UNSPLASH

    BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan tragedi seorang wanita warga emas berusia 83 tahun maut manakalanya suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami keracunan selepas menikmati hidangan ikan buntal di Kluang, Johor.

    Ikan buntal adalah sejenis ikan yang juga dipanggil ‘ikan fugu’ tergolong dalam satu daripada jenis racun semula jadi yang paling berbahaya dan boleh membawa maut di dunia.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, larangan penjualan ikan buntal sudah ditetapkan dengan jelas di bawah Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1972.

    Selain itu, Seksyen 13 Akta Makanan 1983 turut menerangkan dengan jelas mengenai larangan penjualan makanan yang mengandungi bahan beracun, berbahaya atau memudaratkan kesihatan.

    Toksin ikan buntal membawa maut

    Menurut Fukushihoken, toksin ikan buntal boleh menyebabkan lumpuh dan mengakibatkan kesukaran bernafas. 

    Tiada ubat khusus untuk merawat toksin ikan buntal dan toksin ikan buntal boleh menyebabkan kadar kematian yang sangat tinggi. Oleh itu, dapatkan rawatan dengan segera jika mengalami keracunan ikan buntal.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 nutrien penting untuk badan dan kesihatan mental – Relevan

    Gejala keracunan ikan buntal

    Keracunan ikan buntal berlaku dengan sangat pantas, kematian berlaku sekitar empat hingga enam jam selepas memakan ikan buntal.

    • Antara 20 minit dan tiga jam selepas makan, kebas mula berlaku pada bibir, hujung lidah dan hujung jari. 

    Ini disertai dengan rasa sakit seperti sakit kepala atau sakit perut dan juga boleh mengakibatkan muntah yang berterusan. Seseorang yang mengalami keracunan ikan buntal akan terhuyung-hayang apabila cuba berjalan.

    • Tidak lama kemudian, kelumpuhan deria, pertuturan yang tidak jelas dan kesukaran bernafas akan berlaku. Tekanan darah juga akan turun.
    • Selepas itu, berlaku kelumpuhan motor badan secara keseluruhan dan tidak dapat menggerakkan walaupun satu jari.
    • Apabila pesakit tidak sedarkan diri, jantung dan pernafasan akan berhenti sehingga menyebabkan kematian.

    Bagaimanakah keracunan ikan buntal terjadi?

    Bahan yang menyebabkan keracunan ikan buntal dipanggil tetrodotoksin. Ia terdapat dalam hati, kelenjar kelamin, ovari, usus, kulit dan otot dalam sesetengah spesies.

    Bahagian beracun itu perlu dibuang berhati-hati dengan teknik khusus agar daging ikan tidak tercemar dengan toksin tersebut.

    Selalunya ikan buntal hanya dihidangkan dengan selamat oleh restoran yang pakar membuatnya sahaja.

    Racun tetrodotoksin tidak akan hilang walau ikan buntal dimasak atau dibekukan. Jika tidak diproses dengan betul maka, racun dari organ tubuh ikan buntal boleh menyebar dan menyerap ke dalam dagingnya.

    Tetrodotoksin boleh membawa maut dan dikatakan 1,000 kali lebih kuat daripada kalium sianida.

    ARTIKEL BERKAITAN: Adakah kopi meningkatkan risiko batu karang? – Relevan

    Jumlah yang diperlukan untuk membunuh seseorang adalah sekitar 10,000 unit tetikus. Dengan mengandaikan 1,000 unit tetikus racun dalam setiap gram ikan buntal, hanya 10 gram (g) sudah cukup untuk menyebabkan kematian.

    Unit tetikus ialah unit yang digunakan untuk mewakili jumlah toksin ikan buntal, dengan satu unit tetikus menyamai jumlah racun yang diperlukan untuk membunuh tikus seberat 20g tikus dalam masa 30 minit. 

    Hati dan ovari ikan buntal melebihi 10,000 unit tetikus setiap gram. 

    Jumlah racun daripada ikan buntal yang dimakan dikira sebagai jumlah racun per gram untuk bahagian ikan buntal yang dimakan (unit tetikus/gram) × jumlah yang dimakan (gram). Jika jumlah ini melebihi 10,000 unit tetikus, ia boleh menyebabkan kematian.- RELEVAN

    Previous ArticleSyarat dan cara memohon pinjaman KWSP
    Next Article Bagaimana gegaran gempa bumi di Indonesia dirasai di Malaysia? 

    Artikel berkaitan

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026
    Artikel Terkini

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.