Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenal pasti ciri penipuan pelaburan, jangan termakan janji palsu

    Kenal pasti ciri penipuan pelaburan, jangan termakan janji palsu

    By Umi FatehahAugust 17, 2022Updated:August 17, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Pihak yang menjalankan penipuan pelaburan mencari mangsa yang baru menapak dalam dunia pelaburan kerana kebiasaannya mereka masih kurang pengetahuan. - Gambar hiasan (Unsplash)

    SABAN hari, semakin ramai individu yang mula cakna tentang ilmu kewangan peribadi. Bermula dengan menerapkan amalan menabung, menguruskan perbelanjaan supaya tidak melebihi pendapatan sehingga menceburi dunia pelaburan.

    Topik pelaburan tidak lekang dibincang di media sosial kerana semakin ramai individu berminat untuk melabur. Hal ini kerana pelaburan juga salah satu cara untuk menjana pendapatan pasif. Seiring dengan peningkatan minat melabur dalam kalangan masyarakat, kes penipuan pelaburan turut meningkat.

    Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam sebuah kenyataan pada Mac lalu mengingatkan orang ramai mengenai peningkatan mendadak penipuan pelaburan yang dipromosikan dalam aplikasi Telegram. 

    Pihak yang menjalankan penipuan pelaburan mencari mangsa yang baru menapak dalam dunia pelaburan kerana kebiasaannya mereka masih kurang pengetahuan.

    Relevan menghuraikan beberapa cara untuk anda mengesan penipuan pelaburan agar tidak terjebak, berpandukan perkongsian daripada Bank Negara Malaysia.

    • Hadir tanpa undangan

    Sesetengah syarikat penipuan pelaburan akan menghubungi anda secara tiba-tiba. Pendekatan oleh pengendali mungkin dibuat melalui surat, telefon, internet atau secara bersemuka. Ingat, mereka mempunyai tujuan utama iaitu untuk mengambil wang daripada mangsa yang kurang cakna atau tidak mencurigai mereka dan mempromosikan perkhidmatan palsu. 

    Pihak yang menjalankan penipuan pelaburan kebiasaannya menampilkan testimoni dan bahan pemasaran yang palsu untuk kelihatan sebagai badan pelaburan yang sah.  Sebelum anda memulakan pelaburan, kenal pasti sama ada skim pelaburan yang ditawarkan berunsur curiga atau tidak.

    “Pihak ini menggunakan pelbagai nama untuk menjalankan aktiviti penipuan pelaburan. Mereka juga boleh menyamar atau mengklon perantara pasaran modal berlesen dengan menggunakan nama, logo, kelayakan, laman web dan butiran lain daripada entiti yang sah bagi mempromosikan skim haram tersebut.

    “Mereka juga mewujudkan kumpulan awam di Telegram bagi mempromosikan pakej pelaburan yang kebiasaannya disertakan dengan testimoni palsu dan juga diiklankan sebagai patuh syariah. Pelabur yang berminat akan diminta untuk menghantar mesej terus kepada wakil untuk memulakan pelaburan dalam pelbagai pakej yang ditawarkan,” kata SC dalam kenyataan bertarikh 12 Mac 2022.

    Tanya syarikat atau ejen tersebut seberapa banyak soalan yang anda perlukan untuk memahami sepenuhnya berkaitan pelaburan yang ditawarkan. Jika syarikat tidak dapat menjawab atau mengelak daripada menjawab sebarang soalan anda, berhati-hati.

    • Menawarkan skim cepat kaya

    Menurut SC, skim penipuan ini menawarkan peluang pelaburan yang tidak wujud serta menjanjikan pulangan yang sangat menarik dan bebas risiko dalam jangka masa yang singkat. Skim-skim ini kebiasaannya menawarkan pulangan yang tidak realistik sehingga 1,000% dalam masa 24 jam atau beberapa jam.

    Mereka juga menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan, yang jauh lebih tinggi daripada pulangan yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen untuk deposit.

    Adalah penting untuk menyemak bagaimana skim pelaburan boleh menjana keuntungan yang tinggi dengan risiko yang rendah atau tiada risiko. 

    Kenal pasti pelaburan lain yang menawarkan pulangan yang sama dan lihat bagaimana risikonya. Tidak mungkin pelaburan yang ditawarkan boleh memberikan pulangan yang sama tanpa risiko.

    • Bukan rela tapi terpaksa

    Kebiasaannya, ejen skim penipuan pelaburan akan memaksa dan menekan untuk mangsa melakukan keputusan yang pantas.  Taktik menekan, daripada tawaran terhad kepada hadiah atau rebat bermasa, sengaja dilakukan kerana tidak mahu memberi ruang kepada mangsa untuk berfikir dengan bernas.  

    Sebelum anda bersetuju, tanyakan pada diri sama ada anda telah memahami sepenuhnya terma dan syarat skim yang ditawarkan. 

    Sekiranya anda berada di dalam keadaan terpaksa, keraskan hati untuk tidak terus mengalah.  Tutup panggilan atau beredar dengan serta-merta agar tidak terjerumus dalam lembah penipuan yang merugikan.

    SC juga menggesa orang ramai untuk merujuk kepada Senarai Peringatan Pelabur SC sebelum melabur. Senarai tersebut mengandungi butiran laman web, produk pelaburan, syarikat dan individu yang beroperasi tanpa kebenaran. 

    Orang ramai yang telah dihubungi oleh firma atau individu yang tidak dibenarkan dan yang menawarkan skim dengan pulangan tidak realistik boleh membuat laporan kepada Jabatan Pengguna dan Pelabur SC di talian 03-6204 8999 atau e-mel: [email protected].

    Ingat, jika ia kelihatan terlalu indah untuk menjadi kenyataan, jangan terus terpedaya. – RELEVAN

     

    Previous Article3,658 kes sembuh Covid-19 semalam
    Next Article Parosmia: Bagaimana bau makanan normal boleh jadi busuk dan menjijikkan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.