Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Air gas berisiko cetuskan gout, elak dan kurangkan pengambilannya

    Air gas berisiko cetuskan gout, elak dan kurangkan pengambilannya

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalMay 5, 2022Updated:May 28, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEPERTI yang diketahui, pengambilan gula dalam pemakanan seharian akan mempengaruhi kesihatan kita.  Antara kesan yang jelas terlihat daripada pengambilan gula yang banyak ialah obesiti, diabetes dan penyakit hati.  

    Tetapi, tahukah anda pengambilan gula yang berlebihan khusunya sirap jagung tinggi fruktosa yang terdapat dalam air soda berkarbonat dan makanan yang diproses akan mencetuskan serangan gout?  Melihat kepada gaya hidup dan cara pemakanan kita sendiri, penyakit gout juga merupakan satu lagi risiko kesihatan yang perlu dititikberatkan.

    Menurut portal MyHealth penyakit gout sering terjadi kepada kaum lelaki yang berada dalam lingkungan umur 30-an dan ke atas. Perempuan pula lebih cenderung untuk mengalami masalah ini selepas putus haid atau menopaus.

    Gout dikelaskan sebagai penyakit artritis yang berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki.

    Menerusi perkongsian bersama Pegawai Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Naim Sufi Muhammed Hafiz, pengambilan air berkarbonat akan meningkatkan risiko serangan gout. 

    Apakah hubungan antara gula dengan gout?

    Fruktosa ialah gula semula jadi yang terdapat dalam buah dan madu. Sirap jagung tinggi fruktosa ialah pemanis buatan manusia yang dihasilkan daripada jagung. Ia terdiri daripada 55 peratus fruktosa dan 45 peratus glukosa.

    “Fruktosa yang didapati dalam air berkarbonat akan dihadam dengan cara yang berbeza, berbanding dengan glukosa. Fruktosa akan dihadam menggunakan pengangkut protein berbeza dan kebanyakannya menggunakan sel hati.

    “Sebab itu fruktosa diklasifikasikan sebagai bahaya dan mengancam kesihatan kerana proses penghadaman akan dilakukan oleh sel hati.  Jika berlebihan, ia akan menjadi lemak,” jelas Naim.

    Naim juga berkata, apabila badan berusaha untuk menghadam fruktosa, sebatian kimia yang dipanggil purin akan dibebaskan. Pecahan purin menghasilkan asid urik iaitu bahan yang menghasilkan kristal yang menyakitkan sendi dan menyebabkan gout. 

    Dalam beberapa minit selepas anda minum air berkarbonat atau makanan yang mengandungi sirap jagung tinggi fruktosa, paras asid urik juga meningkat.

    Individu yang mengalami masalah obesiti menghasilkan lebih banyak asid urik dan buah pinggang tidak dapat menyingkirkan asid urik dalam kadar yang pantas.  Kajian mendapati bahawa individu obesiti mempunyai risiko relatif untuk gout hampir dua kali ganda.

    Menurut Healthline pula,  individu obesiti lebih berisiko untuk mendapat gout purata tiga tahun lebih awal daripada mereka yang mempunyai berat badan normal.

    Untuk mengurangkan risiko gout, anda boleh mengamalkan pemakanan yang bersesuaian. Mengehadkan atau mengelakkan air berkarbonat dan makanan yang diproses adalah satu cara untuk mengurangkan risiko mendapat gout. 

    Sebaik sahaja mengetahui anda menghidap penyakit ini, diet sepatutnya menjadi strategi utama untuk mengurangkan komplikasi kesihatan sebelum memulakan pergantungan terhadap ubat.

    “Jika anda boleh mengawal hiperurisemia (paras asid urik tinggi), anda boleh mengawal gout. Tetapi gout merupakan masalah kesihatan yang membelenggu anda seumur hidup dan tidak akan hilang,” tambah Naim.

    Naim juga menasihati pesakit gout untuk mengambil ubat anda secara berterusan, walaupun merasai keadaan kesihatan semakin baik. Anda juga perlu berhati-hati dengan semua makanan yang meningkatkan asid urik dalam badan termasuk daging, makanan laut, makanan tinggi protein dan gula serta alkohol. 

    Anda juga boleh mengambil suplemen kesihatan berasaskan kranberi, kunyit, brokoli dan saderi.  Pastikan anda dapatkan nasihat pakar kesihatan sebelum pengambilan apa-apa suplemen kesihatan. 

    “Dengan pematuhan kepada ubat-ubatan dan pengamalan diet yang bersesuaian, para pesakit gout berpotensi untuk mengurangkan komplikasi kesihatan mereka,” pesan Naim lagi. – RELEVAN

    Previous ArticleMahu jadikan Covid-19 pandemik terakhir dunia? Ini caranya menurut Bill Gates
    Next Article 1,278 kes baharu jangkitan Covid-19, dua kematian dicatatkan semalam

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.