Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tidak perlu menjadi lelaki maco

    Tidak perlu menjadi lelaki maco

    By October 25, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    lelaki maco
    lelaki yang menganggap diri mereka maco, selalunya akan mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal dalam jangka masa panjang - GAMBAR HIASAN/UNSPLASH

    MACHO merupakan perkataan Sepanyol dan Portugis yang bermaksud lelaki. Istilah tersebut sering diguna pakai untuk melambangkan seorang lelaki yang dominan, berani dan berkeyakinan tinggi. 

    Disebabkan sejarah Amerika Latin yang penuh dengan peperangan dan penaklukan, lelaki diharapkan untuk menunjukkan keberanian, kekuatan dan sifat-sifat kepimpinan. 

    Dari kecil, kanak-kanak diajar supaya menjadi lelaki maco (ser macho) supaya mereka nampak kuat dan boleh diharap. Macho juga merupakan kata dasar bagi istilah machismo yang bermaksud maskuliniti agresif. 

    Masyarakat beranggapan, lelaki maco perlu sentiasa kuat, tidak boleh berasa takut atau bersedih. Jika tidak, mereka akan dianggap lemah. 

    Bagaimanapun, lelaki maco, atau tepat lagi lelaki yang menganggap diri mereka maco, selalunya akan mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal dalam jangka masa panjang. 

    Stigma sosial yang membelenggu kaum Adam akan membuatkan mereka enggan mendapatkan rawatan sekiranya menghidap penyakit tertentu. 

    Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), lelaki berusia 50 tahun ke atas digalakkan melakukan pemeriksaan kesihatan tahunan. 

    Bagaimanapun, mereka jarang sekali berjumpa doktor kerana beranggapan sakit yang dialami ‘biasa-biasa sahaja’.

    Dari segi mental pula, lelaki maco selalunya lebih menderita kerana lebih suka memendam rasa. 

    Akibat ketiadaan sokongan dari segi emosi, lelaki sebegini lebih berisiko mengalami tekanan perasaan, kebimbangan dan kemurungan. Ramai juga yang hidup dalam kesunyian kerana enggan berkongsi perasaan dengan pasangan masing-masing. 

    Wanita hidup lebih lama berbanding lelaki

    Menurut Statistics Times, wanita secara amnya hidup lebih lama berbanding lelaki. Trend tersebut konsisten di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.

    Secara global, perbezaan jangka hayat antara lelaki dan wanita adalah sekitar empat hingga tujuh tahun. Di Malaysia, purata usia lelaki adalah sekitar 71.3 tahun manakala wanita pula pada 75.8 tahun. 

    Secara genetik, risiko wanita untuk menghidap penyakit berkait genetik adalah lebih rendah.

    Kaum Hawa mempunyai dua salinan kromosom X yang membuatkan mereka terlindung daripada penyakit seperti hemofilia dan buta warna.

    Sebaliknya, lelaki hanya mempunyai satu kromosom X. Perkara tersebut membuatkan kaum Adam mudah terkesan dengan mutasi genetik. 

    Bagaimanapun, punca utama lelaki mempunyai jangka hayat lebih pendek adalah disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. 

    Kajian menunjukkan, lebih ramai lelaki merokok, mengambil minuman keras dan terlibat dalam aktiviti berisiko berbanding wanita. 

    Lebih memburukkan keadaan, ramai juga lelaki degil atau malu untuk berjumpa doktor apabila jatuh sakit kerana takut dianggap lemah.

    Menurut kajian yang dimuatkan dalam Journal of School Psychology, lelaki juga berkemungkinan tidak akan meminta tolong sekiranya berhadapan dengan bahaya disebabkan wujudnya  kepercayaan bahawa lelaki perlu menjadi seorang yang berani dan tidak takut melawan. 

    Kajian selama 40 tahun yang dijalankan oleh Persatuan Psikologi Amerika (APA) membuktikan bahawa maskuliniti toksik hanya akan membawa mudarat terhadap lelaki secara luaran dan dalaman. 

    Artikel berkaitan: Kisah seorang lelaki yang minta kambing dan radio dari Tuhan

    Artikel berkaitan: 3.5 juta lelaki di Malaysia mati pucuk, ramai tak tahu boleh dirawat

    Mengatasi maskuliniti toksik

    Bagi mengatasi masalah tersebut, penting agar kaum lelaki sedar bahawa mereka tidak perlu berpura-pura kuat sepanjang masa. 

    Di Amerika Syarikat, terdapat gerakan yang dikenali sebagai #MenCanCry yang mengalakkan lelaki berkongsi perasaan demi kesihatan mental yang lebih baik. 

    Tidak kira betapa maconya seorang lelaki, mereka tidak boleh mengelak daripada jatuh sakit. 

    Malah, ada juga beberapa ketika, air mata mereka juga tumpah setelah dilanda masalah tertentu. 

    Menurut kajian yang ditulis oleh WH Courtenay, lelaki mempunyai satu kepercayaan bahawa mereka lebih kuat berbanding wanita. 

    Oleh itu, mengharapkan bantuan orang lain terutamanya ketika jatuh sakit dianggap lemah kerana ia bersifat feminin. 

    Bagaimanapun, semua itu tidak benar. Lelaki perlu tahu, menangis atau meminta bantuan daripada orang lain bukanlah tanda kelemahan. 

    Sebarang stigma mengenai maskuliniti toksik perlu dihentikan supaya lelaki dapat mengekpresikan diri dalam ruang yang lebih selamat. – RELEVAN

    Previous ArticleDisforia: Rasa tidak cukup bahagia dengan kehidupan
    Next Article Maria Montessori, perintis pendidikan awal kanak-kanak

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.