Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hidup untuk tumbuh atau cukup?

    Hidup untuk tumbuh atau cukup?

    By April 21, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PADA tahap mana yang kita perlu berhenti tumbuh? - GAMBAR HIASAN/RYOJI IWATA (Unsplash)

    IDEA menjadi manusia sering dikaitkan dengan pertumbuhan. Dari bayi menuju dewasa, fizikal kita menumbuh dan membesar.

    Tapi, jika umur panjang, tubuh kita akan berhenti menumbuh. Malah, bakal menyusut. Betulkah manusia hidup hanya untuk tumbuh?

    Dalam wacana kewangan peribadi juga kita akan didesak untuk tumbuh. Jika hari ini pendapatan RM2,000, usahakan untuk ia berganda.

    Cari kerja tambahan, lompatkan kerjaya untuk gaji lebih tinggi dan belajar melabur; wang dianggap seperti benih pokok yang sepatutnya semakin membesar dan meninggi.

    Tapi pokok juga akan mati.

    Sampai bila?

    Artikel ini ditulis untuk mengajak anda berfikir semula tentang makna kehidupan dan kekayaan. 

    Sukar untuk kita lari dari idea mencari wang sebab hampir seluruh hidup manusia dewasa diabadikan untuk itu; kita kerja dan berniaga demi segumpal wang yang akan ditukar untuk sumber-sumber menjalani kehidupan – makan, tempat tinggal, bersosial.

    Tapi sampai bila kita perlu terus mencari wang? Di titik mana yang kita tetapkan bahawa kita sudah punya cukup wang?

    Pendapatan manusia terkaya dunia, Bernard Arnault ialah RM21 bilion sebulan. Dia boleh beli lebih daripada sebiji kereta setiap saat. Tapi dia belum berhenti mengumpul kekayaan.

    Kita sendiri mempunyai impian untuk beli macam-macam. Selepas mampu membeli produk impian, adakah kita akan berhenti mencari wang?

    Mungkin kembara mengumpul kekayaan ialah definisi infiniti yang paling dekat dengan manusia. Kita nampak jalannya dan kita mahu lalui jalan itu tetapi penghujungnya tidak kelihatan. Jalannya memanjang masuk ke tubir gelap yang tiada penghujung.

    Dan ramai yang tak sedar, kekayaan terhad. Mungkin jumlah kekayaan individu seperti Arnault sangat besar, tak tercapai akal tetapi ia tetap terhad.

    Apabila terhad, pengumpulan kekayaan yang tertumpu kepada beberapa individu atau syarikat bermakna ada golongan yang akan menjadi miskin dan kebulur. 

    Dalam tempoh empat tahun ini – sejak pandemik – kekayaan lima individu terkaya dunia meningkat lebih dua kali ganda. Kesannya? Lima bilion manusia lain menjadi semakin miskin.

    ARTIKEL BERKAITAN: Jurang kekayaan semakin melebar, perlu 229 tahun untuk hapuskan kemiskinan tegar

    Sifirnya mudah: dengan sumber yang terhad, kekayaan yang terkumpul pada satu golongan akan menjerumuskan golongan lain ke dalam kemiskinan. 

    Tumbuh atau tamak?

    Sebab itu, penting untuk kita memikirkan semula erti kekayaan dan pengumpulan kekayaan. Adakah makna hidup kita perlu berputar di sekeliling usaha mengumpul kekayaan semata-mata?

    Macam wang itu matahari, kita planet-planet yang mengorbitnya. Tak boleh keluar orbit, kita akan binasa.

    Ian MacKaye minta Andrea Kurland, wartawan majalah Huck yang menemubualnya untuk membayangkan satu tubuh manusia yang membesar tanpa henti. 

    Selepas saiz yang paling ideal, bayangan itu akan berubah menjadi jelik. Tubuh itu membesar dan mengembung sampai akhirnya, kerana tak tertampung lagi, tubuh itu meletup.

    Bagi MacKaye, kita tak perlu obses pada pertumbuhan. Malah, baginya, pertumbuhan yang dikaitkan dengan kekayaan atau harta itu hanya eufemisme – kata muluk untuk menyorok makna sebenarnya, iaitu ketamakan.

    Peminat muzik akan kenal MacKaye sebagai anggota kugiran Fugazi dan Minor Threat, selain sebagai pengasas Dischord Records. Lebih penting lagi, MacKaye dianggap bapa budaya DIY – do it yourself.

    Falsafah di sebalik budaya tersebut ialah kemandirian manusia, ketidakgantungan kepada korporasi besar serta kerajaan. Bagi DIY, kita ada kemampuan untuk mengatur hidup sendiri tanpa perlu berlumba dengan manusia lain mengejar konsep abstrak bernama kejayaan.

    Hidup bukan perang

    Penulis dan pemilik kedai kopi di Kuala Lipis, Pipiyapong memetik MacKaye dalam temu bualnya bersama zine Pancharoba beberapa tahun sudah. Cara dia menjelaskan etos DIY yang dipelajarinya dari MacKaye sangat mudah – ketika semua orang diajar untuk tumbuh, MacKaye ajar dia untuk cukup.

    Menampung hidup sekadar cukup. Tidak berlebihan dan melampau-lampau. Sebab itu Pipiyapong boleh tenang di Lipis menghirup kopi, kadang-kadang melukis, ada masa berbasikal, tanpa tekanan rasa ketinggalan dengan orang lain yang menayangkan kemewahan dalam media sosial.

    Sebab bagi MacKaye, kehidupan bukan peperangan. Kita disuntik idea bahawa untuk hidup, kita perlu bertahan (survive), sedangkan hidup hanya perlu dikemudi.

    “Saya faham yang orang, secara melodramatik, mungkin anggap hidup sebagai sesuatu yang perlu ‘di-bertahan-kan’.

    “Ia bermain dengan idea yang kehidupan manusia ialah naratif – seperti ia sebuah buku atau filem dan kita kena bertahan dengan segala kegilaan. Saya rasa itu bahaya kerana ia buat orang fikir hidup mereka tak cukup gila.

    “Dalam otak saya, kehidupan bukan peperangan – walaupun manusia menciptakan keadaan yang buat ia terasa seperti itu – dan saya fikir pengemudian ialah istilah yang lebih adil,” katanya.

    Mencari kecukupan

    Bagaimana mengaitkan kekayaan super Bernard Arnault dengan falsafah hidup Pipiyapong dan Ian MacKaye?

    Mudah. Pipiyapong dan MacKaye menunjukkan satu jalan alternatif untuk kita hidup; berbeza dengan lebuh raya penuh trafik yang popular, iaitu hidup mengejar kekayaan seperti Bernard Arnault. 

    Dalam jalan kecil Pipiyapong dan MacKaye, manusia boleh hidup sederhana tanpa merasa tekanan untuk tumbuh, tumbuh, tumbuh dan tumbuh. Wang adalah sumber tapi pencariannya sekadar untuk cukup, untuk selesa.

    Sebab pertumbuhan kekayaan tanpa had ialah bencana kepada kemanusiaan. Setiap RM10 yang ada dalam poket Bernard Arnault boleh diguna untuk membeli roti, beri kepada kanak-kanak kelaparan di Congo tapi kerana pertumbuhan tanpa had, ia tidak berlaku.

    Relevan sudah menulis beratus artikel tentang pengurusan kekayaan dan kewangan. Kini, biarlah kami mengingatkan anda tentang makna kekayaan dan kewangan pula.

    Kita tak perlu wang berjuta untuk bahagia. Kita perlukan kecukupan. Tanpa faham erti cukup, wang berjuta hanya membawa gelisah dan tekanan, lalu bahagia semakin terlincir dari genggaman. – RELEVAN

    featured kehidupan kekayaan kewangan
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.