Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » KDNK Malaysia meningkat 3.7% pada 2023

    KDNK Malaysia meningkat 3.7% pada 2023

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 16, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PRESTASI ekonomi Malaysia yang diukur melalui KDNK meningkat 3.7 peratus pada keseluruhan 2023. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    PRESTASI ekonomi Malaysia yang diukur melalui Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat 3.7 peratus pada keseluruhan 2023.

    Ia merupakan peningkatan yang lebih perlahan berbanding 8.7 peratus pada tahun sebelumnya.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan tersebut dipacu oleh sektor pembinaan dengan pertumbuhan 6.1 peratus, diikuti sektor perkhidmatan (5.3 peratus) dan pembuatan (0.7 peratus).

    Kata beliau, sektor pembuatan bertumbuh pada kadar yang lebih perlahan berikutan asas yang lebih tinggi (8.1 peratus pada 2022) dan permintaan luaran global yang lemah.

    “Dari segi permintaan dalam ekonomi, pertumbuhan dipacu perbelanjaan penggunaan akhir swasta atau perbelanjaan isi rumah yang meningkat 4.7 peratus, diikuti pembentukan modal tetap kasar (PMTK) sebanyak 5.5 peratus dan perbelanjaan penggunaan akhir kerajaan sebanyak 3.9 peratus.

    “Sementara itu, eksport dan import masing-masing merekodkan penurunan sebanyak 7.9 peratus dan 7.6 peratus, dengan eksport bersih mencatatkan penyusutan 11.3 peratus pada 2023,” katanya dalam kenyataan pada 16 Februari.

    Menurut Mohd. Uzir, prestasi ekonomi Malaysia pada 2023 adalah seiring dengan negara ASEAN lain seperti Singapura (1.1 peratus berbanding 3.8 peratus pada 2022), Indonesia (5.1 peratus berbanding 5.3 peratus pada 2022) dan Filipina (5.6 peratus berbanding 7.6 peratus pada 2022).

    Malah, kata beliau, negara maju lain turut mencatatkan pertumbuhan sederhana seperti Korea Selatan (1.4 peratus berbanding 2.6 peratus pada 2022) dan United Kingdom (0.1 peratus berbanding 4.3 peratus pada 2022).

    “Walau bagaimanapun, China terus berkembang pada 5.2 peratus (2022: 3.0 peratus) dan Amerika Syarikat (AS) meningkat 2.5 peratus (2022: 1.9 peratus) pada 2023,” katanya.

    Prestasi suku tahun keempat 

    Dalam pada itu, KDNK Malaysia meningkat sebanyak 3.0 peratus pada suku keempat 2023, lebih perlahan berbanding 3.3 peratus pada suku sebelumnya.

    Jelas Mohd. Uzir, bagi terma pelarasan musim suku tahun ke suku tahun, KDNK Malaysia menyusut 2.1 peratus pada suku tersebut.

    Kata beliau, prestasi ekonomi bulanan masing-masing meningkat sebanyak 3.9 peratus dan 3.8 peratus bagi Oktober dan November, sebelum menyederhana kepada 1.4 peratus pada Disember.

    “Sektor perkhidmatan memacu prestasi keseluruhan, diikuti sektor perlombongan dan pengkuarian yang menunjukkan peningkatan selepas mencatatkan penurunan pada suku tahun sebelumnya.

    “Selain itu, perbelanjaan akhir isi rumah dan PMTK terus mendorong pertumbuhan pada suku tahun ini,” jelasnya. – RELEVAN

    Previous ArticleLatihan berfikir di luar kotak dengan 7 langkah mudah ini
    Next Article Celik kewangan di usia muda, urus gaji pertama dengan 5 tip ini

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.