HUBUNGAN toksik boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti sahabat, keluarga, suami dan isteri mahupun rakan sekerja. Tanpa kita sedar, kita telah lama terperangkap di dalam hubungan toksik ini.
Mungkin kita menganggap pergaduhan kecil atau tidak mempunyai kesefahaman sebagai perkara normal dan asam garam dalam sesebuah hubungan tetapi bagaimana jika ia adalah petanda anda dalam hubungan toksik?
Perhubungan yang sihat dibina di atas sifat asas seperti rasa hormat, kejujuran dan kepercayaan.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa hubungan toksik boleh menjejaskan kesihatan mental seperti kemurungan atau kebimbangan.
Oleh itu, jom bersama Relevan kita semak tujuh tanda hubungan toksik sebagai panduan.
- Keperluan anda tidak dipenuhi
Hubungan yang sihat memastikan keperluan semua orang dipenuhi. Ia juga menyediakan setiap orang ruang untuk memenuhi keperluan tersebut di dalam dan di luar perhubungan.
Dalam hubungan toksik, anda mungkin perasan bahawa orang lain tidak memenuhi keperluan emosi anda. Anda juga mungkin menyedari bahawa perhubungan itu sendiri menyebabkan anda sukar memenuhi keperluan peribadi anda.
ARTIKEL BERKAITAN: 10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat
- Sering dipersalahkan
Perselisihan faham adalah perkara biasa dalam mana-mana hubungan, tetapi cara anda mengendalikan perselisihan itu menentukan ia sihat atau toksik.
Hubungan toksik selalunya dipenuhi dengan perselisihan faham yang kerap. Anda mungkin menyedari bahawa anda menghadapi kritikan berterusan dan mereka sering bersikap negatif atau bertindak memusuhi anda.
- Tidak dilayan dengan adil
Salah satu aspek terpenting dalam hubungan yang sihat dan berkembang adalah rasa hormat. Secara asasnya, rasa hormat adalah dengan melayan semua orang dengan adil.
Apabila anda berada dalam hubungan toksik, orang lain mungkin cuba dengan sengaja merendahkan anda atau membuat anda berasa rendah diri. Dalam sesetengah kes, rasa rendah diri ini mungkin berpunca daripada kekurangan keyakinan diri yang boleh berpunca daripada tingkah laku toksik seperti ini.
- Rasa tidak boleh bergantung harap
Satu lagi elemen penting dalam hubungan yang sihat ialah dapat bergantung pada orang lain (ada bahu menjadi tempat bersandar). Perkara ini penting terutamanya untuk hubungan rapat seperti suami dan isteri dan sahabat baik.
Jika mereka itu kerap mengecewakan anda atau membuat janji yang tidak dapat ditepati, tingkah laku ini boleh menjadi toksik.
- Anda jarang membincangkan masa depan
Dalam hubungan pasangan yang sihat, penting untuk dapat menyampaikan keperluan dan jangkaan anda secara terbuka mengenai masa depan hubungan anda.
Tetapi hubungan toksik meletakkan perbincangan ini di luar had, sehingga pasangan anda mungkin enggan bercakap dengan anda tentang masa depan sama sekali.
Anda mungkin perasan bahawa membangkitkan sebarang perbincangan tentang masa depan akan berakhir dengan perselisihan faham atau pergaduhan.
- Rasa terperangkap dalam perhubungan
Dalam kebanyakan perhubungan pasangan yang sihat, rasa takut berakhirnya hubungan mereka kerana ia terlahir daripada keinginan untuk terus berada dalam perhubungan itu.
Perhubungan toksik, sebaliknya, selalunya ia boleh menyebabkan orang berasa terperangkap di dalamnya walaupun mereka mahu pergi. Anda mungkin menyedari bahawa anda tidak berpuas hati dalam hubungan itu, tetapi anda takut ia berakhir walaupun banyak hal yang membuatkan anda berasa tidak berpuas hati.
ARTIKEL BERKAITAN: 5 tip berhadapan dengan manusia narsistik
- Anda tidak gembira
Perhubungan yang sihat membuatkan anda berasa gembira, berpuas hati dan bahagia.
Jika perhubungan itu membuatkan anda tidak gembira, malah tertekan atau cemas, ini mungkin petanda bahawa anda berada dalam hubungan yang tidak sihat atau toksik.
– RELEVAN