Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 8 petanda stres pada kulit muka selain jerawat

    8 petanda stres pada kulit muka selain jerawat

    By Umi FatehahNovember 21, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    8 petanda stres pada kulit muka selain jerawat. - GAMBAR HIASAN POLINA TANKILEVITCH/PEXELS

    KULIT ialah organ terbesar pada badan anda. Masalah kesihatan dalaman boleh terlihat pada permukaan kulit lantas boleh menjadi petanda kepada penyakit tertentu.

    Walaupun pelembab dan serum boleh menenangkan jerawat yang tumbuh, ia mungkin tidak mencukupi untuk memberi ketenangan kepada sistem kompleks badan.

    Peningkatan kortisol yang disebabkan oleh stres juga terbukti akan memberi kesan kepada dalaman dan luaran. Dalam konteks ini, stres boleh menyebabkan jerawat muncul pada kulit.

    Relevan senaraikan lapan punca tekanan mental, fizikal dan hormon mengubah kulit anda. Perhatikan dan kenal pasti apakah cara yang betul untuk mengatasi masalah jerawat yang dialami.

    1. Tekanan daripada cahaya matahari dan pertahanan kulit yang lemah

    Sebelum melihat masalah dalaman yang berlaku. Terdapat satu faktor yang boleh membuatkan kulit stres secara fizikal dan melemahkan pertahanannya iaitu sinaran ultraungu (UV). 

    Komponen karsinogenik (penyebab kanser), salah satu komponen dalam pancaran cahaya matahari boleh memberi kesan negatif pada kulit. 

    Sinaran ultraungu memberi isyarat kepada sel darah untuk bergegas ke kawasan terdedah untuk berusaha membaiki kawasan yang terkesan dengan pancaran sinaran matahari. Keadaan ini dikenali sebagai selaran matahari (sunburn).

    Pendedahan yang berlebihan kepada sinaran ultraungu boleh menyebabkan jeragat, tahi lalat dan juga kanser kulit. Cara terbaik untuk memerangi sinaran UV dan tekanan matahari adalah dengan menggunakan pelindung matahari setiap empat jam.

    1. Keradangan kulit yang berlebihan

    Gatal-gatal, psoriasis, ekzema, dermatitis dan rosacea selalunya disebabkan oleh keradangan.  Tetapi, kajian juga menunjukkan bahawa apabila otak anda bekerja terlalu laju, ia sebenarnya boleh menjejaskan keupayaan melindungi kulit.

    Dalam erti kata lain, tekanan menjadikan kulit anda lebih sukar untuk dikawal selia dan kekal seimbang. Tidak hairanlah anda mungkin mengalami masalah kulit atau jerawat tumbuh selepas anda mengalami minggu yang penuh tekanan atau kurang tidur. 

    Keradangan juga boleh menyebabkan jerawat. Tetapi ingat, beberapa keadaan kulit seperti rosacea boleh kelihatan seperti jerawat juga. Penting untuk mengambil perhatian perbezaan masalah kulit sebelum merawat, termasuk sama ada kerengsaan disebabkan oleh tekanan, alahan atau produk yang salah.

    1. Peningkatan pengeluaran minyak dan jerawat

    Sama ada ketakutan kerana tarikh akhir projek semakin dekat atau kesedihan akibat patah hati,  kita semua mungkin pernah berurusan dengan jerawat yang degil.

    Tekanan berkait rapat dengan jerawat lebih-lebih lagi untuk wanita. Ia boleh bercampur aduk dan mengelirukan isyarat saraf kulit, menyebabkan penghasilan hormon dan bahan kimia tidak seimbang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran minyak.

    1. Kulit kepala berminyak, rambut gugur dan kuku bermasalah

    Pernahkah anda secara tidak sedar menarik rambut, menggigit kuku atau kedua-duanya? Itu mungkin hormon tekanan, kortisol yang mencetuskan tindak balas ‘lawan atau lari’ (fight-or-flight) badan anda.

    Walau bagaimanapun, sebelum menganggap ia sebagai tekanan, anda mungkin ingin dapatkan nasihat pakar dermatologi dan doktor untuk menolak kemungkinan isu-isu lain. 

    Sebagai contoh, kulit kepala bersisik atau berminyak boleh menjadi ekzema. Atau rambut gugur dan kuku mengelupas mungkin disebabkan oleh kekurangan nutrisi dalam tabiat pemakanan.

    1. Kulit lebih nipis dan sensitif

    Kulit mungkin menjadi lebih nipis dalam kes tahap kortisol tinggi yang luar biasa. Kortisol mengakibatkan pecahan protein kulit yang boleh menyebabkan kulit kelihatan hampir senipis kertas serta mudah lebam dan koyak.

    Walau bagaimanapun, gejala ini paling ketara dikaitkan dengan sindrom Cushing, juga dikenali sebagai hiperkortisolisme. Penyakit hormon ini termasuk gejala tambahan seperti intoleransi glukosa, kelemahan otot dan sistem imun yang lemah.

    Jika anda berpendapat bahawa anda mungkin mengalami sindrom Cushing, buat temu janji dengan profesional penjagaan kesihatan. Dalam kebanyakan kes, ubat akan diberikan untuk mengawal tahap kortisol.

    1. Penyembuhan luka semula jadi yang lambat

    Ketika menghadapi tekanan yang teruk, epidermis anda boleh menjadi lemah dengan cepat. Ia akan meningkatkan risiko untuk jangkitan dan memperlahankan keupayaan semula jadi kulit untuk menyembuhkan luka, parut dan jerawat.

    1. Keletihan mata

    Jika pernah menerima komen atau teguran mengenai lingkaran hitam bawah mata, maknanya anda kurang rehat dan tidur. Mata yang keletihan juga salah satu petanda bahawa anda tertekan.

    Badan kita mengekalkan adrenalin dalam kitaran berterusan semasa dalam mod ‘lawan atau lari’, termasuk pada waktu lewat malam.

    Jadi, penting untuk kita dapatkan waktu dan kualiti tidur yang sihat. Sekiranya anda mengalami masalah sukar untuk tidur, cuba meditasi atau minum teh yang boleh membuatkan rasa mengantuk.

    1. Garis halus dan kedutan

    Dari kerutan dahi hingga kedutan di garis senyuman, itu semua boleh muncul atau menjadi lebih teruk disebabkan tekanan psikologi.

    Jadi apa yang perlu dilakukan mengenainya? Anda boleh mencuba yoga muka. Boleh dikatakan, yoga muka lebih selamat daripada botox dan membawa kepada hasil yang sama, walaupun komitmen untuk melakukannya setiap hari mungkin agak mencabar dan melambatkan kesan positif. – RELEVAN

    featured jerawat kesihatan kulit muka stres tekanan
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.