Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kepentingan tidur sewaktu kerja

    Kepentingan tidur sewaktu kerja

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 31, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TIDUR sekejap sewaktu bekerja boleh meningkatkan produktiviti pekerja. - GAMBAR HIASAN/MARCUS AURELIUS (Pexels)

    INI bukan hasutan untuk pekerja ‘mengular’ atau mengabaikan tugas dalam waktu kerja. Kami cuma mahu memperkenalkan beberapa kajian yang menunjukkan kelebihan apabila majikan memberi ruang untuk pekerja tidur sekejap dalam waktu kerja.

    Hal ini bukanlah baharu, perbincangan tentangnya telah berlangsung selama beberapa tahun di peringkat dunia. Cuma di Malaysia, ia belum popular.

    Tidur sekejap atau meridap (nap) ada manfaatnya yang tersendiri dari segi kesihatan dan produktiviti pekerja, yang seterusnya memberi kesan kepada produktiviti syarikat.

    Melalui beberapa rujukan, Relevan menjelaskan kepada anda kepentingan tidur atau meridap ketika bekerja.

    Tidur malam vs meridap

    Pembantu Profesor di Sekolah Perniagaan Universiti Warwick, Mattie Toma menjalankan kajian bersama beberapa ahli akademik dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT), Universiti Harvard dan Universiti Pennsylvania.

    Dalam kajian tersebut, dua kumpulan pekerja diberikan intervensi untuk waktu tidur mereka. Satu kumpulan mendapat intervensi untuk tidur malam – diberikan alat untuk bantu mereka mendapatkan tidur berkualiti seperti topeng tidur, kipas dan tilam selain ditawarkan insentif jika dapat tidur dengan lebih lama.

    Satu lagi kumpulan pula diberi pilihan untuk meridap selama 30 minit pada waktu siang dalam suasana yang senyap dan selesa.

    Kumpulan pertama yang dibantu untuk tidur malam tidak menunjukkan peningkatan dalam produktiviti, pembuatan keputusan, kesejahteraan dan kognisi. Malah, ia sedikit mengganggu tugas pekerja apabila terlambat masuk ke kerja kerana menikmati tidur yang lebih lama.

    Kumpulan kedua mempunyai keputusan yang lebih baik. Mereka merekodkan peningkatan dari segi kesejahteraan psikologi, kognisi dan produktiviti mereka meningkat pada purata 2.3 peratus

    Ridap yang sihat

    Menurut Profesor Sara Mednick dari Universiti California, meridap pada waktu siang sesuai dengan rentak sirkadian tubuh, menjadikannya bermanfaat sama seperti kita mendapat tidur yang cukup pada waktu malam.

    Kata beliau, orang yang meridap menunjukkan tahap pembelajaran (keupayaan untuk mengenal pasti lebih banyak maklumat dalam tempoh yang lebih cepat) yang sama seperti selepas bangun tidur yang cukup pada waktu malam.

    Suhu badan manusia berkurang apabila berasa penat di pertengahan hari, selain keupayaan kognitif juga merosot.

    “Kebiasaannya sekarang, orang akan minum kopi (untuk terus segar) tapi sebelum ini, orang akan meridap.

    “Kita masih ada rentak dalam tubuh yang boleh mendapat manfaat dengan tidur sekejap tetapi kita tidak hidup dalam dunia yang menggalakkan perkara tersebut, sehinggalah sekarang,” katanya Mednick, merujuk kepada pandangan negatif terhadap aktiviti meridap semasa bekerja sebelum ini.

    Ahli terapi tidur, Dr. Nerina Ramlakhan membahagikan ridap kepada tiga kategori, iaitu:

    • Ridap sihat (power nap) : Maksimum selama 20 minit dan membolehkan anda berada dalam keadaan hampir tidur. Ridap sebegini membolehkan anda bangun dengan mental yang lebih tajam.
    • Ridap pulih (recovery nap) : Ia boleh berlangsung selama 40 minit dan melibatkan tidur yang ringan. Kajian daripada Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) menunjukkan ia dapat meningkatkan kepekaan juruterbang dan angkasawan sebanyak 100 peratus.
    • Ridap cegah (prophylactic nap) : Ia khusus untuk mereka yang mempunyai masalah tidur yang teruk. Ridap ini tiada had waktu; anda tidur selama mungkin atau sehingga anda rasa semakin baik.

    Untuk pekerja, mungkin ridap sihat adalah yang paling sesuai. Tapi syaratnya, tidur malam anda tiada masalah. Kalau waktu malam hanya tidur selama tiga hingga empat jam, anda tidak akan mampu mendapat ridap yang sihat.

    Ridap sebagai budaya

    Di Malaysia, meridap sewaktu bekerja secara amnya tidak digalakkan, malah mungkin dipandang negatif.

    Namun, di beberapa negara dan kumpulan masyarakat, meridap dianggap kelaziman dan digalakkan.

    Di China, waktu rehat tengah hari diberikan lebih lama, sehingga dua jam. Ini kerana meridap sangat digalakkan dan sudah menjadi budaya.

    Ia dikaitkan dengan kepercayaan keseimbangan tubuh orang China, iaitu yin dan yang. Tidur sekejap pada waktu matahari tegak dipercayai boleh mengekalkan keharmonian tubuh.

    Di Jepun, amalan ini dikenali sebagai inemuri yang bermaksud hadir ketika tidur. Orang Jepun akan curi apa saja masa yang ada untuk merehatkan mata, baik ketika dalam bas, di taman-taman atau ketika bekerja.

    Di Sepanyol pula, mereka ada masa ‘siesta’ yang bermula pada pukul 2 hingga 5 petang. Dalam tempoh ini, beberapa kedai atau restoran akan tutup sementara bagi membolehkan pekerja mereka berehat dan meridap.

    Dalam tradisi Islam pula, ada qailulah iaitu tidur atau berehat sekejap pada waktu tengah hari, khususnya sebelum masuk waktu Zohor. Amalan ini hukumnya sunat untuk orang Islam.

    Amalan qailulah digalakkan dalam Islam supaya kita dapat berehat, selain sebagai persediaan untuk melakukan sunat tahajud pada waktu malam. – RELEVAN

    Previous Article5 perkara untuk menjamin kewangan masa hadapan anak 
    Next Article Apa nak buat bila kerja tak habis-habis?

    Artikel berkaitan

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.