Facebook Twitter
    Trending
    • 7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    • Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    • Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…
    • Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama
    • Jangan simpan ini dalam kereta!
    • SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    By AMAL HAYATI FAUZIFebruary 12, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    7 orang terkenal ini memilih untuk tukar kerjaya. -GAMBAR HIASAN AGENSI

    ADA kalanya perjalanan hidup tidak berlaku seperti yang dirancang. Ada yang berani meninggalkan zon selesa serta menukar haluan kerjaya demi mengejar impian sebenar. Menurut Jobstreet, berikut merupakan tujuh figura terkenal yang membuktikan bahawa perubahan kerjaya bukan pengakhiran, sebaliknya permulaan baharu.

    1. Rowan Atkinson

    Sebelum dikenali sebagai Mr. Bean, Rowan Atkinson sebenarnya menuntut dalam bidang kejuruteraan elektrik di Universiti Newcastle sebelum menyambung pengajian ke peringkat sarjana di Universiti Oxford. 

    Ketika di universiti, beliau aktif dengan kelab drama dan pada titik inilah minatnya terhadap seni persembahan mula berkembang dan mengubah haluan hidupnya menjadi pelakon komedi. 

    Menerusi siri “Mr. Bean” yang popular sepanjang era 90-an, Rowan menceriakan kaca televisyen penontoh seluruh dunia sehingga meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan.

    1. Jeff Bezos

    Pada tahun 1994, khabar bahawa penggunaan internet meningkat 2,300 peratus dalam setahun telah mengalih perhatian Jeff Bezos. Ketika itu, beliau memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat pelaburan di Wall Street namun memilih untuk melepaskan kerjaya stabilnya demi menjual buku secara dalam talian.

    Walaupun cuba dipujuk untuk kekal di kedudukan asalnya, Jeff mengambil risiko untuk tidak mahu menyesal di hari tua kerana “takut mencuba”. Keputusan itu membawa kepada penubuhan Amazon.com yang kini menjadi platform e-dagang terbesar dunia.

    1. Khairy Jamaluddin

    Sebelum aktif dalam dunia politik, Khairy Jamaluddin atau KJ pernah bekerja sebagai wartawan dan penyampai rancangan televisyen. Penglibatannya dalam politik bermula apabila beliau dilantik sebagai setiausaha sulit mantan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau kemudian menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen, Menteri Belia dan Sukan (2013-2018) dan Menteri Kesihatan pada era pandemik Covid-19. 

    Walaupun tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2022, popularitinya masih kekal hingga kini. Pada tahun 2023, beliau kembali menyinari dunia media sebagai penyampai radio dan pengulas politik di platform podcast (audio siar) miliknya, Keluar Sekejap.

    1. Gordon Ramsay

    Gordon Ramsay pada awalnya bercita-cita menjadi pemain bola sepak profesional dan pernah dilamar kelab kegemarannya ketika di bangku sekolah. Namun kecederaan lutut menamatkan impiannya bergelar seorang atlet.

    Beliau kemudian menyambung pengajian dalam bidang pengurusan hotel dan seni kulinari. Ramsay berjaya membuktikan kejayaannya sebagai bintang Michelin. Melalui profesion sebagai tukang masak disegani, Ramsay telah membina rangkaian restoran antarabangsa serta mencipta namanya sebagai personaliti televisyen terkenal dunia.

    1. Loi Tuan Ee

    Sebelum menubuhkan The Holstein Milk Company dan jenama Farm Fresh pada tahun 2008, Loi Tuan Ee menghabiskan lebih 20 tahun dalam industri pembungkusan makanan dan memegang jawatan besar dengan pendapatan lumayan.

    Namun pada usia 42 tahun, beliau meninggalkan kerjaya korporat untuk mula mencipta ladang tenusu. Keputusannya mengundang keraguan, tetapi dengan kerja kerasnya termasuk mengimport lembu dari Australia membuktikan Farm Fresh kini berjaya muncul sebagai syarikat tenusu terbesar negara.

    1. Jackson Wang

    Dilahirkan dalam keluarga atlet, Jackson Wang hampir menempatkan dirinya dalam Sukan Olimpik sebagai atlet lawan pedang Hong Kong. Dalam masa yang sama Jackson turut menerima tawaran biasiswa ke universiti terbaik dunia iaitu Universiti Stanford.

    Namun, tuah menyebelahinya apabila Jackson secara kebetulan melepasi uji bakat bersama syarikat rakaman terkenal di Korea Selatan, JYP Entertainment. Selepas lulus audisi pada tahun 2010, Jackson memilih untuk mengejar impiannya sebagai penyanyi di Korea Selatan. 

    Selepas menjalani latihan intensif untuk beberapa tahun, Jackson membuat kemunculan bersama kumpulan GOT7 dan kini berjaya sebagai artis solo serta pengasas label rakamannya sendiri, Team Wang.

    1. Hannah Yeoh

    Hannah Yeoh memulakan kerjaya sebagai peguam muda di Tasmania sebelum kembali ke Malaysia dan bekerja dalam bidang guaman serta pengurusan acara. 

    Haluan hidupnya berubah apabila dicalonkan bertanding dalam PRU 2008 bagi kerusi Subang Jaya dan berjaya memenangi kerusi tersebut.

    Sebelum ini, Hannah pernah bergelar Speaker wanita pertama dan termuda Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 2013. Kini, beliau menyandang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). – RELEVAN

    Previous ArticleCuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    Artikel berkaitan

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026

    Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

    February 9, 2026

    Jangan simpan ini dalam kereta!

    February 9, 2026
    Artikel Terkini

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.