Facebook Twitter
    Trending
    • 6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia
    • Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?
    • Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap
    • Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza
    • Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    • Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka
    • Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026
    • Kewangan

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026
    • Pendidikan

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

    Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

    By Umi FatehahDecember 1, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik. - GAMBAR HIASAN CHUTTERSNAP/UNSPLASH

    KERETA elektrik atau Electric Vehicle (EV) semakin mendapat perhatian di Malaysia. Kesedaran terhadap kesan kepada alam sekitar dan dasar kerajaan terhadap teknologi hijau, EV semakin mendapat tempat di hati pembeli.

    Namun, sebelum membeli EV, terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami.

    Apa itu kereta elektrik (EV)?

    EV ialah kenderaan yang menggunakan motor elektrik dan dikuasakan sepenuhnya oleh bateri, tanpa bahan api petrol atau diesel. Bateri ini perlu dicas menggunakan sumber elektrik melalui stesen pengecasan atau soket khas di rumah. 

    Antara jenama EV yang popular termasuk Tesla, BYD, Nissan Leaf, BMW i-Series dan Hyundai Ioniq. Kereta jenama tempatan seperti Proton dan Perodua juga telah melancarkan model EV masing-masing.

    EV juga lebih senyap, tidak mengeluarkan asap dan dianggap lebih mesra alam berbanding kenderaan konvensional.

    Jenis kereta EV

    Menurut EVGuru, apabila menceburi pasaran kenderaan elektrik, anda akan menemui beberapa jenis model yang direka untuk memenuhi keperluan dan corak pemanduan yang berbeza. Memahami perbezaan ini dapat membantu anda membuat pilihan yang lebih tepat.

    • Battery Electric Vehicles (BEV)

    BEV ialah kenderaan elektrik yang hanya menggunakan tenaga daripada bateri sepenuhnya. BEV sangat sesuai bagi mereka yang mahu mengurangkan pelepasan karbon ke tahap sifar di samping menjimatkan kos bahan api dalam jangka panjang.

    • Plug-in Hybrid Electric Vehicles (PHEV)

    PHEV menawarkan gabungan dua dunia – motor elektrik dan enjin petrol. Ia boleh dipandu menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya untuk perjalanan harian yang lebih pendek, namun masih mempunyai enjin petrol sebagai sokongan untuk perjalanan jarak jauh. 

    Ia pilihan sesuai bagi mereka yang mahukan teknologi elektrik tanpa perlu terlalu bimbang tentang jarak pemanduan.

    • Hybrid Electric Vehicles (HEV)

    Berbeza dengan PHEV, HEV tidak perlu dicucuk untuk mengecas bateri. Baterinya dicas secara automatik melalui sistem brek regeneratif dan enjin petrol. Ia menggunakan gabungan petrol dan elektrik untuk bergerak, sesuai untuk mereka yang belum bersedia beralih sepenuhnya kepada EV tetapi mahu mengurangkan penggunaan bahan api dan kesan terhadap alam sekitar.

    Perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli EV

    1. Infrastruktur pengecasan

    Antara perkara paling penting sebelum membeli EV ialah memastikan kemudahan pengecasan mudah diakses. Di Malaysia, jumlah stesen pengecas EV semakin bertambah, namun lokasinya masih belum sekata di semua kawasan.

    Semak sama ada terdapat stesen pengecas berhampiran rumah, tempat kerja dan laluan harian anda. 

    Perhatikan juga jenis pengecas yang tersedia, sama ada pengecas biasa (slow charging) atau pengecas pantas (fast charging), serta kos pengecasannya. Jika anda bercadang untuk memasang pengecas di rumah, pastikan kediaman anda bersesuaian dari segi ruang dan pendawaian elektrik.

    1. Jarak pemanduan

    Jarak pemanduan merujuk kepada sejauh mana sesebuah EV bergerak dengan satu cas penuh. Ia berbeza mengikut model dan kapasiti bateri.

    Sekiranya anda mempunyai jarak ulang-alik harian yang jauh atau kerap melakukan perjalanan antara negeri, EV dengan jarak pemanduan yang lebih panjang lebih sesuai. Namun, jika penggunaan lebih tertumpu dalam bandar dan jarak pendek, model dengan jarak sederhana sudah mencukupi.

    Sesuaikan pilihan EV dengan gaya hidup dan rutin sebenar anda, bukan sekadar spesifikasi di atas kertas.

    1. Jangka hayat bateri

    Bateri merupakan ‘jantung’ kepada kereta elektrik. Seperti peranti elektronik lain, bateri EV akan mengalami penurunan prestasi dari semasa ke semasa. Ini boleh menjejaskan jarak pemanduan dan kecekapan keseluruhan kenderaan.

    Namun, tempoh hayat bateri bergantung kepada beberapa faktor seperti kualiti, cara pengecasan, suhu persekitaran dan corak pemanduan. Sebelum membeli, buat kajian tentang jangka hayat bateri model yang anda minati serta kos penggantian bateri jika diperlukan selepas tamat tempoh waranti.

    1. Kos keseluruhan pemilikan

    Walaupun harga pembelian EV biasanya lebih mahal berbanding kereta petrol, kos penggunaan jangka panjangnya boleh menjadi lebih rendah. Anda tidak perlu membayar petrol dan kos penyelenggaraan juga selalunya lebih rendah.

    Namun begitu, jangan hanya melihat harga atas jalan (on the road price). Ambil kira juga kos tambahan seperti pemasangan pengecas di rumah, insurans, cukai jalan serta kos pengecasan bulanan. 

    Semak juga insentif yang ditawarkan oleh kerajaan seperti pengecualian cukai import atau rebat tertentu yang dapat mengurangkan beban kewangan.

    1. Penyelenggaraan dan perkhidmatan

    EV memerlukan penyelenggaraan yang lebih sedikit kerana tidak mempunyai banyak komponen seperti enjin petrol. Namun, ia tetap perlu diservis secara berkala bagi memastikan prestasi kekal optimum.

    Sebelum membeli, pastikan terdapat pusat servis rasmi yang berhampiran dengan tempat tinggal. Ini memudahkan urusan servis dan pembaikan. Semak tempoh waranti yang ditawarkan terutamanya bagi bateri dan motor elektrik serta ketersediaan alat ganti jika berlaku sebarang kerosakan.

    Peralihan kepada kenderaan elektrik bukan lagi sesuatu yang asing malah semakin relevan dalam dunia automotif hari ini. Namun, membeli EV bukan sekadar mengikut trend. Ia memerlukan pertimbangan teliti dari segi keperluan harian, kemudahan pengecasan, kos jangka panjang dan gaya hidup anda sendiri.

    Jika semua faktor ini dinilai dengan bijak, kereta elektrik bukan sahaja menjadi pilihan yang lebih mesra alam, malah satu pelaburan praktikal untuk masa depan. – RELEVAN

    Previous ArticleElak minum air kelapa jika…
    Next Article Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

    Artikel berkaitan

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026

    Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

    March 2, 2026

    Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

    February 28, 2026

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026
    Artikel Terkini

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026

    Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

    March 2, 2026

    Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

    February 28, 2026

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.