Facebook Twitter
    Trending
    • Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza
    • Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    • Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka
    • Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?
    • Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026
    • Pendidikan

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

    10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

    By Umi FatehahNovember 27, 20255 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bari, Itali. - GAMBAR REISETOPIA/UNSPLASH

    KOS sara hidup semakin mendapat perhatian di seluruh dunia terutama sejak berakhirnya Covid-19. Kebanyakan penduduk dunia mula menilai semula gaya hidup mereka termasuk lokasi tempat tinggal. Keadaan ekonomi global tidak menentu juga memaksa memilih bandar-bandar yang menawarkan kos sara hidup lebih rendah tanpa mengorbankan kualiti hidup.

    Menurut VFS, berikut ialah 10 bandar termurah di dunia untuk didiami pada tahun 2025.

    1. Bari, Itali

    Di Bari, anda boleh hidup dengan bajet sekitar AS$500 – AS$700 (± RM 2,500 – RM 3,500) sebulan, menjadikannya antara bandar paling berpatutan di Itali. 

    Sewaan rumah, kos makanan dan keperluan asas jauh lebih rendah berbanding bandar besar di Eropah. 

    Bagi pelajar, pesara atau digital nomad yang mahukan kehidupan tenang, Bari menawarkan hospitaliti tempatan yang mesra, pasar tradisional yang harga barangnya mampu milik dan suasana Mediterranean yang santai tanpa beban kos tinggi seperti di kota besar lain dalam Itali.

    1. Cape Town, Afrika Selatan

    Cape Town, Afrika Selatan. – GAMBAR TOBIAS REICH/UNSPLASH

    Dengan bajet sekitar AS$850 – 950 (± RM 4,250 – RM 4,750) setiap bulan, Cape Town menawarkan gaya hidup bandar antarabangsa tanpa kos yang terlalu tinggi. 

    Sewaan kediaman, kos makanan segar daripada pasar tempatan dan pengangkutan awam yang mampu milik membuatkan bandar ini praktikal untuk didiami dalam jangka panjang. 

    Cape Town menawarkan kehidupan dinamik pada kos berpatutan, sesuai untuk pelajar, pekerja kreatif, ekspat serta sesiapa yang menghargai alam semula jadi dan kepelbagaian budaya.

    1. Cebu, Filipina

    Cebu, Filipina. – GAMBAR RYAN YOO SVW/UNSPLASH

    Di Cebu, anda boleh menjalani kehidupan sederhana dengan bajet sekitar AS$900 – 1,000 (± RM 4,500 – RM 5,000) sebulan termasuk sewa rumah, makanan jalanan, utiliti dan pengangkutan. 

    Makanan yang murah, utiliti rendah dan pengangkutan seperti jeepney serta tricycle menjadikan Cebu destinasi bajet mesra untuk digital nomad, pelajar atau sesiapa yang mahu menikmati gaya hidup pulau tanpa perbelanjaan tinggi.

    1. Hamilton, New Zealand

    Hamilton, New Zealand. – GAMBAR NADINE E/UNSPLASH

    Hamilton menawarkan standard hidup New Zealand tetapi pada kos lebih rendah. Anda boleh menjalani kehidupan dengan anggaran AS$1,000 – 1,200 (± RM 5,000 – RM 6,000) sebulan. 

    Sewaan lebih murah berbanding bandar besar seperti Auckland manakala kos barangan basah, utiliti dan pengangkutan awam juga dalam kategori mesra bajet. 

    1. Hanoi, Vietnam

    Hanoi, Vietnam. – GAMBAR HOANG ANH/UNSPLASH

    Hanoi tergolong antara bandar paling murah untuk hidup dengan selesa. Dengan kos perbelanjaan bulanan sekitar AS$1,000 – 1,200 (± RM 5,000 – RM 6,000) untuk sewa rumah, makanan jalanan, utiliti dan pengangkutan. 

    Makanan jalanan dan pasar tempatan membolehkan perbelanjaan harian kekal rendah, sementara pengangkutan melalui motosikal atau pengangkutan awam membantu menjimatkan perbelanjaan. 

    1. Heraklion, Greece

    Heraklion, Greece, – GAMBAR MARTJIN VONK/UNSPLASH

    Jika anda memilih Heraklion, ibu kota wilayah Crete, anda boleh menjalani kehidupan bajet dengan anggaran AS$1,250 – 1,500 (± RM 6,250 – RM 7,500) sebulan.

    Harga makanan tempatan, utiliti dan pengangkutan tempatan masih lebih rendah berbanding bandar besar di Eropah. Bagi yang bersara, pekerja jauh atau pencinta gaya hidup Mediterranean yang tenang, Heraklion menawarkan suasana santai, komuniti mesra dan akses kepada budaya serta lanskap semula jadi Greece tanpa kos tinggi seperti di pusat bandar Eropah.

    1. Istanbul, Turki

    Istanbul, Turkiye. – GAMBAR ENGIN YAPICI/UNSPLASH

    Di Istanbul, dengan nilai lira yang relatif lemah dan harga barang tempatan yang lebih murah, anda boleh hidup dengan bajet sekitar AS$1,250 – 1,500 (± RM 6,250 – RM 7,500) sebulan. 

    Sewaan rumah, kos makanan dan perbelanjaan harian adalah jauh lebih murah daripada di banyak ibu kota Eropah atau Barat. 

    1. Kuala Lumpur, Malaysia

    Kuala Lumpur, Malaysia. – GAMBAR ESMONDE YONG/UNSPLASH

    Kuala Lumpur menawarkan keseimbangan antara kemudahan moden dan kos hidup yang masih boleh diterima iaitu sekitar AS$1,400 (± RM 7,000) sebulan. 

    Tambahan itu, kemudahan asas, keselesaan dan pelbagai jenis makanan murah menjadikan ibu negara Malaysia pilihan praktikal di Asia Tenggara.

    1. Medellín, Colombia

    Medellín, Colombia. – GAMBAR JOEL DUNCAN/UNSPLASH

    Medellín menawarkan kehidupan bandar dengan anggaran kira-kira AS$1,500 (± RM 7,500) sebulan termasuk sewaan dan keperluan harian. 

    Kos makanan tempatan dan perbelanjaan asas jauh lebih rendah berbanding bandar besar Amerika Utara atau Eropah. Pengangkutan awam yang efisien juga membantu menjimatkan kos harian. 

    1. Mexico City, Mexico

    Mexico City, Mexico. – GAMBAR BHARGAVA MARRIPATI/UNSPLASH

    Di Mexico City, ibu kota besar dengan budaya kaya dan kehidupan urban penuh warna, anda boleh hidup dengan bajet antara AS$1,500 – 2,000 (± RM 7,500 – RM 10,000) sebulan, bergantung kepada gaya hidup dan kawasan penginapan. 

    Kota ini sesuai bagi mereka yang mahukan suasana bandar besar, pelbagai pilihan perumahan bajet, dan gaya hidup urban dengan harga yang lebih terkawal.

    Memilih bandar dengan kos hidup rendah bukan sahaja membantu menjimatkan perbelanjaan harian tetapi juga memberi peluang untuk menikmati gaya hidup lebih tenang dan seimbang. Dengan perancangan yang tepat, bandar-bandar ini boleh menjadi pilihan ideal bagi sesiapa yang ingin hidup selesa tanpa membebankan bajet. – RELEVAN

    Previous ArticleSudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu
    Next Article 10 bandar paling ramai penduduk di dunia

    Artikel berkaitan

    Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

    February 28, 2026

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026
    Artikel Terkini

    Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

    February 28, 2026

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.